TELEPORT, SYARIKAT LOGISTIK AIRASIA, MEMPERLUAS PERKHIDMATAN KE 70 BANDAR DI ASIA TENGGARA


TELEPORT, SYARIKAT LOGISTIK AIRASIA, MEMPERLUAS PERKHIDMATAN KE 70 BANDAR DI ASIA TENGGARA | Teleport, syarikat teknologi logistik milik AirAsia telah melengkapkan pelancaran perkhidmatan penghantarannya ke 70 bandar di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina dalam masa 30 hari.

Pengembangan ini membolehkan Teleport menawarkan perkhidmatan penghantaran daripada para peniaga dan syarikat di bandar-bandar ini kepada pelanggan mereka dalam masa satu jam sahaja. 

Teleport boleh menghantar apa sahaja, daripada makanan, barangan runcit, dokumen, bunga-bungaan dan juga dobi!

Teleport, Syarikat Logistik AirAsia, Memperluas Perkhidmatan ke 70 Bandar di Asia Tenggara

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata: “Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran mudah, cepat dan berpatutan untuk semua orang. Kami juga memberi jaminan untuk melengkapkan penghantaran dalam masa satu jam, dan berharap langkah ini dapat membantu semua peniaga dan perniagaan tempatan. Selain itu, kami juga akan menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres 24 jam antara bandar dan penghantaran rentas sempadan tidak lama lagi.

Menjelang tahun hadapan, matlamat kami adalah untuk membolehkan anda menghantar apa sahaja dengan serta-merta ke destinasi AirAsia dengan hanya satu klik.” 

Teleport, Syarikat Logistik AirAsia, Memperluas Perkhidmatan ke 70 Bandar di Asia Tenggara

Di Malaysia, perkhidmatan Teleport kini tersedia di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang dan Melaka.

Teleport kini berada di 17 bandar di sekitar Malaysia.

Untuk mendaftar dengan Teleport, layari http://teleport.asia/deliverforme atau hubungi citylaunch@teleport.asia untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau di laman media sosial. 



P/S: Sangat bagus ni! nak cuba daftar la, kot laa mana tau kan, satu hari boleh guna perkhismatan teleport ni. 

10 comments:

  1. dapat gak ni..nanti la update bila takde idea sungguh..haha...adeii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha silalah, we support each others kannn...

      Delete
  2. Kenapa kena daftar? dia tak macam penghantaran yang sedia ada ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena daftar dia nak tau kita nak gunakan servis dia untuk apa..

      Delete
  3. ooo perkhidmatan courier baru ya ni..
    zaman pandemic ni memang prefer semua dihantar ke rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Siti, bagusnya dia cover satu Malaysia tu ..

      Delete
  4. senang ja skrg ni ,semua dihujung dari then ke pintu rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, cuma perlu bijak aje pilih yang mana...

      Delete
  5. Makin meriah courier service sekarang ni. Bagus juga banyak pilihan courier

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Fizah, cuma kita buat pilihan aje laa, nak guna servis mana ikut review pengguna...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.