HANTAR ANAK KE KUANTAN AMIK EXAM MUET (SPEAKING)

HANTAR ANAK KE KUANTAN AMIK EXAM MUET (SPEAKING) | ALHAMDULILAH Allah permudahkan urusan Sis dan Suami semalam dan harini untuk hantar anak ke Kuantan amik exam MUET (Speaking) dia. Yaaa anak bujang nan sorang le tuu, mana lagi ada anak bujang, tu laa sorang ucuk ashemm Mak hahahaha..

Semalam lagi Sis dah gerak ke Kuantan untuk hantar anak exam MUET tu. Tempat yang di jadualkan bertempat di Kolej Professional Mara Indera Mahkota (KPMIM), dan examnya akan di jalankan pada jam 7,30am harini. Tu yang kami gerak semalam, dan stay semalam di Indera Mahkota, supaya senang urusan nak hantarnya dah dekat sana. 

Mulanya plan ikutkan hanya Sis dan anak jer yang pergi, Ayahnya kata kena kerja, sebab kan harini Isnin. Tapi tetiberr ehhhh Ayahnya pulak kata nak ikut sama. Katanya semalam, 'Takpelah, Ayah cuti esok, nak bagi semangat kat Amat'. Okaylah macamtu, so ada juga teman Sis masa menunggu anak amik examnya. 

Hantar Anak Ke Kuantan Amik Exam MUET (Speaking)

Haaa tu laa tempat/dewan peperiksaan yang pelajar akan masuk dan amik exam MUET (speaking) pagi tadi. Seawal jam 7am kami dah sampai. Sebab katanya anak, 15minit sebelum exam dah kena masuk daftar. So tepat jam 7.15am anak bujang Sis dah beratur di depan pintu tu bersama pelajar lain. 

Ramai juga harini yang datang. Katanya anak, rata-rata pun dari negeri luar, ada dari Johor juga. Lepas dah masuk ke dalam dewan, Sis dan Suami terus keluar mencari sarapan dulu. Nak tunggu anak sekali sarapan, kata salah seorang cikgu tadi, takut lambat, walau dalam suratnya tulis hanya 30minit aja. Tunggu taklimat lagi, giliran lagi, so mungkin lewat juga habisnya. 

Lepas makan, dalam jam 9am lebih jugalah baru Sis sampai ke KPMIM tu semula, pun anak belum keluar. Dalam beberapa minit barulah anak mesej kata dah siap. Masuk aja dalam kereta bila di tanya, 'Okay ke tak Amat exam?', terus anak jawab, 'Inshaallah bolehlah, cuma Amat terkejut sebab giliran nombor satu'.. katanya hahahaha.. 

Lepas dah bawa anak sarapan semua, balik semula ke Hotel dan berehat, sebab check-out kami jam 12pm, dapatlah Ayahnya dengan Sis sekali tidur sekejap menunggu masa nak check-out, nasib baik kunci jam hahahaha.. Mulanya Suami kata nak stay laa semalam di bandar Kuantan, tup-tup dapat panggilan opis esok ada meeting pagi, hurmmm... so balik terus laa kami ke Johor lepas check-out. 

Hantar Anak Ke Kuantan Amik Exam MUET (Speaking)

Singgah makan tengahari di bandar Kuantan kejap, dan pusing-pusing laa layankan anak bujang tu haa.. then lepas solat Zuhur barulah kami gerak balik ke Johor. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan kami sepanjang perjalanan. Singgah kejap juga di bandar Kota Tinggi, Suami beli minum petang, keropok lekur dan denderam juga air kelapa. 

Sampai rumah dalam jam 6pm lebih juga. Cepat? Mana tak cepatnya kalau Suami yang drive, dia kalau drive, macam tayar tu terangkat atas jalan hahahaha.. terjerit-jerit juga Sis di buatnya, katanya nak hilangkan mengantuk. Minta tukar drive katanya, ada malam baru sampai hahahahaha.. 

Beberapa minit sampai rumah, jiran call nak bagi pulut kuning tanda kesyukuran anaknya SPM hartu dapat 9A, di berinya dua bungkus, terus Suami bukak makan tadi sebelum Maghrib. So malam ni rehat-rehat aja, dan tak masak, memasing kenyang makan minum petang tadi.. 

Lepas ni, bulan Julai sekali lagi kami akan ke Kuantan, tempat yang sama juga untuk anak amik exam MUET (reading,writing & listening) pulak.. tapi kali ni katanya anak, dia nak pergi sendiri dengan kawannya.. Ayahnya diam ajer, tak tau lerr tu izin ke tak izin hehehehe.. kalau tak, Maknya dan Ayahnya lagi lerr hantar hahahaha.. 

Malam ni nak tidur awal, letih badan walau duduk sebelah jer.. adeiii kejung... Apa? Kenapa jauh sangat amik exam MUET? Rasanya dah bagitau sebelum ni kan.. kalau lupa, nanti laa next post baru cite yaa.. 


P/S: Moga anak bujang Sis berjaya dan dapat result yang baik untuk dia sambung Degreenya nanti.. aamiinnn..

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Oh, tak tahu kisah sampai ke Kuantan, Amat amek MUET. Good luck, Amat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe aah, terlepas pandang si Amat tu, sekali nak daftar, semua di Johor full, so amik je laa mana kosong.. thanks Kak...

      Delete
  2. eh bukan klu ko yg drive pun rasa cam nak terangkat tayar juga ke :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha aku highway je Ret.. jalan lama gitu, kureng sikit kelajuannya hahahaha

      Delete
  3. semoga next MUET exam pun cemerlang..

    pandainya anak jiran tu..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, dipermudahkan semuanya...alaaa, abg sabar bagi laaaa, dak amat nak jenjalan dengan kawan2 dia sebenarnya tu hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa kita tunggu laa camne nanti, Ayahnya beri ke tak hahahaha

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment