PUSAT MEMBELI-BELAH IPC DAN IKEA UBAH PENGALAMAN BELI-BELAH 11.11 BERLANDASKAN NORMA BAHARU


PUSAT MEMBELI-BELAH IPC DAN IKEA UBAH PENGALAMAN BELI-BELAH 11.11 BERLANDASKAN NORMA BAHARU | Pusat beli-belah komuniti ini dan IKEA Southeast Asia memperkenalkan pengalaman beli-belah berbilang saluran dengan Super Seram Sale selama sebulan. 

Susulan kejayaan Karnival 11.11 yang dianjurkan pada 2018, IPC Shopping Centre dengan bangganya mengumumkan penganjuran semula kempen 11.11 dengan pelancaran Super Seram Sale. Jualan bertema Halloween ini memudahkan pembeli untuk mengatur rancangan membeli-belah lebih awal menerusi laman mikro Super Seram Sale. Laman mikro yang dipenuhi dengan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif daripada berbagai jenama di pusat beli-belah ini boleh dikunjungi di dalam talian mulai hari ini hingga 30 hb November 2020.

Dalam usaha untuk memenuhi jangkaan pembeli dan menyediakan pengalaman beli-belah yang menyenangkan, Super Seram Sale ini diilhamkan untuk merapatkan jurang antara saluran fizikal dan digital serta memberi pilihan kepada orang ramai yang ingin membeli-belah. Dengan inisiatif ini, pembeli mempunyai pilihan untuk mengunjungi pusat beli-belah sendiri atau menggunakan khidmat pembeli peribadi menerusi rakan beli-belah rasmi IPC, GoGet, untuk pilihan tambahan mengambil sendiri barangan dari titik pengambilan yang ditetapkan di IPC atau meminta barangan tersebut dihantar ke depan pintu rumah mereka. 

Pusat Beli-Belah IPC dan IKEA Ubah Pengalaman Beli-Belah 11.11 Berlandaskan Norma Baharu.

Selain itu, pelancaran ini juga bertujuan menyokong rakan niaga bagi menjana jualan maksimum sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

“Dengan peningkatan kes COVID-19 di Lembah Klang, aspek kesihatan dan keselamatan pembeli, penyewa serta kakitangan pusat beli-belah perlu diberi keutamaan. Kami berhasrat untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang menyenangkan, selamat, dan unik kepada orang ramai. Semua tawaran terbaik akan dipaparkan di laman mikro Super Seram Sale kami (superseramsale.my), manakala khidmat pembeli peribadi dan penghantaran akan disediakan menerusi kerjasama eksklusif kami dengan GoGet dan Beep. 

Di samping itu, pelanggan boleh memilih untuk mengambil barangan menerusi lorong kutipan pandu lalu. Mereka juga boleh meninjau kelengkapan dan hiasan rumah menerusi laman e-dagang IKEA dan aplikasi beli-belah IKEA yang baru dilancarkan. Dengan semua pilihan yang sedia ada, orang ramai tidak perlu rasa ‘seram’ untuk memenuhi keinginan beli-belah masing-masing,” kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran IPC Shopping Centre.

Bagi mereka yang mahu mengunjungi pusat beli-belah ini, semua kedai di IPC dibuka sepenuhnya dan sedia mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Peraturan ketat bagi menjaga kebersihan dan melaksanakan pengesanan kontak telah ditetapkan menurut garisan panduan terbaharu kerajaan. Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, pekerja dan orang ramai dalam suasana semasa yang mencabar,” tambahnya.

Pusat Beli-Belah IPC dan IKEA Ubah Pengalaman Beli-Belah 11.11 Berlandaskan Norma Baharu.

Untuk menghangatkan lagi kempen beli-belah 11.11, IPC Shopping Centre akan bekerjasama dengan para penyewanya termasuk Harvey Norman, All IT Hypermarket, Dr Hauschka, Popular, Skechers, Spotlight, dan banyak lagi sepanjang kempen jualan selama sebulan ini. Diskaun dan tawaran eksklusif disediakan khas untuk orang ramai yang berkunjung ke IPC untuk membeli-belah sempena Super Seram Sale.

Sepanjang tempoh jualan ini, ahli-ahli IPC Små Club berumur 12 tahun dan ke bawah juga boleh mendapatkan pelindung muka percuma di i-Counter yang terletak di Aras G. Inisiatif ini diharapkan akan membantu ibu bapa yang membawa anak kecil berasa lebih selamat dan terlindung.

Di samping itu, dua ahli program kesetiaan IPC – Tack Club – yang mencatatkan perbelanjaan paling tinggi berpeluang untuk membawa pulang Pengering Rambut Dyson Supersonic atau Sony PlayStation 4 Pro (1TB). Untuk melayakkan diri memenangi hadiah, ahli Tack Club perlu menunjukkan resit pembelian di i-Counter yang terletak di Aras G.

Pusat Beli-Belah IPC dan IKEA Ubah Pengalaman Beli-Belah 11.11 Berlandaskan Norma Baharu.

Hadiah dan ganjaran lain yang boleh didapati sepanjang kempen Super Seram Sale termasuk:
  • Penebusan satu (1) pelitup muka bercorak labu senyuman bagi pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dalam satu (1) resit
  • Penebusan satu (1) pelitup muka bercorak labu senyuman bagi ahli Tack Club yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dalam satu (1) resit
  • Penebusan satu (1) e-baucar Seram bernilai RM10 bagi ahli Tack Club yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 dalam dua (2) resit

Kempen Super Seram Sale juga akan diadakan di seluruh negara di pusat beli-belah lain yang menempatkan IKEA termasuk MyTOWN Shopping Centre di Kuala Lumpur, Toppen Shopping Centre di Johor Bahru, dan IKEA Batu Kawan Link di Pulau Pinang. Selain itu, Jualan Akhir Tahun IKEA yang dinanti-nantikan akan juga dianjurkan lebih awal dari 5 hingga 30 November, serentak dengan kempen jualan eksklusif ini. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan tawaran menarik yang disediakan, layari laman web https://superseramsale.my.


P/S: Sekarang ni, semua tempat pun seram Sis ko nak masuk weii hahahahaha

10 comments:

  1. Tetiba Kita seram sejuk ni dah kenapa??? 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha tau takpe, dah, duduk aje rumah dendiam hahahaha

      Delete
  2. mak ai seram pulak nengok promo ni..hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah tak payah nak seram-seram, duduk je rumah, keluar kang lagi seram hahahaha

      Delete
  3. terus rasa takut nak masuk macam rumah hantu la pulak tengok promo dia. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekekekeke iyeee kreatif kan dema hahahaha

      Delete
  4. hahaha aduhhh..Halloween dah habis tapi promo ni buat serammmm betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Atie, tambah seram nak singgah hahahaha

      Delete
  5. IKEA Damansara kena covid-19 kalau pergi ikea mesti makan meatball.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa Tarmizi, susah nak kata... #KitaJagaKita yaaa..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.