SELAMAT HARI LELAKI SEDUNIA 2020


SELAMAT HARI LELAKI SEDUNIA 2020 | Harini selain hari lahir Sis Lin yang ke 44tahun hahahahaha... *nak juga bagitau ekkk, hari ini juga merupakan Hari Lelaki Sedunia yang telah umumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada tahun 2016 dulu. 

Ini kerana, beberapa pihak telah mencadangkan supaya hari istimewa itu disambut di negara ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan kaum lelaki sama seperti sambutan Hari Wanita Sedunia yang diadakan selama ini.

Dan Malaysia buat pertama kalinya menyambut Hari Lelaki Sedunia pada 19 Nov 2016 atas alasan menghargai jasa dan pengorbanan kaum lelaki. Dia pun nak juga ekkk hahahahaha... 

Selamat Hari Lelaki Sedunia 2020

Hari Lelaki Sedunia 2020

Apabila ditanya apa menariknya dilahirkan sebagai lelaki, pelbagai sebab diberikan. Ada yang bercakap perihal kekuatan tubuh, tanggungjawab dan tidak terkecuali yang membandingkannya dengan perempuan.

Hari ini, 19 November diangkat sebagai Hari Lelaki Sedunia bagi memperingati segala jasa, pengorbanan dan peranan lelaki dalam kehidupan seharian. Dirasmikan pada 1999 di Trinidad & Tobago, acara ini mendapat sokongan menyeluruh daripada pelbagai individu, badan bukan berkepentingan mahupun kerajaan di Australia, Carribean, Amerika Utara, Asia, Eropah dan Afrika.

Sejak itu, Hari Lelaki Sedunia disambut di lebih 60 negara setiap tahun dengan aktiviti dan acara diraikan bersama. Cuma Malaysia sahaja yang baru menyambutnya secara rasmi pada 19 November 2016. 

Objektifnya untuk memberi fokus kepada kesihatan lelaki sama ada dalam kala­ngan kanak-kanak, remaja atau dewasa selain memberikan hak kesaksamaan dan menjadikan mereka sebagai 'role model' positif.

Bagi menandakan rasa hormat kepada golongan lelaki, Gen Y memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pendapat tersendiri mengenai menariknya dilahirkan sebagai lelaki.


P/S : Anda lelaki? Admin ucapkan, Selamat Hari lelaki Sedunia :) 

14 comments:

  1. Selamat ulang tahun, moga ceria selalu. Ada hari lelaki sedua juga rupanya. Ingatkan ada hari wanita saja...ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe makaseh Amie..
      Yee ada, tu cuma baru je lagi mula tu tahun 2016..

      Delete
  2. Selamat hari lahir sist. Serius baru daku ketahui kewujudan adanya Hari Lelaki Sedunia. Ini baru sesuai kita guna #maluapabossku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ramai yang tak tau juga Puan B..
      Makseh ucapannya..

      Delete
  3. ooo baru ku tahu ada jugak ek hari lelaki sedunia..

    ReplyDelete
  4. Baru tahu. hihi
    Happy men's day :)

    ReplyDelete
  5. Baru tahu ada Men's day. Happy besday sis :)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir yang ke 64
    Ehh sorry yang ke 44
    64 tu wak punyalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kemain Wak ekkk..
      Selamat Hari Lelaki Sedunia 2020 Wak...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.