MANA LEBIH UTAMA? ZAKAT ATAU SEDEKAH PADA HARI JUMAAT?

MANA LEBIH UTAMA? ZAKAT ATAU SEDEKAH PADA HARI JUMAAT? | SEDEKAH adalah amalan yang diberi ganjaran semasa diatas dunia lagi. Rugi tak bersedekah banyak manfaat. Ramai yang keliru antara Zakat dan Sedekah. Bila tiba hari Jumaat, ramai mengejar pahala bersedekah (sunat) dari mengejar pahala bersedekah (wajib).

Secara mudah, Sedekah terbahagi kepada dua iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. 

Sedekah Wajib adalah ZAKAT dan bila kita tak laksanakan berdosa, manakala sedekah SUNAT seperti belanja kawan, sedekah di tabung masjid dan seumpamanya.

Sempena Hari Jumaat ini, sama-sama kita rebut peluang untuk mendapatkan pahala dengan melaksanakan sedekah WAJIB iaitu ZAKAT disamping melaksanakan juga perkara-perkara sunat dan amalan biasa di hari Jumaat. 

Di bawah ni Sis sertakan sekali dengan checklist untuk korang semak apa yang perlu kita buat bila tiba hari Jumaat :

1. BerZAKAT
2. Bersedekah
3. Berselawat ke atas Rasullullah
4. Membaca Surah Al-Kahfi
5. Mandi Sunat Jumaat
6. Banyak berdoa
7. Memotong kuku kaki dan tangan
8. Banyak Berzikir dan istighfar

Jom mula dengan urusan WAJIB iaitu BERZAKAT.

Mana Lebih Utama? Zakat Atau Sedekah Pada Hari Jumaat?

Sedekah Di Hari Jumaat 

Nabi SAW amat mengagungkan hari Jumaat jika dibandingkan dengan hari yang lain. Bahkan Beliau SAW juga turut memperbanyak ibadah pada hari itu. 

Hari jumaat merupakan hari yang paling istimewa bagi umat Islam. Bukan hanya hari yang menandakan cuti hujung minggu sahaja. Bahkan terdapat pelbagai kelebihan yang disediakan. Sebagai Umat Islam haruslah kita ketahui apa sebenarnya kelebihan di hari jumaat? Amatlah rugi jika kita sia siakan hari jumaat yg hadir setiap minggu.

Hari jumaat adalah Hari Mustajab doa. Terutama pada 2 waktu ini, waktu imam berada atas mimbar sehingga solat jumaat selesai. Dan pada akhir waktu asar.

Meninggal dunia pada hari jumaat adalah tanda Husnul khatimah. Iaitu bebas dari fitnah (azab) kubur. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW (HR Ahmad dan Tirmizi)

Selain dari hari kiamat. Hari jumaat juga merupakan hari diciptanya Nabi Adam, hari Nabi Adam dimasukkan ke syurga dan diturunkan ke bumi. Juga merupakan hari Wafat Nabi Adam.

Hari lebih utama bersedekah. Terutamanya sedekah jariah. Kerana bersedekah pada hari jumaat diibaratkan sedekah dibulan Ramadhan.Sedekah jariah adalah dengan cara berwakaf. Pahala orang yang berwakaf akan berkekalan selagi harta wakaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewakaf.

Antara contoh niat semasa buat Sedekah Pagi di Hari Jumaat (Sedekah sambil doa) :

Ya Allah, terima kasih ya Allah aku ada lebih ya Allah.
Banyak sangat Engkau bagi aku selama ni Ya Allah.
Aku sedekah pagi ini sebagai tanda syukur ku kepadaMu.
Bantu lah aku lunaskan amanah-amanah yang ku ada.
Rezeki ku sudah cukup ya Allah.
Rezeki ku benar-benar sudah cukup Ya Allah.
Terima kasih Ya Allah.
Terima lah sedekah ku ini.
Aku bersedia menerima keberlimpahan rezeki yang Engkau berikan padaku Ya Allah.
Ya Allah jadikanlah sedekah ini sinar Cahaya kepada yang menerimanya dan juga kepada diriku.
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

"Sedekah di hari Jumaat dibanding sedekah di hari lainnya seperti sedekah di bulan ramadhan dibandingkan dengan sedekah bulan- bulan lainnya" - ( Ibnu Qoyyim) 

Semoga bermanfaat buat korang semua.. 


P/S: Selamat berhujung minggu buat korang semua.. Bercuti kemana tu?..

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. terima kasih untuk info....

    ReplyDelete
  2. tak bercuti mana pun sis... duk penang saja..itu pun duk rumah sbb jem ! haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment