BILA KUCING JIRAN SEBELAH RUMAH DATANG 'CARI JANTAN'

BILA KUCING JIRAN SEBELAH RUMAH DATANG 'CARI JANTAN' | AGAKNYA laaa tengah musim mengawan ke ek? Sebabnya kucing Sis si Kenit pun duk mengatal bunyi mencari 'betina', yang si Panjang pulak awal-awal Sis dah kurung dia dalam kandang, kang ada pulak mengawan lagi dengan si Kenit..

Cukup-cukuplah dengan 6 ekor yang ada ni haa.. yang si Butter, Cookies dan juga Oreo, mereka pun dah besar dah, duk sakan bermain terloncat sana sini di atas nunn sana. Yaaa sejak sibuk urus dengan persiapan perkahwinan anak Sis,Yana tu, sebelum majlis berlangsung, Sis belikan kandang baglow 5 tingkat untuk mereka. Then letak kesemuanya di ruang atas balkoni tempat Sis mendobi. 


Ruang tu memang lapang, cuma bimbang juga mulanya, takut mereka lompat terjun ke bawah, so far alhamdulilah semuanya baik-baik aja, duduk diam, dan time tidur memasing semua masuk kandang, dan time berak, berak di pasir yang di sediakan.. 

Belum ada kesempatan nak bawa turun semula ke bawah.. tapi si Kenit Sis lepaskan, sebab memekakkk mengeowww bila kita masuk dia dalam kandang.. naik fening oii kepala dengar jeritan dia.. stress hakak ko.. last-last lepaskan dia.. 

Bila Kucing Jiran Sebelah Rumah Datang 'Cari Jantan'

Dan sejak ada jiran sebelah rumah yang baru pindah ni, dia ada juga membela dua ekor kucing, gebu gebas bulunya.. katanya kucing dia dah di mandulkan.. tapi pelik pulak, sejak dua tiga harini duk laaa datang rumah ajerr.

Dan bila kucing jiran sebelah rumah datang 'cari jantan', ehhh si Kenit ni 'jual mahal' ko.. tak melekat dia kat rumah, merayap tak hengat nak balik rumah, ko hingat rumah ni hotel ke apa.. sesuka check-in, suka-suka check-out... dah si kucing jiran ni datang, ke hulu ke hilir dalam rumah seolah mencari jantan hahahaha...

Bagusnya tu, tak takut orang.. kena pulak adik-adik semua ada di rumah, memang ingat kucing jiran tu takde laa berani masuk dalam rumah, ni takkkk, siap meleser lagi dengan si Danny minta di gosok... mengada-ngada oiiii.. miang.. 


Bila Kucing Jiran Sebelah Rumah Datang 'Cari Jantan'

Itu sebab Sis kata, bukan ke kalau kucing dah di mandulkan, dia takde perasaan atau 'nafsu'?.. tapi tengok kucing jiran ni, ermmmm kemain gateiiii.. hahahahaha.. lama juga di lepak dalam rumah tadi, lelama tu baru dia keluar, tu pun nak taknak je dia keluar hahahaha.. 

Muka dia comel, Mama Mia kata macam muka musang hahaha.. tapi nak amik gambar depan-depan kemain susah, asyiklah taknak toleh dan buat muka, rasa nak picit jeee hidung dia.. Danny pulak kemain gerammmmm.. 

Kalau kena orang lain, mau habislah di tangkap di sorok dalam rumah jadi kucing belaan sendiri... tapi Sis ishhh tak kowser... datang le yang gebu ke yang comel ke, cukuplah yang ado tu.. tu pun dah macam Mak Petir sekali semua buat hal okay.. lagi nk menambah.. pengsannn... 

Bila Kucing Jiran Sebelah Rumah Datang 'Cari Jantan'

Nowmemang terasa badan letih sangat.. macam belum cukup betul rehat.. but tetap nak jalan-jalan cari makan dan spend lebih banyak masa dengan kengkawan rapat, family dan juga untuk diri sendiri sebelum masuk tahun baru.. sebab itulah Sis takde join memana event hampir dua bulan haaa.. ramai tanya 'Mana Sis Lin' hahahaha.. 

Sis ada, sihat je ni, cuma nak 'berehat' sekejap.. ada rezeki, dipanjangkan umur, insyaAllah korang jumpalah muka Sis Lin ni di mana-mana nanti hahahaha.. Ada apa-apa job ke review ke tanpa pergi event, bolehlah contact Sis, Sis cuba buat yang terbaek untuk sesiapa yang memerlukan khidmat review Sis.. 

So now jomlah kita tidur.. ni pun update curi masak lepas masak Asam Pedas Ikan Siakap di malam hari haaa.. esok tinggal panaskan, then masak sayur.. so nak merayap esok dengan adik-adik senang, masak dah siap hehehehe... 


P/S: Rezeki tak pernah salah alamat, ada rezeki adalah... yang penting 'usaha dan jangan putus bersedekah'... alhamdulilah... 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. gebusnya bulu meowwwww.. sesi merendek rumah orang la tucin tu.

    ReplyDelete
  2. salam kenal ya jiran baru si anak bulu.. hehehe..bukan main bulunya. macam direndam dalam yis.

    ReplyDelete
  3. gebunya..geram plak tengok...mandul pun macam sama je. dok mengatal jugak. dhahaha

    ReplyDelete
  4. Haha..kut sebelum dimandulkan memang suka menggatal. Gatalnya tak hilang kak. Hihi..Nanti kut2 bertambah boleh bg nama Chipsmore!

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment