TARIKH-TARIKH PENTING ZULHIJJAH

TARIKH-TARIKH PENTING ZULHIJJAH | TAK berapa hari ajer lagi kita akan masuk ke bulan Zulhijjah, bulan dimana padanya terkandung pelbagai peristiwa dan tarikh-tarikh penting bagi umat Islam. Salah satunya adalah Hari Raya Haji. 

Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidil Adha di Malaysia. Hari Raya Haji jatuh pada hari kesepuluh di bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam ataupun dikenali sebagai Kalendar Hijriah. Hari Raya Haji disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah di seluruh dunia.

Bagi umat Islam di Malaysia sambutan ini diraikan dengan cuti umum selama dua hari bermula pada 10 Zulhijjah. Mengikut kalendar Gregorian tarikh Hari Raya Haji berbeza dari tahun ke tahun. Perubahan tarikh ini berlaku kira-kira sebelas hari lebih awal setiap tahun. Hari Raya Haji diraikan oleh semua umat Islam didunia dan terutamanya bagi mereka yang sedang menunaikan ibadah haji.Hari Raya Haji juga menandakan berakhirnya Haji tahunan iaitu menziarah ke kota suci Mekah.

Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah.
Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah?
Beliau menjawab : Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun” (HR Bukhari)

 

Tarikh-Tarikh Penting Bulan Zulhijjah

Jom tingkatkan amalan dengan memperbanyakkan puasa sunat berikut:-

● Puasa Sunat (1 - 7 Zulhijjah)
● Puasa Sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah)
● Puasa Sunat Arafah (9 Zulhijjah)

5 Keistimewaan Bulan Zulhijjah

1: Ibadah Haji
Rukun ke 5 Islam hanya boleh disempurnakan di dalam bulan ini. Bulan Dzulhijjah hanya datang setahun sekali. Ibadah haji wajib dilakukan kepada mereka yang mampu.

Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran : 97)

2: Hari Arafah
Wukuf itu sendiri adalah Haji. Wukuf di padang Arafah adalah kemuncak haji. Ibadah ini dilakukan dengan cara berdiam diri di padang Arafah mulai dari tergelincirnya matahari tanggal 9 Dzulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada tanggal 10 Dzulhijjah. Doa tersangat mustajab ketika itu. Wukuf juga merupakan gambaran kecil manusia ketika Hari Kiamat kelak.

“Tidak ada hari di mana Allah memerdekakan hamba-hamba-Nya dari neraka selain hari Arafah. Allah sesungguhnya mendekati mereka dan membanggakan mereka kepada para malaikat seraya berkata; Apa saja yang mereka impikan akan Aku kabulkan.” (HR. At- Tirmidzi)

Kepada yang tidak mengerjakan Haji dan berpeluang untuk wukuf di Arafah, berpuasalah pada hari ini yang bersamaan dengan 9 Dzulhijjah.

Daripada Abi Qatadah r.a. Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa sunat pada Hari Arafah, baginda menjawab maksudnya: “Menghapuskan dosa tahun yang lepas dan tahun yang akan datang.” (HR Muslim)

3: Ibadah Qurban
Ibadah Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji. Ia dilakukan selepas solat ‘Idil Adhha dan pada hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan niat kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. Ia diteruskan sehingga hari ini sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud: 
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Al-Hajj : 36)

4: 10 Dzulhijjah yang pertama
Ulama mengatakan, barangsiapa memuliakan atau menghidupkan 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah dengan amalan-amalan ibadah maka Allah Ta’ala akan memberinya 10 keistimewaan, iaitu:
  • Allah memberikan barakah kepada umurnya
  • Allah menambahkan rezekinya
  • Allah menjaga diri dan keluarganya
  • Allah mengampuni dosa-dosanya
  • Allah melipat kali gandakan pahalanya
  • Akan dipermudahkan urusan sakaratul mautnya
  • Allah menerangi kehidupannya
  • Akan diberatkan timbangan kebajikannya
  • Akan diselamatkan dari semua kesusahannya
  • Akan ditinggikan darjatnya di sisi Allah Ta’ala.

5: Asyhurul Hurum
Bulan Dzulhijjah adalah salah satu bulan mulia, yang telah Allah Ta’ala sebutkan sebagai asyhurul hurum (bulan-bulan haram). Maksudnya, saat itu manusia dilarang untuk berperang, kecuali dalam keadaan membela diri dan terdesak.


P/S: Semoga amalan kita diterima oleh Allah .. inshaallah.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tinggal beberapa hari nak Aidil Adha. Jamaah haji pun kalau tak silap dah ada yang berlepas. Tak sabar nak balik kampung. Rindu babah. Rindu mama. Nak ziarah pusara mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PC, inshaallah esok kita dah tengok anak bulan dah..

      Delete
  2. Assalamualaikum Lin...in sya Allah Ahad depan kita sambut Aidil Adha kn...maaf salah silap mama yer lin...moga kita dpt bertemu lg ditahun hadapan in sya Allah aamiin Ya Allah Ya Mujib...slmt hari raya aidil adha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalaikumusaalam Mama.. selamat hari raya Haji juga buat Mama sekeluarga.. aamiinnnn

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment