BILA ADA RIUH SEKAMPUNG, BILA TAKDE SUNYI PULAK!


BILA ADA RIUH SEKAMPUNG, BILA TAKDE SUNYI PULAK! | Hurmmm masa Sis menaip ni pun, dah rasa sunyi sepi aje rumah, memasing semua dah pulang ke rumah memasing. Yelaa dah 3 hari rumah Sis penuh meriah dengan adik-adik dan anak saudara. Bila ada riuh sekampung, bila takde sunyi pulak rasa. 

Walaupun bukan cuti sekolah, hanya sekolah di cutikan atas arahan KPM bagi membendung wabak Covid19 ni, tapi kemain suka laaa anak-anak kalau kata sekolah cuti 2 minggu kan. Padahal kerja rumah dan pembelajaran online tetap juga di jalankan seperti hari sekolah biasa. 

Tapi apa adahal, duduk rumah Mak Long (rumah Sis), mereka tetap juga buat kelas online seperti biasa, kemudian siap aje, teruskan bermain. Kalau tak, memang memasing takkan dapat main, membebel aje Emaknya hahahaha.

Dan bila dah berkumpul, maka memang tak keringlah tangan ni dek duduk dapur memasak aje. Kalau yang follow IGs Sis, mesti nampakkan menu-menu yang Sis masak semua. Hilang rasa penat bila masak dan ada orang makan, sekali masak habis, sekali habis, masak lagi dan lagi hahahaha.. 


Bila Ada Riuh Sekampung, Bila Takde Sunyi Pulak

Tengok aje laa gelagat memasing bila dapat bermain dan bermandi kolam, suka tak terkata. Kena paksa makan nasi habis sepinggan pun sanggup, janji dapat main kolam hahahaha.. Iyeee bila dah reramai, semua tak ingat nak makan, so terpaksa laa Ayyom dia paksa siap cakap, 'Siapa nak mandi kolam, makan nasi sampai habis'...haaa laju laa memasing makan hahahahah..

Mia, Danny, Nina dan Apis, mereka inilah anak saudara Sis yang paling kecil sekali. Apis tu ikutkan paling besar le di kalangan 4 orang ni, dah darjah 2 tapi sebab badannya kecik, so masuk le dalam kategori bebudak ni haaa hahahaha. 

Mia dan Nina pulak baru umur 6tahun, dan Danny pulak umur 3 tahun. Tapi bijak dia macam budak umur 5tahun aje tau!..

Bila Ada Riuh Sekampung, Bila Takde Sunyi Pulak

Bila Ada Riuh Sekampung, Bila Takde Sunyi Pulak

Ikutkan plan nak mengajak semua pi mandi taman tema, tak kisahlah kat mana, tapi dalam keadaan yang agak serius wabak Covid19 ni di Johor, maka kami semua sepakat tak payahlah ke mana dulu, so berkampung aje laa rumah Sis sini. Tu yang Mama DD bawa kolam mandi tu.

Mandi sampai menggigil semua baru ingat nak masuk rumah, kalau takkk, berendam lee situ sampai kembang. Ikutkan Ayyom nak juga join sekolam, tapi takut pulak jiran nampak di kata, 'buang tebiat agaknya', hahahahaha... 

Bila habis mandi, haaaa memasing kelaparan macam baru mandi laut aje. Licin semua bagai gorengan hotdog, kentang goreng dan nugget yang anak Sis,Yana goreng, memang lapar sangat semua hahahaha.. 

Bila Ada Riuh Sekampung, Bila Takde Sunyi Pulak

Semalam upload gambar bebudak ni mandi kat IG Sis, ada yang tanya, kenapa letak lemon?. Oo kami letak lemon sebab, anak saudara Sis,Apis tu dia tiba-tiba selsema dan juga batuk, tapi nak juga join mandi kolam, kemudian Mama DD kata kan ada orang share petua, kalau demam selsema atau batuk, mandikan dengan lemon, so semalam kebetulan semua mandi kolam, haaa hiriskan lee lemon dalam tu.

Alhamdulilah, tidur malam tadi pakaikan stokin, pagi tadi bangun hilang dah batuk & selsemanya. Mujarab juga yaa petua tu. Lepas ni korang boleh cuba ookay. 

Bila Ada Riuh Sekampung, Bila Takde Sunyi Pulak

Dan selain sarapan Nasi Goreng dan Mee Goreng pagi tadi, atas permintaan si kecik Danny tu nak makan kuih Onde-Onde, makanya gigihlah Sis buatkan untuk mereka semua. Buat 2kg tepung pulut, licin semua makan, alhamdulilah. Mama DD siap bawa balik bekal lagi hehehehe sedap yaa Mama DD hahahaha..

Happy sangat dapat menceriakan mereka semua. Tu pun ada yang taknak balik, siap pujuk Emaknya tunggu stay sampai hari Ahad atau sampai naik sekolah hahahaha.. takpe nanti boleh datang lagi, bila-bila ajaa datang laaa, Mak Long suka aje.. 

Harap lepas ni plan Pak Longnya semalam (Suami Sis)  yang mengajak bercuti adik beradik menjadi dan terlaksana laaa.. tunggu keadaan reda, kita terus ON.. tak jauh, dapat bercuti dekat pun jadilah, janji anak-anak gembira, kata Suami. InsyaAllah.. 

Okaylah, Ayyom pun nak sambung draft balik ni, beberapa hari ni curi-curi masa aje update blog, tak nyempat nak blog walking pun yaa.. 


P/S: Yang kesiannya Kenit dan Panjang, menyorok dua ekor tu bila nampak ramai orang hahahaha.. 

12 comments:

  1. alhamdulillah...seronok tengok masing2 gembira walaupun simple aje aktivitinya..aku pun nak tanya gak semalam bila nampak lemon tu..tapi aku assume nak bagi wangi2 sikit..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sunah, aku dah mula rindu dengan anak-anak sedara aku...

      Delete
  2. i suka riuh riuh ni, tak suka bersendiri... and lopeh tu sedapnyaa tgkkkk terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis dah biasa sunyi Atie, so bila riuh ni agak kekok, tapi now dah rindu sama mereka semua...

      Delete
  3. Berkumpul ramai2 memang best. Ada je aktivitinya kan.. Bila semua dah balik, alahai sunyi betul.. Begitu la orang tua kita rasa kan. bila anak2 semua balik rumah masing2, sunyi depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Now dah rasa sunyi dah rumah...huhuhu lagi laa PKPB ni, tak boleh laa nak jumpa reramai huwaaaa :((

      Delete
  4. meriah kan bila ada budak2 berkumpul kat rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa JM..meriah suasana, masak pun seronok sebab ada yang makan...

      Delete
  5. Ya Allah seronok. Macam ni yang best sangat-sangat ni.Baru nak tanya mana Kenit dengan Panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat PC< semalam bawa naik boat lagi suka mereka..now dah sunyi rumah Sis...

      Delete
  6. Sama la macam kat rumah ni..bila xde aunyi..bila ada riuh...dulu SA cepat rimas..sekarang dh ok skit dh...kadang paksa diorang datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sama Sis SA, mula kekok bila riuh-riuh, tapi bila dah selalu mereka datang, jadi seronokkk...now dah rasa sunyi rumah...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.