MAJLIS BERTANDANG PIHAK LELAKI MERIAH!

MAJLIS BERTANDANG PIHAK LELAKI MERIAH! | ALHAMDULILAH setelah seminggu berlalu, semalam majlis bertandang pihak lelaki pula diadakan, katanya sederhana tapi cukup meriah sekali gayanya okay. Meriah sebab keluarga pihak lelaki adalah keluarga besar, adik beradik Besan Sis tu ramai, tak macam family Sis, hanya beberapa orang aje, sebab Sis dari keluarga yang kecil.

Majlis diadakan di Kayangan Event Hall,Kota Masai. Walaupun ruang dalamnya agak terhad, tapi ada juga di pasang khemah di luar untuk keluarga dan juga tetamu menunggu jika keadaan terlalu pack. SOP tetap kena jaga, ada RELA yang menjaga. 

Dan kali ni, anak dan menantu Sis memakai pakaian klasik Songket ala moden gitu. Sangat cantikk. Sentuhan Make-Upnya pulak dari fificlio  .. 


Anak dan Menantu pula bersiap dari rumah Sis, so Sis sekeluarga juga Mama Mia, adik Sis no3 juga Sepupu-sepupu Sis semua berkumpul di rumah Sis aje sebelum ke dewan Majlis Bertandang semalam. Sebab hari Ahad Johor bekerja kan, nasib juga ada yang free semalam, kalau tidak, memang Sis sekeluarga aja yang dapat pergi. 

Bersanding dalam jam 2pm, memang ngam laa selepas Zuhur terus kami gerak ke Kayangan Event Hall tu. Dari rumah Sis tidaklah jauh mana, dalam lima belas minit dah sampai. Lagipun Menantu tu pun orang Kota Masai juga hehehehe.. 

Sampai je kami di sambut dengan meriah oleh ahli keluarga. Meja khas juga di sediakan untuk kami semua. Dan seperti biasa jugalah, ada pelamin, meja makan beradab dan juga acara memotong kek. Yang meriahkan majlis tu siap ada DJ yang mengacarakan majlis, tu yang buat tetamu tak bosan mendengar colotehnya.. 



Pelamin di penuh dewan dari hujung ke hujung dewan, cantik sangat, cuma tangga dia tu agak tinggi nak ku daki hahahaha.. Maaflah gambar tak berapa nak cantik sebab adik yang amikkan, so agak senget, pecah dan blur, tunggu je la gambar dari photographer nanti, baru laa cantik hehehehe.. 

Semalam agak lama juga duduk melepak dalam tu, kebetulan memang dah tak ramai tetamu, so kami sekeluarga santai-santai aje dalm tu sambil Besan sibuk melayan tetamu. Kejap-kejap adik dan sepupu berposing, OOTd la dan yang bestnya Mama Mia (Moksu Yana) siap menyanyi laaa pulak berkaraoke hahahahaha..

Dah DJ tu tak habis-habis manggil 'MokSu oo MokSu' hahahaha.. adeiii..


Selesai majlis di dewan, pengantin pun nak gerak buat 'outdoor photoshoot', kami pun gerak laa balik. Tiba-tiba Suami kata 'Jom ke KongKong', Sis agak blur, ermmm nak buat apa pulak ke sana, tak penat ke aaa?... Suami mengajak semua sekali ke sana, so makanya ke sana laaa kami..

Dan sekejap kami sampai tu, tiba-tiba ehhhh ternampak pulak pengantin ni datang sekali. lorrr nak buat photoshoot di sini ke? Kesahnya Ayahnya tu nak suruh anaknya bergambar naik boat hahahaha.. kemahinnnn ekkkk.. jarang-jarang di buat orang. 

Rezeki anak menantu laa, Owner Rakit, Ujang sendiri yang bawa boatnya untuk penganti bergambar. Sis dan Ayahnya hanya menunggu aje, yang lain semua follow sekali naik boat, kebetulan guna boat yang besar, apalagi loncat suka laa anak-anak sedara tu.. 

Alhamdulilah, semuanya dah selesai. Penat tu jangan cakaplah, dah seminggu berlalu pun, masih badan belum cukup rehat.. lepas ni memang nak rehat secukupnya. Tunggu Suami kata 'JOM' aje, moh laa kita honeymoon yaa .... 

Terima kasih semua yang mendoakan anak menantu kami dan juga mendoakan majlis kedua belah pihak.. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya.. 


P/S: Jap, ada yang kata aku ni penat yang 'di buat-buat'.. masaalahnya ada ke penat yang di buat-buat? 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. honeymoon hati2 tau... kang Yana belum sempat pregnant mak pulak yg pregnant dulu haha

    ReplyDelete
  2. Selamat berhoneymoon buat pengantin dan mak pak pengantin 😆

    ReplyDelete
  3. cantik baju songket pengantin kak

    ReplyDelete
  4. Mana ada kenduri kahwin yang tak penat...penat oii...SA kahwenkan adik2 pun penatnya berbulan- bulan..nak plak kami masak sendiri...cantik betul pengantin berdua tu...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah penat yang berbaloi.Apa yang dihajati dah tercapai.tido pun penat uii

    ReplyDelete
  6. Ok, bila majlis duab elah pihak dah selesai nah ini baru betul-betul lega Sis. Rehat Sis. Dah banyak hari sibuk urusakan majlis. Walaupun buat kat dewan, nama pun manjis Sis rasa penat tu pasti ada. badan kita ni tak boleh tipu dan tak pandai tipu. Kalau penat tu penatlah.

    ReplyDelete
  7. yeay akhirnya selesai sudah!!
    eh jom honeymoon wkakakaka :p

    ReplyDelete
  8. tahniah sis dapat menantu. sorry tak dapat datang. lawa sangat pengantin

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment