PAGI-PAGI LAGI ANAK DAH MASAK SUP KAKI AYAM


PAGI-PAGI LAGI ANAK DAH MASAK SUP KAKI AYAM | Harini Emaknya ada rehat sikit, sebab dah siap satu menu pepagi lagi di masak oleh anak Sis,Yana. Bukan laaa kata mimpi ke apa si anak tu pagi-pagi dah masak, tapi anak masak sebab memenuhi keinginan dan ngidamnya akak opis dia yang sedang mengandung nak makan sup kaki ayam. So pagi-pagi lagi anak dah masak sup kaki ayam.

Malam semalam balik aje kerja, Yana dah ke Maslee Kota Masai untuk beli barang, dia telefon Sis tanya nak beli apa barang nak buat sup, katanya tiba-tiba blur sampai Maslee hahaha. Ko dah kenapa dikk oii.. hahahahaha. 

Lepas dah wahtsapp semua barang, sampai aje rumah, Yana terus bersihkan kaki ayam dan juga leher ayam. Katanya nak campur leher laa, sedap sikit makan meratah, katanyaa. Di kerjakannya laa sendiri semalam sengsorang di dapur di temani oleh Ayahnya. Sis dah naik atas mengemas tempat tidur sambil melipat baju.

Dan pagi ni, seawal jam 7am Yana dah turun masuk dapur siapkan bahan dan mula memasak. Sis yang sambil mengemas rumah perhati aje dari jauh. Sambil sarapan, tegur gak, boleh ke, okay ke, tapi katanya boleh, so Sis biar aje laa dia buat sengsorang.

Bukan dia tak pernah masak sup, tapi kali ni neves katanya, sebab nak bagi Mak Buyung makan, takut tak menepati citarasa tekak ngidamnya hahaha.. tu yang dia gelabah semacam..

Pagi-Pagi Lagi Anak Dah Masak Sup Kaki Ayam

Pagi-Pagi Lagi Anak Dah Masak Sup Kaki Ayam

Habis mengemas, menyapu dan settlekan kerja Sis, sambil menunggu Yana masak, Sis layan le marathon dari episod mana yan g Sis tertinggal Drama Hati Yang Tersakiti tu..adoii emosi gile Sis depan laptop, sampaikan Yana pun tegur, 'Mak, tutup je laa tak payah tengok, kang darah tinggi naik pulak' hahahahahaha...

Sakit hati oii, kurang ajar punya perempuan kan! dasar tak kenang di untung! Laki kawan baik ko pun ko nak bedal, tu lee kan, dasar perempuan  Janda ibu tunggal, tak kira sapa, tau nak kebas jeee... yang Lakinya pulak pun sama naik, nafsu buas!.. 

Oi oi ni cite apa ni, bukan tajuk Sup Kaki Ayam ke haaaa.... ehhhh sowiiiiii...

Dah dah, cukuplah untuk update hari ini pasal Sup Kaki Ayam ni, kang panjang lagi, ada yang makan kaki dengan aku kang! Hahahaha.. 

Nak resepi Sup Kaki Ayam tu? Adeii google laa yer, banyak aje resepinya tu hehehe.. anak pun Sis ajar main campak-campak je bahannya, janji sedap! ...

Korang layan tak drama tu? Opsss...


P/S: Tapi kan...sebenarnya banyak tau tauladan dari drama Hati Yang Tersakiti tu... harini episod last...apalah kesudahannya..sian Mona..huhuhu :(

24 comments:

  1. bertuahnya ada anak dara, boleh rehat kejap dari memasak dan boleh layan drama kejap. emo betul sis tengok drama tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha iyee datang rajinnya tu gitulah, kalau kena takde mood, tengok dapur taknak..Drama tu sangat menyakitkan, tapi banyak pengajarannya kan...

      Delete
  2. Kemaiinn ye sis.. Marathon drama.. Haha.. Of course sedap tu masakan Yana. Kat mana tumpah kuah kalau tak kat nasi kan.. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Iyee Leya, mula tak tengok pun, kena kawan yang hasut, terus tertengok, then sendiri sakit hati...

      Delete
  3. soup tu pun tengok dah tahu sedap pandai yana masak , tak tengok lagi hati tersakiti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe alhamdulilah sedap Sophea, harap mak buyung kawannya tu kena lee kat tekaknya...

      Delete
  4. Rajinnya Yana, mesti byk perkara baik yg Kakak tu buat utk Yana & orang lain, Allah berilah rezeki sahabat sekerja yg baik.

    Kita tak tengok drama tu Lin, tgh layan dua drama lain, satu melayu astro, satu korea netflix, tambah lagi satu pitam Aku kadang, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah Kak, kadang mereka ada bergilir juga masak sama sendiri..
      akak tengoklah, kompom geram tak sudah sampai sekarang hahahaha

      Delete
  5. Alhamdulillah. Anak di dapur, ibu boleh luruskan pinggang sekejap. Sedap sup kaki ayam. Orang kata bagus, ada kolagen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Amie, sesekali kan Maknya berehat masak..

      Delete
  6. lama tak masak sup kaki ayam. Tapi kalau buat sup ni saya mesti ada mee. suka makan mee sup kaki ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup ni sesekali layan memang masyukkk, masakn dengan sambal kicap kuahnya, perghhh terangkat..

      Delete
  7. Replies
    1. Sedapkan Wak, sekali makan, bertambah-tambah kaki hahahaha eh nasi...

      Delete
  8. Replies
    1. Sedap Cik Nor, lagi kalau orang yang masakkannya hehehe

      Delete
  9. Sup ayam saya suka. sup kaki ayam saya tak makan. hihi
    sekali dah bukak cerita drama tu memang boleh lari tajuk dibuatnya :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sup kaki ayam sedap Fizah, cubalah hahaha..
      Kekekeke sekali emosi nauu kan nengok drama hahaha

      Delete
  10. Sedapnya sup.. huhu... tapi mak sy x masak kaki ayam kalau kat rumah ni.. tapi sy sukaaaaa.. ada kolagen untuk kulit.. gituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Mak ko tak makan ke apa Non? Ko suka ya, nanti Sis masakkan untuk ko ea..

      Delete
  11. sekali sekala anak masak utk mak, mesti mak happy kan :) sedapnya nampak sup tu..

    ReplyDelete
  12. nampak sedap jugak sup ceker dak yana tu ekk...walopun aku tak makan ceker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh laaa sini, aku masakkan untuk ko, mesti ko suka hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.