MENU MAKAN TENGAHARI AHAD SEMALAM PENUH SEMEJA

MENU MAKAN TENGAHARI AHAD SEMALAM PENUH SEMEJA | ALHAMDULILAH rezeki adik-adik yang dah berapa hari berkampung di rumah Sis ni. Dalam pada ramai di luar sana sedang dalam kesusahan, tapi kita yang di beri peluang ini bersyukurlah dengan segala nikmatnya. Cuma kena beringat, jangan terlalu angkuh dan sombong dengan apa yang kita ada, semuanya hanya pinjaman semata. Bila-bila masa aje Allah tarik segalanya.

Kita sama-sama doakan agar mereka yang terlibat dalam banjir Allah permudahkan semuanya dan di berikan limpahan rezeki seperti air 'bah' yang mengalir, aamiinn.. 

Dan semalam menu makan tengahari Ahad semalam penuh semeja, Sis masak menu-menu yang menjadi permintaan dan kesukaan adik-adik. Ikutkan semalam konon nak merayap gak ikut adik-adik berjalan, tapi fikir punya fikir kang balik kesian pulak memasing lapar mencari makan. Nak makan di luar, faham-faham aje laa kalau hari Ahad. Sana sini full kan..

Menu Makan Tengahari Ahad Semalam Penuh Semeja

Tadaaaa penuh semeja ko menu-menunya hahahaha.. datang rajin penuhlah, datang tak berapa rajin, sejenis aje lauknya hehehehe.. Kebetulan Suami pergi memancing overnight (Sabtu malam) dengan sepupu semalam, dan pagi Ahad semalam balik bawa ikan merah 3 ekor dan juga bawal hitam sekor. Suami call dalam perjalanan katanya siapkan bahan minta masakkan kari.

Sis pulak dah plan nak masak ayam masak semur (kicap), so okaylah ada ikan ada ayam. Yang asam pedas ikan pari tu, menu semalamnya, masih ada baki semangkuk tu jerr, so jadilah menu tambahannya juga, ada kari, ada kicap, ada asam pedas hahahaha.. 

Menu : Ayam Masak Semur, Kari Ikan Merah, Asam Pedas Ikan Pari, Kobis Goreng Bertelur dan Ikan Pekasam Bercili. 

Menu Makan Tengahari Ahad Semalam Penuh Semeja

Tapi yang jadi tumpuan dan pembuka seleranya adalah menu ikan pekasam ni haaa.. pergh masa masak satu rumah berbau, sampaikan Suami yang tidur pun terbau-bau dan tertanya-tanya 'masak apa tu?' hahahahaa.. dah buka hub dapur pun, bau tetap kuat serumah... bersin-bersin semua orang, LOL hahahaha.. 

Tak sangka pulak ikan pekasam tu semua orang makan, Sis masak tu memang untuk Suami je, sebab agak lama tak masak ikan pekasam untuknya, tu yang Sis masakkan untuk Suami semalam. Alhamdulilah semua orang suka makannya..

Dan harini Sis ada appoinment di KPJ, rutin check-up setiap 3 bulan, tu pun dah skip sebulan haritu, harap takde laa kena bebel dengan doktor yaa.. dan moga-moga ujian result dan juga tekanan bacaan darah semuanya okay.. terus rasa berdebor plakkkk.. 

Sementara Sis ke KPJ, Sis dah siap gorengkan Mee Hoon untuk adik-adik dirumah, nanti balik tengahari kita fikir nak masak apa yaa..  


P/S: Teringinnya nak makan Sambal Sotong kembang... dapnyaa.. 

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ikan pekasam tu saja dah memyelerakan uii..

    ReplyDelete
  2. Teringat plak kita ada ikan pekasam dalam fridge..balik nak goreng laaa

    ReplyDelete
  3. Ikan pekasam tu sis masak apa ye? Nampak berkuah/bercili tu...
    Terliur haha...
    PH selalu goreng tabur bawang cili je.

    ReplyDelete
  4. Ikan pekasam tu memang win sebenarnya..itu yang buat selera mencanak..hehehehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment