AKHIRNYA AKU MASUK WAD JUGA

AKHIRNYA AKU MASUK WAD JUGA | DALAM pada Sis mengelak untuk di warded, akhirnya sendiri akur aje laaa dengan tahap kesihatan yang sendiri rasa tak selesa lately ni. Yaa lately ni rasa macam kepala berat, sakit di lengan pun makin susah nak tidur, dan kekadang tangan sebelah kiri tu tiba-tiba datang kebas, makanya kita teruslah 'serah diri' untuk tindakan lanjut.

Harini memang dah buat appoinment dengan Doktor Noraizal di KPJ Pasir Gudang. Sis tinggalkan kejap adik-adik semua di rumah. Kesian juga kat anak-anak sedara semua yang memasing taknak balik lagi huhuhu.. Maafkan Ayyom yaa, nanti Ayyom dah sihat datang lagi sini ookay..

Tapi bukan sebab dek mereka datang Sis ni sakit, tapi dah memang keadaan kesihatan Sis semenjak sebelum sibuk dengan persiapan anak kawin dah rasa badan tak selesa, tapi duk tunggu laaa sampai free, dan akhirnya aku masuk wad juga huhuhu..

Akhirnya Aku Masuk Wad Juga

Nak cite panjang lebar pun, panjang ceritanya kenapa dan mengapa, sakit apa dan sebab apa, nantilah Sis cerita kemudian ya.. 

Cuma harini ke KPJ Pasir Gudang sebab memang nak check tahap kesihatan Sis aje, tapi memang dah dapat jangka, kalau darah naik, mesti kena warded hahahaha.. kan betul... so redha aje laa yaa.. kita berehat aje laaa di sini beberapa hari ini.. 

Bila kata kena warded maka proses untuk masuk wad kenalah patuh SOP. Di mulakan dengan amik darah, urine dan juga SWAB test. now pun masih Sis menaip ni, Sis di rumah menunggu result SWAB test PCR Sis, kalau untuk urusan insurans, GL Sis dah pun approve, cuma tunggu panggilan dari KPJ Pasir Gudang aje untuk Sis ke sana 'check-in'.. 

Sekarang siapa yang nak menjaga pesakit pun kena SWAB test, dan TIDAK DI BENARKAN datang melawat pesakit. Kalau keluarga nak hantar barang ke apa ke, semuanya letak di guard bawah sana, nanti staff mereka yang akan hantar ke bilik.. SOP sedia ada. 

Akhirnya Aku Masuk Wad Juga

Cuma tak sangka pulak, dalam pada ramai orang di KPJ tadi, terjumpa plak BFF Jiran Sis, Nas ni haaa., duk gasak chat dalam Group Bokeh, katanya dia dan Suaminya di KPJ sebab menemani Suaminya nak warded sebab gout.. aitttt terkejut gak baca, sebab Sis pun di tingkat 5 yang sama.

Bila Nas col, Sis bagitau di bilik Doktor Noraizal hahahaha maka bertemu laaa kami di sini setelah agak lama kami tak jumpa. Memasing sibuk dengan urusan memasing, rupanya Nas sibuk dengan urus Suaminya sakit, alahaii.. moga cepat sihat yaa En Rizal.. 

Petang tadi ni juga, adik-adik Sis dah pun balik ke rumah memasing, sian Danny yang monyok aje mukanya taknak balik huhuhu.. maafkan Ayyom yaa.. 

Gloria Jean's Cafe

Apa-apa pun yang bestnya bila warded di KPJ Pasir Gudang ni, Gloria Jean's dekat di hatiku hahahahaha. Sempat gak beli Ice Green Tea tadi sebelum balik rumah. Memang hilang manjang laaa Sis ko turun bawah membeli kopi hehehehe.. siaplah kena skodeng dengan staff nurse sana macam biasa kuang kuang kuang..

Okaylah, korang doakan Sis cepat sihat dan semuanya baik-baik aja yaa.. dun wuri, biasalah bila umur nak 5keping ni, yang penting kita cegah sebelum parah.. 


P/S: Siaplah ada orang tu amik kesempatan bila aku warded yaa.. bebaik, ada yang memerhati.. 

7 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lorr masin mulut ko..ri tu kat zus ko cakap sama..warded jugak akhirnya..moga cepat sembuh sis, jangan stress² sangat..bawak² berehat ok..

    ReplyDelete
  2. alahai..semoga cepat sembuh sis..jaga diri ye...jangan degil2 tau..ikut cakap staffnurse ngan doctor

    ReplyDelete
  3. Get well soon, Lin. Selamat beristirehat ya.

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh sis lin. moga dipermudahkan urusan juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment