PETUA TAHAN MUNTAH IBU MENGANDUNG - IKAT TALI KASUT DI LEHER

PETUA TAHAN MUNTAH IBU MENGANDUNG - IKAT TALI KASUT DI LEHER | HARINI Sis nak berkongsi satu petua yang Atuk Nenek Mak kita dulu amalkan. Yaaa dalam family Sis sendiri pun dah pernah amalkan petua ni. Tapi masa tu bukan untuk ibu mengandung, tapi ketika tu adik Sis muntah-muntah tanpa henti, so arwah atuk gunakan cara ni untuk tahan muntah, alhamdulilah mungkin kebetulan, so terus berhenti adik Sis dari muntah. 

Dan petua tahan muntah ni, Sis buat pula pada anak Sis yang sedang mengandung. Tapi nak tanya jugalah pada korang, pernah ke dengar petua ikat tali kasut di leher untuk tahan muntah? Kalau tak pernah, korang bolehlah jadikannya petua dan mencubanya. Kita bukan amalkan amalan syirik, tapi kita usaha. Mana boleh Sis ni seorang ibu tengok anak muntah-muntah sampai lembik, kesian sampai tak boleh makan. Minum air masak pun muntah. 

Dan kelmarin, Yana mengadu, badannya sakit sangat sebab tekanan muntah tu, so Sis kata pada menantu, bawa dia gi klinik dulu, kemudian bawa je laa ke rumah Sis, biar Sis jaga. Masa sampai tu memang tengok keadaan dia lembikk sungguh, baru masuk terus ke bilik air muntah.. allahuakbar.. mati kutu Mak nak buat apa. 


Masak macam-macam pun, makan jerr terus keluar.. terus Sis teringat, sebelum ni Ayahnya ada sebut, 'Cuba amik tali kasut, ikat di leher'... Yana dan menantu duk gelakkann jaa.. dan Sis pulak, entah camne masa tu, tak buat pulak apa yang Suami cakap tu..

Sampailah semalam pagi, nengok Yana muntah tanpa henti, Sis pun amik tali kasut hitam Ayahnya, Sis bagitau Yana, 'Meh sini Mak ikat leher tu dengan tali kasut, mana tau elok'.. Yana ni ikut jerr orangnya, ye laa orang dah tak bermaya, malas nak melawan.. 

Sambil lilit tu, Sis selawat 3x.. sambil ikat tu Sis niat dalam hati berdoa, 'moga Allah ringankan sakit anakku, moga Allah sihatkannya, dan hentikanlah muntahnya'.. tu jer Sis niat sambil ikat tali kasut di lehernya.. 

Yang gelihatinya, menantu balik nengok di leher Yana ada tali kasut, duk gelakkannnn ajerr.. Sis pun bagitaulah, 'Kita cubalah petua ni, kotlah serasi'.. dia okay jer.. mana laa tau kan ada perubahan. Petua orang tua ni kita amik yang baik, dengan izinNya jika okay, inshaallah sihatlah.. 

Dan... selepas pagi semalam ikat tali kasut di leher Yana tu, petang dan malam semalam, kata menantu elok takde bangun muntah. Dan pagi ni punnnn alhamdulilah... takde mabuk dan muntah-muntah.. dah macam 'magic' pulakk.. tapi Yana ada kata, 'macam nak muntah, tapi macam rasa tersekat' hahahaha.. 


Ubat Klinil pil tahan muntah tu memang ada juga dia makan, sebiji tiap pagi. Dah dua hari asal makan je ubat tu, terus muntah semua isi perut.. so pagi ni dia makan, nampak elok pulak.. tak tau laa ubat atau petua. 

Tapi takpelah... kita dah cuba dan usaha.. janji nampaklah sihatnya dia, takde muntah-muntah dan takde langsung baring melepekk macam sebelum ni.. menantu pun cakap yang sama, makan pun nampak berselera dan air masak pun dah boleh minum.. syukurlah..

Menantu Sis sampai google petua tahan muntah ikat tali kasut ni, sebab memang nak tau ceritanya.. dan memang yaaa, ramai yang berkongsi petua yang sama dan ramai yang memang gunakan petua ni untuk tahan muntah ketika mengandung, dan kebanyakkannya semua kata berkesan.. 

Secara kebetulan kan.. tapi dengan izin dariNya.. alhamdulilah..

Now tunggulah nanti beberapa hari lagi, nengok keadaan Yana macam mana.. so far tali kasut tu masih ada di lehernya hehehehe.. 

Korang yang ada muntah-muntah ke, tak kisahlah mengandung atau tidak, dewasa atau kekanak, bolehlah cuba petua ni ya.. kita usaha, dengan izinNy inshaallah baik laaa.. 


P/S: Orang kata, kalau Ibu hamil muntah-muntah, anaknya inshaallah sihat dan kuat.. doakan yaa.. 

20 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Om baru tahu lah tapi dulu masa pregnant tak pernah muntah teruk. Tq share tipsnya sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa OM kalau anak-anak muda sekarang memang ramai tak tau, ni petua dari keluarga, kita cubalah..

      Delete
  2. Eh betul la sis Lin,..SA pun guna petua ni untuk adik2 yang mabuk masa mengandung...kita bukan nak 100% percaya, just ikhtiar kan...adakala petua orang tua- tua ni ada betulnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann SA, memang ada yang orang tertentu je yang tau petua ni dari family dia.. macam Sis laa salah sorangnya, so cuba usaha guna petua ni, alhamdulilah berkesan..

      Delete
  3. Pernah masa kecik mak buat petua ni memang menjadi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Roziah, alhamdulilah, petua lama kita cuba dan usaha dengan izinNya..

      Delete
  4. ammi masa mengandung mmg sepanjang 16 minggu tu muntah pagi petang siang malam...siap pakej turun berat badan lagi. tekak sampai luka2.. seksa sangat rasanya.

    semoga teruslah yana bertahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii... nanti cubalah laa Ammi petua ni, kotlah nanti mengandung hehehehe

      Delete
  5. Nie first time Rawlins dengar petua nie. Nanti kalau ada family atau kawan yang kena, boleh la amalkan ye tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Rawlins, petua orang tua dulu, secara kebetulan dengan izinNya, alhamdulilah ooka anak Sis..

      Delete
  6. Menarik ye sis Lin petua ni.. Nell first time dengar juga walaupun banyak belajar with my family about tip and trick lama2.. ye la kan.. petua2 lama dulu memang work pun for most of them.. ni nak simpan for my future reference juga la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita usaha dan cuba aje petua orang tua ni Nell, selebihnya berserah aja laaa

      Delete
  7. Wah..boleh thu ni. Xpernah thu plak slma ni..nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kot ada family kena, bolehlah ciba Nurul..

      Delete
  8. hahahah tips menarik ni... kita takdelah nak ikat lagi tali kasut.. mungkin menatu dan anak kita one day hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko gelak dulu ek Ayu hahahaha.. nanti dapat menantu pompuan, boleh cuba ni kalau mabuk hahahaha

      Delete
  9. syukur dah tak pregnan. 1st time la juga baca bab ni, thank u sharing sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nanti boleh kongsi pada yang prengnant atau muntah teruk emme..

      Delete
  10. Baru jer tau ada petua ni, nanti nak minta my cousin to try coz she is now pregnant

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kelly, if your cousin, mabuk teruk, boleh cuba petua ni...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment