#bringbackmemories KEDAI AYAMAS BERSAMA KELUARGA TERSAYANG!


#bringbackmemories KEDAI AYAMAS BERSAMA KELUARGA TERSAYANG! | "Healthy, Hygenic and Halal" 3H yang menjadi aspek utama yang diutamakan dan ditekankan oleh semua rangkaian Kedai Ayamas di Malaysia ni. Dengan tagline "More Than Just Chicken", KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan produk makanan "Ready-To-Eat" seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman.

Korang ada memories #MakanSamaSama bersama Kedai Ayamas tak? Takkan tak ada kan?. 

Ye laa, sebab Ayamas dah berada di Malaysia selama 30 tahun takkan korang tak pernah mencubanya kan? Dan setakat hari ini Ayamas telah mempunyai 61 cawangan di seluruh Malaysia. Yang terdiri daripada 33 buah kedai yang diuruskan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan juga 28 buah kedai yang dikendalikan oleh pemegang lesen di bawah program Perlesenan Kedai Ayamas. 

Untuk pengalaman memories Sis sendiri bersama Ayamas selama 30 tahun ni, memang rasanya ayam panggang dari Ayamas ni laa yang mula arwah Abah Sis bawa balik ke rumah dan makan bersama sekeluarga. Kemudian bila dah berkahwin, anak-anak dan Suami pula yang rajin membeli bawa balik kerumah. Jujurnya memang Sis jarang makan di kedai atau restoran Ayamas ni. 

Sedangkan, ada satu cawangan Kedai Ayamas di Taman Bukit Dahlia yang terdekat dengan rumah Sis aja. Yaa, makan ayamnya memang selalu, cuma jarang sekali makan di kedai atau restorannya sahaja. 

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!


Dan baru-baru, Sis bawa anak, serta anak saudara dan juga adik Sis mencuba makan di Kedai Ayamas di Bandar Baru Uda sempena sambutan 61 cawangan mereka di seluruh Malaysia. Gara-gara nampak iklan lalu-lalang le tu, terus teringin nak makannya. 

Cawangan Ayamas Bandar Baru Uda (BBU) ni agak ramai pengunjungnya sebab berada di tempat yang strategik dan betul berdepan jalan besar, so kalau korang lalu berdepan dengan lembaga Nanas tu, memang korang akan nampak laa kedai Ayamas ni. *Untuk lebih gambaran dari mula hingga laa akhir Sis makan di kedai Ayamas BBU tu, korang boleh tonton video yang Sis sediakan tu.

Nama Ayamas memang di kenali semua orang dengan pelbagai produk berasaskan ayam yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation dan merupakan kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar Halal dan juga produk sejuk beku lain seperti nugget, burger, sosej, dan lain-lain lagi. 

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

Produk-produk mereka pula dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan juga Kedai Ayamas sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. Korang jangan risau, produk mereka dijamin halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam panggang ayamas diperap daripada bahan-bahan segar,berkualiti dan semestinya di jamin HALAL dan TOYIBBA sejak 1988 lagi.

Selain KEDAI AYAMAS, mereka juga terlibat dalam aktiviti perniagaan borong dengan pembekalan ayam segar dan produk sejuk beku HALAL kepada pengedar dan kedai makanan dan minuman lain di seluruh Malaysia.

Konsep yang mereka ketengahkan adalah moden dan mesra pengguna. Korang kena tau beza antara 3 konsep ini ketika datang ke Ayamas ya. 
  • KEDAI - Menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus kepada takeaway atau dibawa pulang.
  • KIOS - Menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus kepada takeaway juga atau dibawa pulang kerumah.
  • RESTORAN - Menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan direstoran bersama keluarga. 

So apa yang bestnya menu ayam Ayamas ni, dan apa yang Sis suka, meh korang nengok yaa.. 

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

Untuk beri kepuasan makan di Kedai Ayamas ni, Sis order je kesemua menu menjadi signature peminat Ayamas suka makan. Termasuklah menu sampingan lain selain ayam. Bagi korang yang belum tau lagi ayam panggang Kedai Ayamas menjadi tarikan utama yang semua peminat ayam kerasa, ianya didatangkan dalam tiga rasa yang unik. Terdapat 3 jenis pilihan ayam panggang iaitu 'Golden, Pepper dan Percik'. 

GOLDEN (Gambar 1) - Rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu
PERCIK (Gambar 2) - Ayamnya dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.
PEPPER (Gambar 3) - Ayam yang diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat

Untuk tekak Sis, Sis dan anak saudara tu pun suka akan rasa ayam Perciknya. sangat sedap!. Keunikan rasa ayam Ayamas ni adalah kerana ayamnya dipanggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyibba.

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

Selain dari menu ayam panggang sedia ada setiap hari, kedai Ayamas juga menyediakan ayam panggang secara berkala (LIMITED TIME OFFER) untuk jangka masa tertentu. Ini memberi peluang kepada korang untuk merasai pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang. 

Selain itu juga, Ayamas turut menyediakan menu lain seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio. Juga menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, roti hotdog, ayam goreng, dan juga pastry. 

Dan jangan lupa untuk korang grab promosi-promosi di kedai Ayamas yang berlangsung seperti promosi "15 th and 30 th offer" yang menawarkan harga Ayam Panggang diskaun. Manakala promosi "Thursday special" dan promosi sepanjang hari seperti "Set Jimat" yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja!. 

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!


Untuk korang yang ingin nikmatinya tapi sedia maklumkan dalam keadaan berjaga-jaga ni untuk keluar makan di luar, korang juga boleh dapatkannya dan order buat pesanan melalui Grab Food atau Food Panda juga. Dan untuk pembayaran secara Cashless, korang boleh buat pembayaran melalui pelbagai servis yang mereka sediakan seperti GrabPay, Boost, Tounch'N Go, Maybank QRpay atau RazerPay. Semuanya di hujung jari korang aje. 

Selama lebih 30 tahun ini, pasti pelbagai kenangan korang bersama Kedai Ayamas kan?. 

Tak kiralah samaada makan bersama keluarga ataupun bersama yang tersayang, dirumah atau di kedai Ayamas, dan bagi meraikan dan mencipta kenangan 30 tahun bersama Ayamas, korang kongsikan gambar korang menikmati hidangan Ayamas dan gunakan hashtag #bringbackmemories dan juga #makansamasama

Dua (2) pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen ini akan berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020.

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

#bringbackmemories Ayamas Bersama Keluarga Tersayang!

Selain itu, jika korang ingin dapatkan produk Ayamas ini secara borong, korang boleh hubungi nombor di bawah ini. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Mr Hisham +60 19-323 0478
  • Mr Ricky +60 12-387 4133
  • Mr Ganesh +60 19-371 5121
  • Mr Khairudin +60 19-277 1785
  • Puan Khadijah +60 19-661 6159

Atau jika korang ingin membuka perniagaan Francais, korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Francais KEDAI AYAMAS di bawah ini. 
KEDAI AYAMAS sememangnya berdaftar dengan KPDNHEP sebagai pemberi Francais di bawah nama KEDAI AYAMAS. 
  • Mr Iswazi +60 19-267 6200
  • Mr Zulhilmi  +60 13-393 2465

Ikuti laman sosial Ayamas di :


P/S: Teringat pula arwah Emak Sis yang amat gemar makan ayam panggang...Al-Fatihah buat Emak.

18 comments:

  1. Terasa nak pergi makan pulak kat ayamas ni Sis.

    ReplyDelete
  2. jujur cakap sepanjang 33 tahun hidup, aku belum ada memori makan kat kedai ayamas...sedih tak..haha

    ReplyDelete
  3. Tak bleh tahan la tgok Ayamas ni...sedapnyaaaa...kat Seremban ada banyak outlet nanti nak pi terjah la...nak beli spices tu ha...best kalau grill ayam kat rumah guna AF kan Sis?

    ReplyDelete
  4. teringin nak pergi makan cawangan dia dekat bukit dahlia tu.Tapi tulah, asyik tak teringat je kedai dia..Next time nak mencuba jugaklah

    ReplyDelete
  5. tergoda pulak tengok gamabr-gambar ayam ni

    ReplyDelete
  6. kalo singgah ke Malaysia nampaknya boleh coba kedai ayamas ini, sedia chiken ready to eat mantap

    ReplyDelete
  7. Ayamas brings a lot of childhood memories!
    But Ayamas macam very less store already kan, very rarely we can find.
    Will tell my husband about this!

    ReplyDelete
  8. Ada peluang nanti bolehlah berkunjung ke situ. Sedap betul nampak ayam tu, nampak macam berjus pula di dalamnya.

    ReplyDelete
  9. Dulu sampai sekarang ayu olg suka blackpepper yang lain kurang sikit.. tapi percik not bad

    ReplyDelete
  10. Hmm.. menarik variasi menu dia. Sangat international. Tak dapat pergi India/Korea/Thailand, at least dpt jugak lepas rindu dgn makan Ayamas ni 😆

    ReplyDelete
  11. Paling dekat cawangan Bandar Seri Putra 8.3km dari mdm. Terliur belaka tak kira lah ayamas masak apa pun. Yang best itulah ayam 'masak molek' luar dalam. Anak suka ni mesti ada yg tak pedas kan.Mama apa lagi. Ps. Al Fatihah juga utk bonda sist Lin.

    ReplyDelete
  12. klu beli frozen product kan, jenama ayamas juga yg pgl sedap

    ReplyDelete
  13. Dulu kecik2 ayah rajin bawk pergi ayamas.. Pastu lama2 dh lupa.. Smpai sekrg dh lama tak pergi ayamas.. Nanti nak pergila.. Nak rasa semula kesedapa rasa ayam dia

    ReplyDelete
  14. Restoran Ayamas deakt jer ngan rumah Nina. Selalu bila tetamu tetiba muncul, pilihan menu kami pi beli ayam panggang Ayamas jer. Confirm sedap dan mudah

    ReplyDelete
  15. Serious lamanya tak makan kat kedai Ayamas ni.. suka menu ayam mereka yang secukup rasa dan juicy.. nak try la mana taw rezeki menang voucher RM50 :)

    ReplyDelete
  16. Sedap yer makan di Ayamas. Hari tu pergi yang branch taman melewati, memang banyak stok makanan frozen, sangat mudah nak masak nanti di rumah

    ReplyDelete
  17. Ayamas ni fav kami masa bulan Ramadan. Memang best. Suka semua flavour. Bulan biasa camni, takda plak cari Ayamas. Kenapa eh? Terfikir plak saya kenapa jd begini. Padahal nasi ayam Ayamas sedap gilerrr.

    ReplyDelete
  18. Ayamas ni dulu mmg suka. Sebelum2 ada org lain jual ayam roast dia, dia la pioneer. Za suka kalau percik dia.. Nyumm.. Dan juga kalau pgi ayamas mesti beli chicken pie dia. Sedap

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.