KEDAI EMAS MURAH DI JOHOR, INGAT EMAS INGAT MIRAGOLD

KEDAI EMAS MURAH DI JOHOR, INGAT EMAS INGAT MIRAGOLD | KALAU bercakap pasal emas ni, memang boleh jadi berdebat dengan Suami okay. Mana taknya, bila dah pakai dua tiga tahun, mulalah mengatal nak tukar yang lain, alasannya konon bosan dan nak beli design lain, mana tak Suami Sis tu membebel jerr hahahaha.. 

Bukannya apa, Sis ni orangnya kalau pakai emas, memang jenis simple, tak suka beli dan pakai bebanyak satu badan. Kalau cincin, hanya pakai sebentuk kiri dan kanan, begitu juga gelang, cukuplah pakai seadaanya janji ada. Memang Sis tak reti lerr pakai emas jenis cincin penuh di jari, tangan dan juga leher, dah macam 'pokok krismas' bak kata Suami Sis hahaha.. 

Tu yang selalunya bila agak dah lama pakai, Sis suka trade-in jer. Walau memang tau harga kita beli takkan sama dapat pulangannya dengan harga jual beli tu, tapi sebab malas nak menambah dan menyimpan emas, so Sis lebih suka trade-in aja. Cuma kalau amik yang lebih berat dari harga jual beli emas kita tu, so kenalah tambah duit, tapi kalau memang korang takde budget nak menambah duit, bolehlah pilih dan beli emas yang harganya sama dengan yang kita trade-in tadi. 

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Kalau sebelum ni, kebiasaannya anak Sis akan bawa Sis ke Kedai Emas Miafin untuk trade-in emas Sis, so kebetulan Sis ke Kota Masai, Sis cubalah masuk ke Kedai Emas Miragold pulak. Sebab sebelum ni pun memang Sis ada membeli emas di kedainya (loket dan beads), cuma sekarang kedai emas Miragold ni dah siap renovation baru menjadi dua tingkat, tu yang teruja nak cuba nengok. 

Kalau sebelum ni Sis datang membeli, kedai emas Miragold ni hanya setingkat aja, dan nampak terhad ajer pameran dan koleksi emasnya, tapi kini sebaik melangkah masuk ke dalam kedainya, fulamakkkk kemain 'gah' sekali, dah macam masuk kedai emas VIP ko.. yang menjadi keghairahannya adalah hiasan dalaman kedainya, kombinasi warna beserta lampu hiasan dalamannya sangat cantikkk, then koleksi emasnya banyak dan designnya pun terbaru dan terkini. 

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Di Kedai Emas Miragold ni dia menggunakan sistem bernombor, sama juga dengan kedai-kedai emas lain. Kena amik nombor then tunggulah nombor korang di panggil dan seterusnya di layan. Tempat menunggu yang selesa ada disediakan beserta tandas dan juga surau. Bila nombor korang di panggil, masa tu korang bagitaulah nak beli dan cari emas apa. Kalau cincin dan rantai tangan ada di bahagian atas. Jika rantai leher, bangle, loket dan beads ada di lantai bawah. 

Cuma Sis nak pesan satu jerr, bebaik tau kalau berinteraksi dengan staff di sini, kemain manis kata-kata yang keluar dari staff kedai emas Miragold ni, daripada kau nak membeli sebentuk cincin, akan bertambah lagi seutas rantai kang, silap-silap serba berdiri pun akan berlaku kekekeke.. pandai betul staff di sini 'beli jiwa' pelanggannya, ramah dan sangat friendly.. boleh hilang niat dan tujuan asal Sis ko nak membeli cincin jerrrr hahahaha.. 

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Yang buat Sis terkejutnya masa datang nak 'tengok-tengok' jerr... bila di tanya 'berapa harga trade-in harini', kata staff tu, 'harini RM235gm'.. terbeliak Sis dengo, kemain harga trade-in tinggi masa tu. So far Sis trade-in barang kemas, ini harga trade-in yang tertinggi Sis pernah dapat.. so apalagi, teruslah Sis trade-in cincin lama Sis tu. 

Setelah di kira timbang berat, di bakar dan di tolak tambah sekian sekian, akhirnya dapatlah Sis sebentuk cincin baru. Istimewanya, jika korang daftar sebagai ahli di kedai emas Miragold ni, korang akan di beri 'special' harga emas sebagai membership (design terpilh) mereka. Nak jadi ahli pun tak mahal mana, hanya bayar RM29 untuk setahun sebagai tahun pertama, dan tahun seterusnya hanya RM10 sahaja. 

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Ramai orang suka berteka-teki bila membeli emas ni, samaada emasnya ada upah atau tanpa upah. Yaa memang di kedai emas Miragold emasnya tanpa upah tapi tidak kepada semua koleksi emasnya. Ye laa sebab ada design emasnya yang pembuatannya agak rumit, tengok pada design. Contoh kalau koleksi emas Dubai atau korang nak beli emas ukiran nama, tu semua di kenakan upah. 

Bagi Sis tidaklah mahal sangat upah yang dikenakan, untuk sebentuk cincin yang baru Sis beli tu, upahnya hanya RM30 sahaja. Kira okaylah kan, dari upah emas waktu dulu-dulu tu, beratus-ratus okay... so jangan tertipu dengan atau tanpa upah tu, silap-silap dia dah mark-up harga emas kita. Biar bijak dalam membeli ya.. 

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

Sebab tu Sis kata, nak lebih berbaloi, jadilah membership kedai emas Miragold, korang akan dapat banyak keistimewaan bila jadi ahlinya. Selain dari kumpul point untuk di tukarkan kepada nilai wang ringgit, korang juga akan dapat hadiah misteri setiap 6 bulan (cabutan bertuah), dan juga korang boleh menebus 1gram gold bar 999.99 secara percuma setelah mencecah 25,000 point dan dapat servis cuci emas lama secara percuma

Lepas dah akad proses membeli semua, terus Sis bukak semua emas yang Sis pakai dan cuci di Miragold ni. Korang kena tunggu dalam 20minit untuk siap. Lepas dah siap tu, perghh kemain bersilau macam baru weii emas kita hahahahaha.. hilang semua daki-daki. Tapi kalau korang tak beli emas tapi nak cuci emas lama, korang kena bayar RM5 untuk satu emas. 

Kedai Emas Murah Di Johor, Ingat Emas Ingat Miragold

[Terima kasih staff Danial yang memberi servis dan layanan yang terbaik 👍]

Untuk pembayaran membeli emas, korang boleh gunakan CASH,  pembayaran melalui kad debit/kredit (caj di kenakan) atau secara online tranfer ke acc Miragold. 

Kedai emas Miragold ini adalah 100% BUMIPUTERA, dimimiliki oleh anak muda melayu, Puan Nor Dhamirah Daling seorang usahawan wanita berjaya yang berasal dari Kluang Johor. Kedai emas Miragold Pasir Gudang ni merupakan cawangan kedua selain dari cawangan di Bandar Baru Uda, Johor. 

Dengan mengunakan tagline 'Ingat Emas, Ingat Miragold. Hola, hola, holaaa!', kini kedai emas Miragold semakin di kenali dan menjadi tumpuan ramai kaum wanita untuk membeli emas. So korang tunggu apalagi, Sis sudah, korang bila lagi.. jomlah menambah.. 

MIRAGOLD
Pakar Emas, Idaman Wanita.

Kedai Emas Miragold
No 17A, Jln Ekoperniagaan 7, 
Taman Kota Masai, 
81700 Pasir Gudang, Johor
Contact : 07-255 3855

Di buka setiap hari
dari jam 10am hingga 9pm 



P/S: Okay malam ni dah boleh tidur lena dah hahahahaha.. alhamdulilah ❤

34 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita pun nk dtg semula nanti, xpuas hati kalau xbeli sebentuk emas miragold

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput datang OM... pilihan emas dia memang banyak gilerr, rambang mata nengokkkk

      Delete
  2. Assalamualaikum Lin...wah !! Kalau pi kedai emas ni mmg x sah kalau x bawa balik satu brg kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama.. Hahaha konon nak nengok-nengok jerr Mama, sekali terBeli hahahaha

      Delete
  3. Aduh, tetiba rasa nak trade in cincin lama kitaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah kumpul semua emas lama then bawa ke sana trade-in, harga trade-in sangat tinggi..

      Delete
  4. Sekarang banyak design baharu. Menggoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PC, design terkini dia memang jadi idaman wanita yang melihatnya hehehehe

      Delete
  5. Wahhhh nama dia Miragold macam susu marigold lah kak. Saya kalau ke sini mesti confirm beli sebab suka tema hijau kedai emas ni. fav warna! hahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha iyerr Ruby.. ada sikit dari nama owner nya tuuu.. Rugi tak beli kannn, takk lelap tido malam kalau tak membeli hahahaha

      Delete
  6. Nape ntah Rawlins terbaca Marigold hahaha. Murah beno upahnya ye. Berbaloi nie Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha itu air laaaa hahahaha.. meh laa ke Jb beli emas...

      Delete
  7. wah kalau mak saya nampak pasal emas ni, mesti dia suka. sejak pkp smpai skrg mak saya suka beli emas hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha orang pompuan memang suka membeli emas Aeril.. kena pulak harga murah, lagi lerr suka..

      Delete
  8. haiii awak.. masih terngiang2 lagi tak miragold.. miragold.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan terngiang-ngiang tapi termimpi-mimpi lerrr...

      Delete
  9. service terbaik siap bagi free upah cuci emas lama, menarik niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa beli emas, boleh cuci emas lama percuma..

      Delete
  10. fuhh mmg comel design dia.. suka tgk... banyak pilihan pulak tu.. kalau ke johor boleh singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua design terkini dan moden Ayu, rambang mata nak memilih...

      Delete
  11. bestnya kedai emas miragold ni, dekat pulak dengan tempat saya. Bolehlah cuba2 dulu tengok kalau sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa bolehlah mencuba nengok-nengok nanti.. kot mana tau nak belikan untuk yang tersayang ...

      Delete
  12. Rishau kita bila tengok gelang dan cincin emas lebih besar dari jari ni hehehehe tapi bagus emas ni pelaburan masa depan buat orang perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. yang besar sangat Sis pun tak minat Maha, takut punyaa, kang tau-tau bangun tido, jari hilang hahahaha

      Delete
  13. Hahaha... perempuan dengan barang kemas memang susah nak berpisah, i like their decor too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau kata nak tengok jerrr, jangan percaya hahahaha

      Delete
  14. Wiwit! Berkilauuu bersinarrr melihatnyaaa! Tinggi gak tu hargaa trade in. Berbaloiii datang sini... Design pun leh tahan banyakkk.. Geramm je nengok.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Nonn, harga trade-in Miragold tinggi, tu yang tertukar cincin baru hahahaha

      Delete
  15. OMG! My eyes have been dazzled by all the sparkling gold and diamond. Will certainly look up for this shop when I want to invest in Gold in the future.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha so apalagi, marilah singgah ke Marigold yaaa

      Delete
  16. Done terjebak dgn miragold. Hari pertama pergi gagah lagi cuci mata je. Eh tetiba sampai termimpi daaaa. Tak masal repeat masuk miragold 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lawakkk.. boleh sampai termimpi-mimpi ekkk ko...

      Delete
  17. not only are the designs of their products so cantik, but the kedai also so cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Grace, kedai dia cantikkkk sangat ID dia..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment