KELADI LAMBUK MASAK LEMAK UDANG MEMANG SEDAP

KELADI LAMBUK MASAK LEMAK UDANG MEMANG SEDAP | KORANG pernah makan atau pertama kali mendengar Keladi Lambuk? Sis pula kalau rupa keladinya memang Sis tau dan pernah makan di kedai, tapi tak tau pulak namanya Keladi Lambuk. Tu yang Suami kata, makan jer tau hahahaha.. 

Keladi Lambuk ni adalah pemberian dari kawan Sis,Ina tu haa. Hasil dari tuaian kebunnya. Meriah memang kebun dia, macam-macam jenis sayuran, buah-buahan dan ulaman dia ada tanam, bila dah banyak sangat, dia sedekah kat kengkawan pula, murah rezeki Ina ni.. 

Dan bila dah dapat Keladi Lambuk tu, apalagi, selain dari di buat colek sambal belacan, Keladi Lambuk ni juga sedap di masak lemak. Sukahati korang laa nak masak lemak cili api ke, atau lemak biasa ke, dan boleh laa korang tambah dengan bahan lain juga. Macam Sis, Sis tambah dengan udang, so lemak manis kuahnya.. sedap wooo.. 

Keladi Lambuk Masak Lemak Udang Memang Sedap

Keladi Lambuk Masak Lemak Udang Memang Sedap

Haaa tu dia rupa keladi lambuk yang dah di potong-potong. Kalau sekali lihat macam batang pisang kan? Hehehe.. anak-anak Sis pun cakap macamtu. Tak silap Sis, keladi lambuk ni juga di panggil keladi Keladi Kemumu

Nama saintifiknya adalah Caladium spp. keladi Lambuk tumbuh subur di kawasan tanah yang agak lembab. Ianya sedap dibuat sayur, ikutlah citarasa memasing. Dan ianya tidak gatal langsung, daun dan batang boleh di guna masak, tidak perlu di celur sebelum masak, korang hanya siat kulit ari luarnya sahaja.

Nak tengok rupanya, korang google aje laa ya.. 

Keladi Lambuk Masak Lemak Udang Memang Sedap

Keladi Lambuk Masak Lemak Udang memang sedap, belum pernah masak menu lain. Ada orang kata masak asam rebus pun sedap. Takpe nanti kawan bagi lagi kita cuba. Sebabnya kalau ke Pasar, belum ada pulak Sis jumpa keladi lambuk ni. Kalau jumpa nak juga beli. 

Masak lemak tu pun Sis masak macam biasa kita masak jer.. Cuma kebetulan ada udang, so kita letak lerr udang. Kalau takde pun takpe. Tapi memang betul, makannya memang tak gatal. Baik Suami ke, anak bujang Sis ke, takde pulak mereka mengadu gatal bila makannya. 

Isinya lembut bila dah di masak, memang sedap.. kalau nak colek dengan sambal belacan pun tak payah nak di celur, just buang kulit ari luar dia, kemudian cuci brsih, dah boleh terus makan.. sedap woooo.. korang cubalah.. 

Nanti tanya Sunah, rumah dia ada tak keladi lambuk ni? hahahaha.. kalaun ada boleh datang tebas hahahaha.. 


P/S: Alhamdulilah, semalam medical full check-up di KPJ, semuanya okay ❤

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tak pernah jumpa lagi kak... biasa kalau jumpa keladi yang sayur
    menarik jugak ni kalau siap boleh buat ulam gitu je...
    btg keladi kan kadang gatal sikit...

    ReplyDelete
  2. ako pun akan buat full medical checkup 21hb nanti...
    memang dah tau takkan OK la kan ahhaha...

    ReplyDelete
  3. sis ni masak apa pun buat orang terliur

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment