BILA ANAK TANYA, 'MAK TAK PAKAI COLI KE?'


BILA ANAK TANYA, 'MAK TAK PAKAI COLI KE?' | Hahaha baca tajuk memang agak sensitif sikit, tapi jika korang baca sampai habis, korang akan faham dengan penjelasannya. Tapi soalan anak tu memang jadi bahan gelak ketawa kami anak beranak dalam kereta hahahaha. 

Kisahnya, Sabtu kelmarin anak Sis,Yana mencuci baju Sis semua. Kemudian selesai mencuci dan mengeringkan, kami semua pun keluar kebandar jalan-jalan cari tempat makan best di Johor ni. Waktu dalam kereta tu laa, tiba-tiba anak Sis,Yana tanya, 'Emak tak pakai coli ke?, sebab adik basuh baju Mak tak jumpa coli, seluar dalam jer ada'... hahahaha punyalah seloroh dia tanya, sampai Ayahnya gelak bagai nak haperr!!.

Teruslah Sis jawab, 'Takk, jimat kain baju', hahahaha.. terus anak-anak semua gelak, tapi sebenonya semua faham, Sis pun siap terangkan pada anak-anak, lagipun Sis kat rumah aje, tak kemana pun, so better duk rumah tak payah laa weii nak pakai, semakkk jee, bior kasi lapang sikit, bebas!!.. 

Yeee korang jangan gelak sangat, tapi korang kena tau dan faham, apa manfaat dan kelebihannya jika tak pakai coli ni, jangan ingat posting ni macam mencarut, tapi sebagai perempuan korang kena amik peduli yaa.. tak payah le nak ngata Sis ni post mendatangkan bayangan 'bogel', tapi sedar tak sedar, dalam kita berpakaian lengkap pun ada penampakan 'bogelnya', cuma kita tak sedar  jer, so amik sikap positif dengan posting Sis kali ni. 

Korang baca perkongsian dari Hello Doktor ni. Moga bermanfaat buat semua kaum wanita semua. 

Bila Anak Tanya, 'Mak Tak Pakai Coli Ke?'

Tidak Memakai Bra

Tidak memakai bra adalah perkara biasa di luar negara dan untuk diamalkan di Malaysia ia kedengaran janggal. Tetapi sebenarnya ada manfaat kesihatan di sebalik perbuatan tersebut. Seharian bekerja, pastinya kita tidak dapat mengelak keadaan badan yang berpeluh dan tidak selesa. 

Pastinya untuk wanita, dapat pulang ke rumah, membuka dan menanggalkan coli yang basah akibat peluh adalah perkara yang memberikan keselesaan. Tetapi ada juga sesetengah wanita yang masih akan memakai bra walaupun ketika di rumah dan pada waktu malam. Sudah tentu kerana berasakan coli dapat membantu payudara kekal anjal dan sihat.

Jadi adakah ia bermakna tidak memakai bra sesuatu yang tidak bagus untuk payudara anda?

Berdasarkan kajian saintifik, tidak ada bukti yang dapat mengesahkan bahawa coli boleh mengekalkan keremajaan pada payudara. Malahan pemakaiannya dikatakan akan mengekang payudara daripada membesar atau mencapai daya tarikan semula jadinya.

Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh seorang Profesor di Centre Hospitalier Universitaire de Besancon, Perancis mendapati wanita yang tidak memakai coli memiliki payudara yang lebih anjal berbanding mereka yang kerap memakainya. Bahkan berlawanan dengan kepercayaan umum, tindakan tidak menggunakan bra dikatakan dapat melindungi payudara daripada graviti. 

Malahan tindakan ini membuatkan wanita mempunyai postur lebih baik serta mengembangkan otot-otot di bawah buah dada bagi menyokong dan mengangkatnya.

Apa kebaikan tidak memakai bra dari aspek manfaat kesihatan

Pemakaian coli dianggap sebagai keperluan bagi wanita dan akan menimbulkan rasa janggal dan segan jika keadaan adalah sebaliknya. Apatah lagi apabila hidup dan membesar dalam norma kehidupan manusia yang penuh beradab, seperti di Malaysia. Namun itu tidak bermakna kita boleh menafikan tentang manfaat kesihatan yang boleh diperolehi jika memilih untuk tidak memakai coli. Korang mungkin boleh lakukannya di rumah. 

Bila Anak Tanya, 'Mak Tak Pakai Coli Ke?'

5 manfaat kesihatan yang tidak memakai coli:

1. Kesihatan kulit payudara 

Pemakaian coli secara berkala dan kerap akan cenderung menyebabkan kelembapan, kotoran dan peluh terperangkap pada kulit payudara. Situasi seperti itu boleh mengakibatkan pori-pori pada sekitar payudara tersumbat dan menimbulkan masalah kerengsaan kulit. Ia lebih kerap dialami oleh wanita dengan buah dada yang besar.

Masalah kerengsaan kulit yang berlaku boleh menyebabkan wujudnya jerawat mekanik (acne mechanica) – muncul kesan daripada gosokan, geseran atau tekanan pada kulit. Biasanya jerawat ini dialami kesan pemakaian bra ketika bersenam dan memakai pakaian yang basah akibat berpeluh.

2. Peredaran darah

Perasan tak apabila korang memakai coli, adakalanya terasa seperti menyesakkan bahagian dada dan fungsi pernafasan korang? Itu antara kesan apabila memakai bra selama berjam-jam. Lebih-lebih lagi jika saiz coli itu agak kecil untuk payudara korang.

Keadaan ini akan menjejaskan aliran darah ke bahagian belakang badan dan dinding dada, sekali gus akan menyebabkan kesakitan otot belakang badan. Jadi apabila korang tidak memakai bra, terutamanya bagi wanita dengan buah dada yang besar, tindakan korang itu akan dapat meningkatkan fungsi peredaran darah menjadi lebih baik. 

3. Saluran limfa

Kelebihan lain apabila korang memutuskan untuk tidak memakai coli adalah ia dapat meningkatkan fungsi saluran limfa. Ini membolehkan penyingkiran toksin daripada bahagian sekitar payudara. Sudah tentu, ia juga boleh mencegah pengekalan cairan, ketidakselesaan dan kerengsaan pada buah dada. 

4. Otot dan bentuk payudara

Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa pemakaian bra boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong payudara menjadi ‘malas’ dan kesannya buah dada kelihatan kendur dan tidak anjal. Terdapat wanita yang tidak memakai coli untuk 1 tempoh panjang mengakui bahawa payudara mereka tampak tegang, anjal dan lebih menarik dari masa ke masa. 

Bagi wanita dengan buah dada yang penuh atau besar, mungkin akan berasa lebih tegang pada permulaan tidak memakai coli. Namun, lama-kelamaan, tindakan tersebut dipercayai dapat meningkatkan kekuatan otot dada dan bahagian belakang serta memberikan sokongan yang baik walaupun tanpa bra.

5. Kualiti tidur

Korang mungkin tidak menyedarinya, tetapi pemakaian bra pada waktu tidur cenderung menyebabkan tidur terganggu dan kurang nyenyak. Malahan menanggalkan coli pada waktu malam dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur korang. 

Tidak mendapat tidur yang baik dan berkualiti berisiko mengakibatkan keletihan, masalah berkaitan memori serta mengurangkan kewaspadaan pada keesokan harinya. 

Bila Anak Tanya, 'Mak Tak Pakai Coli Ke?'

Memberikan keselesaan

Bagi wanita yang sudah biasa memakai coli pada kebanyakan masa akan berada ‘terdedah’ jika tidak memakai bra. Namun untuk jangka masa panjang, apabila korang sudah membiasakan diri tanpa coli, ia dapat memberikan rasa keselesaan dan bebas.

Kesan perubahan ini banyak bergantung kepada saiz buah dada korang. Bagi wanita dengan payudara kecil mungkin tidak dapat merasai manfaat drastik tanpa coli berbanding wanita yang mempunyai buah dada besar. 


P/S: Rasanya ramai aje yang tak pakai coli kalau berada dirumah kan? Bagus!.. 

51 comments:

  1. Hahahhaha.. ingatkan Sis Lin tak pakai bra masa keluar jalan2 tu, hahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa lawak tau! Terus jadi bahan posting harini...gelakk betul!!

      Delete
  2. waktu siang kalau ako x pakai kat umah ni mmg naya je weii sebab budak2 ni dah tahap suka bersoal jawab...lebih2 lagi si kecil...
    nanti dia tanya, "nina, biji bulat2 tu apa...?"

    masak nak jawab hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakakakakah adoiii soalan dia kemain maut!!! Hahahaha lawakk arrr...
      Tak habis gelak aku di buatnya oii..

      Delete
  3. saya pun geng kebabasan ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus..ayuhlah kita bebas dari cengkaman hahahaha

      Delete
  4. ehehehe comel jeee ha soalan pun.. sebelum dia tnya tu mesti dia fkir jap macam mana eh aku nak susun ayat kasi betul.. curious. niii prempuan2 je faham.. bebas dan merdeka hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee, tu jam lee dia nak tanya kannn, gelak Ayahnya dengo hahahaha...

      Delete
  5. SA sejak awal remaja memang amalkan macam ni sis..kalau kat rumah pakai hanya bila perlu..waktu malam memang tak pakai langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu Sis pakai je tak kira masa SA, lepas dah baca dan banyak pendedehan tentang kebaikan free bra ni, terus tak pakai dah kalau kat rumah...

      Delete
  6. Dah lama dengar dan ada pendedahan, cuma belum melakukan. Spontan ye soalan. Lucu.

    ReplyDelete
  7. good info utk tau semua benda ni kan , sbb smua ni ilmu kesihatan :)

    ReplyDelete
  8. Belum bran.. Hihihi
    Tapi masa kedepan nanti tak tahulah kot saya berubah pandangan & tindakan.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe yee ada yang memang tak biasa lagi...

      Delete
  9. Kalau dok rumah , dalam bilik memang saya nak bebas..Hahah. Tapi kalau depan anak2 pakai la. Masuk bilik nak golek2 depan tv ke apa saya malas nak pakai. Cuma kena stanby la kat tepi. Buat nya orang datang , gelabah cari coli tak jumpa.hahah.. Saya benci betul kalau orang datang rumah gegar2 pintu macam nak tercabut paagr. tak reti sabar.tak tahu ke orang nak pakai bra, nak cari tudung apa semua. Eh..nuat luahan perasaan pulak.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, Sis kalau ada pos ke apa ke, pakai tudung labuh aje, memang sesiap kat tangga rumah hahahaha

      Delete
  10. Adoii lawak la. Masa kat rumah la kita nak rasa kebebasan sebenar kan sis. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan Faizzah.. senang nak gerak bebas buah dada tu...

      Delete
  11. hahhahaha sama je kak oi, pakai time ke kedai atau keluar ke mana-mana je... ada geng lah nih hahahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee laaa, kadang tu terlupa juga, belasah je laaa..nasib tudung labuh hahahaha

      Delete
  12. Sbb mat saleh x suka pakai bra kan.. haja.. mmg bebas meedeka sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee Mat Saleh lagi laaa, kadang puting pun menimbul. hahahaha

      Delete
  13. ok jer sis topik ni tapi memang hakikat pun tak pakai coli lebih sihat. i dah lama tak pakai coli sejak anak dah putus menyusu , pakai coli bila nak keluar itupun tengok jenis baju , kalau pakai tshirt pastu pakai jaket memang tak pakai coli...rasa lebih selesa dan paling penting boleh kurangkan stress..trust me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa begitulah faktanya, dan tak terdedah sangat dengan peluh bakteria.. kadang keluar pun ada masa terlupa nak pakai oii hahahaha

      Delete
  14. Mmg kalau di negara mat saleh dah lama dah trend 'free your breasts' ni, sejak zaman mula2 kebangkitan feminism dan gender equality dulu. Siap tunjuk perasaan, bakar2 bra lagi 😄

    ReplyDelete
  15. actually I have lots of best buddies enjoy not wearing while stay home now during this pandemic prevention lockdown, however provided they are home alone without any male family members/ housemates...Lol...cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sama laa dengan kengkawan i, lebih mudah dan jimat kain baju nak cuci hahahaha

      Delete
  16. Sejujurnya sangat memahami concept ni.. Diluar negara memang mereka amalkan baik laki ataupun perempuan.. Kena bersesuaian dengan keadaan juga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa bukan kata rasa lega atau apa, tapi demi kesihatan juga Nel..

      Delete
  17. Haha Budak budak sekarang memang binak bertanya dan soalannya buat kita tersenyum... bab pakai coli ni dulu masa muda mmg tak tanggal sekrang ni je selesa bila tanggal tapi dulu tak lak payudara terganggu haha ok je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak Sis memang macamtu, bertanya dalam nada gurau, tapi seloroh, mana laaa tak digelak Ayahnya bila dengo hahahaha...

      Delete
  18. Ye saya setuju dgn semua yg sis tulis ni sbb sy mmg begitu hahah..sebenarnya ikut kajian memakai bra terlalu lama terutama yg ada besi tu akan menyebabkan peredaran darah tak berjalan lancar dan akan menyakitkan payudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa begitulah.. kalau pakai bila perlu aje.. takat duduk rumah, tak payahlah pakai...

      Delete
  19. Bagus penerangan yang diberi. Sesuai untuk yang yang dalam dilema untuk buka bra. It's time to be free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau Kaya, kalau di rumah, jika perlu tak payah pakai, untuk kesihatan payudara juga..

      Delete
  20. Setuju dan memang dah lama amalkan. Sekarang ni anak sulung dah remaja pun dah suh dia praktikkan terutama semasa tido tak payah pakai bra. Kasi dia rest dan bebas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..sama juga anak-anak Sis, kalau dulu orang kata tak pakai nanti kendur, tapi kita lebih utamakan kesihatan dari kejadian..

      Delete
  21. memang wei..kekadang kat opis pun rasa macam nak bukak sebab da biasa kan PKP lama kat rumah, tak pakai bra...wakakakkakakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kat opis jangan buat keje oii.. kang naya pulak nampak tetimbul ghahahahah..,

      Delete
  22. hihihihi memang dah amalkan di rumah time tido. Dulu arwah yang tegur. So baru tau dan amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Sis amalkan kalau nak tido baru tak pakai, sekarang, dah tak kira, kalau kat rumah memang tak pakai..

      Delete
  23. Actually I like my freedom too good to know that there's so much benefits to it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Jia.. good for health to avoid breast cancer..

      Delete
  24. Kalau kat rumah memang kena ada kebebasan tang situ 🙈🙈
    Lagipun duduk rumah kan..
    Kadang asik pakai je boleh rasa sakit dada juga tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, duduk kat rumah tak payah pakai.. nak keluar baru pakai.. lebih selesa dan selamat..

      Delete
  25. Time tidur i tak pakai bra lah sebab lebih selesa and baik untuk peredaran darah.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.