DI MANA ADA AKU, DI SITU ADA DIA


DI MANA ADA AKU, DI SITU ADA DIA | Siapa lagi kalau bukan si Kenit. Kalau siang hari, di mana ada aku, di situ ada dia. Tiap kali Sis duduk depan laptop, si Kenit ni akan duduk tepi atau duduk di belakang laptop dan menunggu sampai tertido hinggalah Sis bangun dan bergerak ke tempat lain.

Dah macam penunggu setia dah dia kat situ. Kadang tu sampai kena marah, sebab Sis takutkan dia langgar laptop Sis yang covernya dah patah tu je. Kang kalau dah patah, nayaa Mak oii Kenit, semua kerja tergendala kang tak menjadi. Nak beli baru? Nanti Ayahnya garu kepala bertambah uban kat kepala kang hahahaha..

Di Mana Ada Aku, Di Situ Ada Dia

Di Mana Ada Aku, Di Situ Ada Dia

Sekarang dah gemuk dah si Kenit ni, badan makin bolat dan berat pun semakin berat, hampir 3.2kg. Suami selalu tegur, 'Eh beratnya Kenit', sebab dia selalu dukungnya Kenit ni naik ke atas nak tidur hahahaha. Yang Kenit ni pantang kalau di layan, memang menjadi kegedikkannya. 

Bulan depan nak bawa ke Klinik Haiwan, tunggu habis PKPB dulu. Nak injek vaksin dan juga nak mandulkan jika dah tiba masanya. Yaa Kenit ni walau jantan, tapi ada sekor betina tu kat rumah, si Panjang. Sebelum apa-apa maksiat berlaku, baiklah di hantar dua ekor tu untuk di mandulkan hahahaha.. 

Di Mana Ada Aku, Di Situ Ada Dia

Sekali nengok dah macam Kambing Perap je ko Kenit, sedap ni kalau panggang sos lada hitam hahahahaha.. Tengok je laaa. Sis baru letak kepala nak baring, ehhh dia dah cop tempat dulu. Dan dan tutup mata time orang nak amik gambo dia hahahaha bijakk ekkkk... 

Mana si Panjang?

Panjang suka menyendiri, memang tak berapa suka duduk depan dan suka tidur menyorok. Kadang kesian kat dia, sebab anak-anak dan Suami tak berapa melayan dan suka dia, dah macam orang kurang kasih sayang. Badan pun segitu jeeee, tak membesar. 

Yang suka melayan si Panjang, anak bujang Sis, tu pun asyik kena marah masuk bilik usik gitar si bujang Sis hahahaha.. adeiii sabo je laaa.. Si Panjang suka usik barang rumah, panjat sana sini, tu yang selalu kena marah. Kalau si Kenit, suka memerhati, dia tengok jee apa si Panjang buat, kemudian kang, mulalah nak meniru, terus menjerit setaman Sis ko, Kenitttt!!!!!!... hahahahaha..

Apa-apa pun mereka berdua menghiburkan. Korang ada bela kucing tak? Berapa ekor? 


P/S: Ada yang tanya kucing Sis makan apa, mereka Sis bagi makan Royal Canin Hair & Skin. Nampak serasi dan sesuai dengan perut mereka, so rezeki merekalah. 

10 comments:

  1. ya allah, muka dia tu manja sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha muka simpati sangat tu minta peluk hahahaha

      Delete
  2. Comelnya si kenit... Siap pakai reben ngan loceng!

    Mesti best kan melayan kerenah kucing2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jantan, tapi tali loceng tu ada reben le pulak hahahaha...
      Best Cik TK, ada masa stress juga..

      Delete
  3. lama tak baca update tentang si kenit ni! hari ni terubat rindu ..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha banyak gambar je dalam gallery Atie, kadang tak nyempat nak celoteh pasal dak dua ni..

      Delete
  4. saya ni kalau tak alah dengan bulu dia memang dah banyak dah bela kucin. tapi sebab alah jadi terpaksalah beralah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kesahnyaa ko alah ye Juju.. Firas okay tak? Kadang Mak alah, anak pulak suka kucing hehehehe

      Delete
  5. eee muka dia tu...rasa nak tumbuk aje...hahahahahha! geram betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah tau takpe, geram nengoknyaa..sekarang suka nau buat muka simpati hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.