CUTI SEKOLAH SAMBUNG LAGI YA?

CUTI SEKOLAH SAMBUNG LAGI YA? | KEMAIN terloncat anak-anak sedara kat rumah ni bila perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi video di laman Facebook beliau, petang Jumaat lalu. Ini bermakna sesi persekolahan akan bermula pada 9 Januari dan 10 Januari 2022 bagi kumpulan A dan kumpulan B.

Ini di sebabkan situasi banjir semasa di seluruh negara, dimana melibatkan murid, ibu bapa serta guru-guru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ye laa banyak benda nak kena buat persiapan semula. Mana yang dah beli baju sekolah, keperluan sekolah atau segala buku-buku habis jadi korban banjir kan.. 

Sis juga baru gak dapat tahu, sepupu sebelah arwah Mak Sis ada terlibat dan jadi mangsa banjir. Ketiga-tiga adik-beradik pulak tu kesemuanya jadi mangsa. Dua orang duduk di Hulu Langat, dan seorang di Shah Alam, so memang simpati juga dengan keadaan mereka. 

Moga keadaan mereka baik-baik aja dan mereka tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah. Kepada mereka yang pulang ke kampung untuk membantu keluarga mengemas, harap jaga SOP dan #StaySafe ya.. kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga. Moga dipermudahkan semua urusan korang. 

Selamat Hari Krismas

Sempena hari cuti umum harini, bersekali dengan cuti sekolah hingga tahun depan, jalanraya pun sesak juga harini. Di sana rancak di sini rancakkk.. yang penting, jaga diri korang dan jangan lupa dapatkan dose booster korang dengan segera yaaa..

Dan kepada kengkawan Sis yang menganut Kristian, Sis doakan moga korang akan memperoleh kebahagiaan dan kebaikan pada tahun ini kerana korang layak mendapat yang terbaik. Juga semoga musim perayaan ini akan terus menyinari kehidupan korang, semoga semua impian korang akan menjadi kenyataan dan semoga korang mendapat kebahagiaan yang berkekalan. 

“Selamat Hari Krismas dari admin akusislin”.


P/S: Meriah rumah dari kelmarin, adik-adik semua berkampung di sini.. 

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment