PERBEZAAN WANG HANTARAN DAN MAS KAHWIN

Sis Lin
12
PERBEZAAN WANG HANTARAN DAN MAS KAHWIN | Sebenarnya Sis juga sampai sekarang agak keliru dengan perbezaan keduanya, walau dah 27tahun berkahwin tapi masih duk konpius dengan beza keduanya ni. Di tambah lagi lately ni ramai yang menekankan wang hantaran tu seolah 'wajib' nak kena bagi sewaktu majlis pernikahan. 

Kalau zaman masa Sis kahwin doluuuuuuu... wang hantaran tu memang nampak macam wajib nau nak kena bagi tau, hinggakan ada seorang kawan Sis ni zaman sekolah, tertunda-tunda nak kahwin dek gara-gara pihak lelaki beri wang hantaran yang tidak cukup dengan jumlah dari permintaan pihak perempuan. Maka pihak perempuan tangguhkan majlis sehingga katanya wang hantaran mencukupi untuk di buat majlis. 

Kesian kawan Sis tu. Tapi setelah berbincang kedua belah pihak, majlis kawan Sis dapat di laksanakan, alhamdulilah. So mungkin dari situ, mindset Sis ni anggap wang hantaran tu wajib, sedangkan tidak. Tapi bagaimana pula dengan mas kahwin? 

Wang hantaran dan mas kahwin merupakan dua perkara yang berbeza. Ramai orang yang masih keliru dengan maksud sebenar wang hantaran dan mas kahwin. Malah, yang lebih mengejutkan ada yang menganggap kedua-duanya adalah wajib dan termasuk dalam rukun perkahwinan.

So untuk kali ni Sis nak berkongsi kepada korang, apa maksud dan beza antara wang hantaran dan mas kahwin supaya bakal pengantin dan yang masih single mudah memahami maksud sebenar.

Perbezaan Wang Hantaran Dan Mas Kahwin

Keratan akhbar yang pernah mencetuskan kekcohan gara-gara wang hantaran dan juga mas kahwin. 
Sumber : gambar google 

Wang Hantaran

Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri kendara. 

Wang hantaran merupakan adat dan ianya tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.

Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Ianya telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya pula adalah mengikut negeri. Ini kerana ia ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi di setiap negeri, kita akan dapati ada perbezaan nilai mas kahwin. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri. Allah swt telah berfirman dalam surah an nisa ayat yang ke 4;

Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Tetapi jika mereka rela memberikan sebagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yang halal dan baik. (An nisa : 4)

Perbezaan Wang Hantaran Dan Mas Kahwin

So korang dah faham dah akan beza keduanya? 

Kita sebagai ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa kena amik tau, sebab kita akan mengahwinkan anak kita dengan orang lain. So kena tau apa yang wajib apa yang adat. Supaya tak timbul kekecohan dan kesilapan baik dari pihak lelaki mahupun pihak kita sendiri *jika kita ada anak perempuan. 

Sis juga kena alert benda gini. Nampak mudah tapi jika tersilap, silap-silap anak kita yang jadi mangsanya. Mudah-mudahan Allah perlihara iman dan juga hati kita agar tidak berbolak balik dan dipermudahkan urusan kita dunia dan akhirat. Aamiinn..

Gambar : Sumber google 


P/S: Sis ada 2 anak perempuan, seorang anak lelaki, semua kan lalui fasa ini.. ermmm ...

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mas kahwin ditetapkan di setiap negeri namun boleh ditambah nilainya atau diubah bentuknya. Contoh, Negeri Johor tetapkan maskahwin RM22.50, boleh nak tambah atau tukar dalam bentuk benda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak, sebab itulah wang hantaran kena betul pakat dan berbincang ikut kemampuan..

      Delete
  2. aah la.. dah paham dah... tapi tatau la Penang berapa mas kwen dia ditetapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Atie, lain negeri lain mas kahwinnya..

      Delete
  3. Yang masalahnya sekarang wang hantaran melambung2
    Kerja 10 tahun pun belum tentu cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Wak, tu patut tanya dan pakat sama, jangan main letak je harga sesuka, tu yang jadi gaduh tu.../

      Delete
  4. Untuk mas kahwin biasanya tak ada masalah sebab jabatan agama dah tetapkan nilainya. Yang jadi masalah bila nilai wang hantarannya melambung tinggi. Kesian pihak lelaki nak kumpul duit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cik TK.. nilai wang hantaran sekarang memang timggi di letakkan..kadang tu sian juga pihak lelaki.. tapi ada rezekinya pihak lelaki pulak letak harga tinggi..ikut kemampuan laa kan...

      Delete
  5. mas kahwin saya dulu tambah duit sikit beli loket emas. tak salah kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lagi bagus Juju... so ada juga kenangannya dan bermaknan duit mas kahwinnya.. Sis dulu beli gelang tangan..

      Delete
  6. tu lah..masyarakat kita ni lebih wajibkan wang hantaran daripada nampak mas kahwin tu sebab wang hantaran biasanya lebih besar daripada mas kahwin...dan wang hantaran selalu dijadikan belanja hangus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Sunnn.. sampaikan kalau takde duit hantaran pun boleh jadi perang, yang jadi mangsa si anaknya ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!