19 NOVEMBER - HAPPY BIRTHDAY TO ME!


19 NOVEMBER : HAPPY BIRTHDAY TO ME! | Alhamdulilah, hari ini 19 November 2020, genaplah usia Sis 44tahun, yeee Sis tahun 1976, alaa takde rahasia umur pun, dah tua buat cara tua hahahaha.. umur tu hanya pada angka jee.. yang penting ibadah kita dan juga amalan kita sepanjang kita hidup ni haa, ye dakk.. tapi tang tu, hanya kita dengan Tuhan aje la kan.. 

Apa-apa pun  Sis bersyukurlah dengan atas segala nikmat yang Sis ada dan seadaanya sekarang. Nak kata kesihatan tu sihat sangat, tidak laaa, tapi cukuplah masih di beri peluang untuk terus bernafas dan mengecapi bahagia bersama insan-insan tersayang dan juga orang-orang di sekeliling Sis. 

Lain-lain hal, baik yang manis, yang pahit, yang payau sepanjang hidup 44tahun ni, kita simpan dan tolak tepi aje laa.. Fikir banyak nanti cepat naik uban kang hahahaha.. 

Dan terima kasih kepada 'mereka' yang dah awal-awal kirimkan hadiah, belikan hadiah dan juga kiriman ucapannya sebelum tiba harinya. Terharu atas peringatannya..terima kasih sayang-sayangku.. 

Kek bawah ni pun, kek dari MamaDD (adik Sis) dan juga anak-anak sedara yang datang surprise kat rumah baru-baru ni. So sambut sekali dengan birthday anak Sis masa tu.. Dan gambar Sis tu adalah gambar terbaru 2 minggu lepas, aishhh pipi gebu dah kann, tapi Suami kata 'Cute' lalalalala..

Happy Birthday To Me

19 November - Happy Birthday To Me!

Doa di hari lahir.. 
Bismillah .. 

Ya Allah!
Rasa kesyukuran aku terhadap nikmat ihsan dan rahmat Mu, pada hari ini aku zahirkan dengan penuh kehambaan. Aku bersyukur kepadaMu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dariMu jua.

Ya Allah!
Bersempena sambutan hari lahir aku hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkatMu kepada kedua ibu bapa aku yang telah melahirkan dan membesarkan aku sehingga menjadikan aku golongan yang berjaya pada hari ini.

Engkau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibuku ketika melahirkan aku dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurgaMu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayahku ketika membesarkan aku dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurgaMu nanti.

Ya Allah!
Engkau rahmatilah kedua ibu dan ayahku, Engkau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurgaMu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.

Ya Allah! 
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah aku dengan hidayah dan taufikMu agar aku tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah aku menjadi hambaMu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hambaMu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hambaMu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.

Sesungguhnya hanya kepadaMu juga aku memohon dan meminta perlindungan. 
Aamiin Ya Rabbal-alamin.. 


P/S: Masih ada masa lagi ni nak fikir, nak makan mana ek ini malam ermmmm... 

22 comments:

  1. happy birthday sis.
    age doesn't matter, kita kenalah to age gracefully.
    so tak mainlah nak sembunyi2 usia sebenar. hehe.

    semoga sislin sukses , sentiasa sihat dan happy.
    amiin.

    ReplyDelete
  2. Whoaaaaa.. Happy Birthday Sistur! Semoga sihat, dilimpahkan rezeki, dilindungi Allah selalu..dan berbahagiaaaaa bersama yang tersayang... Amin...

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Sis,
    May you always be happy and got what u wishes for

    ReplyDelete
  4. Amiiiinnnn Ya Robb

    Semoga doa dan harapan dikabulkan yg Maha Esa

    ReplyDelete
  5. Usia itu antara salah satu nikmat rezeki. Alhamdulillah dengan kepercayaan usia yang Allah SWT pinjamkan moga Sis terus melangkah dengan menjadi sebaik-baik hambaNYA. Diluaskan pintu-pintu rezeki. Dilancarkan segenap urusan. Sejahtera dunia hinggalah akhirat. Aamiin. Sanah helwah Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, syukur PC..
      Terima kasih atas ucapan dan doanya...

      Delete
  6. Happy Birthday Kak Lin, bila agaknya nak lepak sesama ni kt JB? hheheheh

    ReplyDelete
  7. happy birthday sis lin...kek bentuk kalendar ramai juga bakers buat skarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank You Mama Tisya..
      Kan kan kek ni adik yang surprise...

      Delete
  8. November kita punyalah ye. Mudah-mudahan semakin kita berusia semakin diberkati sepanjang hidup yang akan kita lalui.

    ReplyDelete
  9. Happy birthday Sis Lin. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminnn..
    maintain cun okay :)

    ReplyDelete
  10. ko saja kan sebut pasal pipi gebu ko tu nak bagi aku klik link tu..sebab ri tu tak perasan pipi tu...ehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. mesti tak perasan le tu kan hahahahah....

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.