HARI-HARI PUN MASAK, TAPI NAK UPDATE MASUK BLOG PUNYALAH MALAS

HARI-HARI PUN MASAK, TAPI NAK UPDATE MASUK BLOG PUNYALAH MALAS | SAMPAI satu tahap, ada masanya kan, ko masak laaa menu apa, ko pergilah jalan mana, buat aktiviti macam-macam, tapi nak update masuk blog punyalah malas hahahaha..

Simptom tu sedang Sis rasa ni.. sejak berehat on off dari menulis di sebabkan keletihan dengan menguruskan perkahwinan anak, kadang tu Sis bukak laptop, log in blog, tapi duk blur.. duk fikir, apa nak update ek.. tapi gesa hati banyak benda nak di tulis.. cuma jari ni kaku..

Nak menulis food review, lama memang tak pi memana food review, nak kongsi percutian ke staycation ke, lagi lama tak kemana.. ada pun memang jenjalan makan angin sekitar Johor je, tapi balik-balik pi Kong Kong Laut hahahahaha..

Kawan kata, masuk je update resepi masak, ermmm tu memanglah, hari-hari pun masak, tapi nak update masuk blog punyalah malas oii.. lagi satu, walau masak hari-hari pun, masakannya sama je yang pernah Sis kongsi, so malas betul nak menaip benda yang sama hahahaha.. *alasannn..

Udang Masak Buttermilk

Tapi kannn, sejak anak Sis,Yana dah berkahwin, yang syoknyaaa.. hari-hari Mak dan Anak duk gasak berlawan hantar menu masak dalam group family hahahaha.. sampai di gelakkan oleh Ayahnya, sebab memasing tak nak kalah dengan masakan memasing hahahaha.. 

Yang untungnya... si anak bujang laaa.. siap cakap, 'Waaa Mak sejak-sejak ni masak lain macam' hahahahahaha.. sabo je laa anak aku..

Bukannya sebelum ni tak lain macam, tapi sejak-sejak ni mood datang memasak tu macam tersampuk, lagi pulak duk berlawan dengan anak, lagi laaa tak menyabo nak masak nak tunjuk masak apa harini, boleh gitu hahahaha.. 

Bukan nak puji anak sendiri, tapi Yana ni memang pandai masak berbanding kakaknya.. cakap aje nak makan apa, dia memang pandai nak masaknya.. ada juga bila Yana masak, adiknya puji siap cakap, 'Adik masak lagi sedap' hahahahaha.. adoiii haiii, bertambah geram Mak.. 

Dan semalam Yana hantar gambar masakannya Udang Buttermilk tu haaa.. dengan Sayur Brocoli.. terus anak bujang kata, 'Sedapnya Dikk, aku nak datang rumah ko la makan' hahahahaha.. eeee melampau ek dia, Maknya gerammm je nengok, sebab semalam Sis tak masak, Sis beli Nasi Kandar hahahahaha.. 

Takpe, harini nak masak Udang Thai, Yana pulak kata nak masak Daging Semur, kita tengok siapa punya lagi hebat hahahahaha.. LOL.. 

Sekian kisah anak banak berlawan masak-masak 😂


P/S: Hujan lebat betul.. dari awal Subuh sampai sekarang masih hujan.. musim tengkujuh sudah marii.. 

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sebagai seorang ibu, PC yakin Sis mesti bangga yang positif dan gembira sangat bila anak Sis pandai masak dan masakkannya sedap. Satu kepuasan bagi seorang ibu, sebab itu yang selalu PC dengar..

    ReplyDelete
  2. Oh, Si Amat panggil Yana, adik ke? Hihi.

    P/S Anak no 2 memang selalu pandai masak tau.

    ReplyDelete
  3. Wak pun hari2 makan
    tapi jarang2 update makanan

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment