LEPAS GIAN DI MAMAK


LEPAS GIAN DI MAMAK | Cop cop! Ini bukan lepas gian candu ke ganja yaa, ini lepas gian nak melepak, nak keluar rumah dengan kawan-kawan sejak berkurung aja bermulanya PKPB baru-baru ni, tu jerr, hahahaha biasa ler tajuk kena gempak sikit kuang kuang kuang.. 

Kemana? Mana lagi kalau bukan nak melepas gian di Kedai Mamak, makan roti canai telur banjir! Perghh nikmat seyy dapat makan 2 keping roti banjir di Restoran As-Safa Bandar Sri Alam sini. Dekat aje dengan rumah Sis, tak sampai pun 3km, tak payah rentas daerah hehehehe. 

Tengah wabak Covid19 ni, kalau nak makan memang Sis cerewet sangat. Bukan apa, Sis akan tengok dulu kedai tu macam mana, ramai tak biasanya kedai tu orang datang, then SOP dia macam mana. Baru-baru ni pernah sekali nak pergi sarapan, dah turun dari kedai depan sebuah restoran, tup-tup tengok punyalah ramai, then SOP takde, boleh duduk semeja ramai-ramai, so Sis dan Suami blah terus. 

Kan sekarang SOP baru keluar hanya 2 orang sahaja semeja makan, tu pun ikutkan 2 orang tu duduk serumah. Tapi macam Sis ni tengok juga, kalau kawan-kawan yang sama dengan Sis yang memang duduk rumah surirumah, Sis masih boleh terima duduk semeja, tapi kalau kawan-kawan yang memang dia bekerja, keluar masuk ke sana ke sini, kalau nak keluar makan sama, berkira juga nak duduk semeja. Tengah wabak ni, virus tu tak kenal siapa oii, better elak dari mendekat. 

Lantak lee kalau orang nak kata Sis ni apa, #KitaJagaKita.. 

Lepas Gian Di Mamak

Lepas Gian Di Mamak

Hari melepak ni pun Sis amik hari Jumaat. Sebab fikir, time orang solat Jumaat kan, so mesti tak ramai kann. Niat hati dan tujuannya, memang teringin sangat nak makan roti canai telur banjir! Perghh akhirnya dapat juga makannya. Selalu nak makan dengan Suami time keluar sarapan, tapi ada je halangannya. Nanti tiba masa keluar makan, Suami ajak tempat makan mana-mana, lain pulak yang di makan, lupa terus roti canai hahahaha..

So better pergi je makan sendiri, puashati..memang Sis order dan makan roti canai banjir, then kawan Sis amik plak telur ikan sepiring dan juga kari kambing sepiring juga. Apalagi, ngam! Bedal makan cecah celup sana sini tanpa rasa bersalahnya hahahaha. Licinnn.. Yee laa tak baikkan kalau makan tak habis, nanti Tuhan marah membazir hahahahaha.. 

Lepas Gian Di Mamak

Lepas Gian Di Mamak

Gambar atas tu, Kak Sue dan kakaknya Kak Suhailah. Kami duduk jarak satu meter dah macam orang asing aje makan, tapi berbual tetap macam biasa, bingit berdenting suara hahahaa. Dah macam kedai mamak tu kami yang punya hahahaha.. lantak lee kan, kita bayar haperr lalalalalala.. 

Lepas makan, ehhhh lepas gian pulak ke kedai belakang kedai mamak tu. Cubalah ko teka kedai apa? Hahahahaha... Yaaaa belakang Restoran As-Safa tu ada plak Starbucks oiii...ape lagi, melepak lepas gian pulak kat sana hehehe.. dan dan kannn, memasing konon nak minum kopi, padahal kedai mamak tu pun ada kopi. 

Dan pastikan patuhi SOP juga kalau melepak di Starbucks ni, Kami kan budak baik, so kami patuhi SOP dan duduk dengan menjaga social distancing memasing. Baikkan kami lalalalala...

Lepas Gian Di Mamak

Air Sis ni secawan Frappucino Blended cuma RM9.99sahaja tau! Murah kan, sebab Sis guna apps DiGi untuk redeem reward pengguna setianya hehehe.. Dan yang penting, Sis tak terhasut dek ayat barista kat kaunter tu untuk add-on segala bagai hahahaha.. kuat sungguh iman Sis ko..

Tapi yang geng-geng Sis tu, haaa amekkaww sekali beli secawan, habis RM30 henggetttt hahahaha.. mana taknya, segala mak nenek mereka add-on. Suruh tambah tu, ehh dia iyekan, di suruh letak ini, haa nak juga, bila nak membayonya, secawan air sampai RM30 hengget kakakakakah! Berdekah Sis gelak semua adeiii lawakk tau korang..

Tapi memang yaa..korang kalau nak beli air Starbucks ni, hati-hati dan pepandai lee ko. Kalau memang biasa beli dan tau, ookay korang boleh carry-on, sebab dah tau harganya segitu..tapi kalau korang tak biasa order, then berhati-hati dengan ayat add-on si barista kat kaunter tu yaa.. kang tak memasal, nak bayo, terbeliak mata ko hahahahaha... 

Lepas ni entah bilalah pulak dapat melepak lepas gian lagi.. tunggulah kedaan reda sikit. Tu pun berani area sini-sini aje.. kalau keluar ke bandar masih takut-takut lagi.. sebab kes di Johor pun makin tinggi pulak huhuhu.. Moga semuanya akan kembali baik dan kita pasti menang! 

#StaySafe #KitaJagaKIta ..


P/S: Semalam Starbicks sale, korang beli apa? Sis dapatlah beli tumbler dan cawan ajoo, jenuh beratur oiii... Yang hampehnya, HP tertinggal kat rumah masa keluar tu, hampeh!!..so takde le nak amik gambo yaa.. sori.. 

8 comments:

  1. Dapat lepak mamak pun dah nikmat dalam situasi sekarang ni Sis. Alhamdulillah sangat-sangatkan. PC dengan en suami pusing-pusing dalam kereta je pun dah seronok je rasa. Walau pusing-pusing tempat yang sama je. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, sekarang beraninya keluar dengan Suami aje laa, sebab berdua kan semeja.. anak-anak pun jadi malas nak ikut sama..

      Delete
  2. Dah lama x nk minum...
    Rindu gila nak melepak..
    Minum kopi bancuh je la skrg ni hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe.. aku berani sini-sini aje laa yang dekat, nak gerak jauh sikit takut oiii...

      Delete
  3. waaaa aku bangga ko da pandai order frappucino blended..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah pandai sebab tunjuk je apps nya ngekkk hahahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.