WORDLESS WEDNESDAY - SAMBAL BILIS PETAI


WORDLESS WEDNESDAY - SAMBAL BILIS PETAI | Tengok pepagi ni terliur pulak weii hahaha. Takpe masih ada lagi tu dalam semangkuk kecik, kang makan tengah-hari boleh bedal makan hahahaha. Sambal Bilis Petai ni Sis masak semalam petang, masak sempena adik-adik dan anak sedara datang ke rumah bermalam dua tiga malam di rumah Sis, so Sis masaklah beberapa menu lain selain dari Sambal Bilis Petai ni.

Resepi takde susah sangat, versi style Sis masak sonang aja. Korang tumbuk bawang besar atau kecik, beserta dengan bawang putih, belacan dan cili api, tumbuk hingga lumat kasar, jangan halus sangat, nanti tak sedap. Kemudian goreng ikan bilis garing, masukkan bahan tumbuk tadi, tumis sampai kering, then last sekali masukkan petai, gaul-gaul kejap..tutup api..

Siap! Hidang makan dengan nasi panas, yumsss.. 

Sambal Bilis Petai


P/S: Dah siap frozenkan sebekas untuk Suami, senang nanti kalau nak makan kan.. 

10 comments:

  1. sedap ni kalau dapat makan petai...

    ReplyDelete
  2. pagi² bekfes nasik dgn petai... boleh ke sis? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha boleh KakMin, makan dengan nasi sejuk, tuang kicap, arghhh sedapnyaaaa

      Delete
  3. oh maaf saya tak makan petai 😝

    ReplyDelete
  4. sambal ikan bilis tu da menarik then ada petai pula.. lagi la tak boleh tolak, mau makan 2/3 pinggan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, makan tak ingat pinggan nasi hahahaha

      Delete
  5. Saya potong petai nipis2 lagi baru onz

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUla nak buat gitu Ajan, sekali tak rajin hahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.