PUASHATI MAKAN DI MEAT CARTEL JB NI, SEDAP DAN BERBALOI DENGAN HARGANYA!

PUASHATI MAKAN DI MEAT CARTEL JB NI, SEDAP DAN BERBALOI DENGAN HARGANYA! | BILA Sis up je posting Sis makan di Meat Cartel Jb ni, ada dua tiga rakan facebook reply di FBs Sis dengan balasan ayat, 'terbeliak tengok harganya', dan ada juga kata 'mahalnya harga dia'.. hehehe Sis mampu balas ikon tutup molot jer...

Kalau kata mahal harganya, iyerr boleh di katakan agak mahal laa bagi mereka yang belum pernah atau pertama kali datang singgah makan sini. Tapi bagi Sis sejujurnya, ada lagi yang lebih mahal dari yang ini pernah Sis makan. Bukan kata sebab mampu, tapi sebab keinginan nak mencubanya. 

Kalau dah harga mahal, so kita mesti nakkan kepuasan kan? Harap menunya sedap semahal yang kita bayar. So kalau ko tak cuba mana laaa kita nak tau, ye dakkk.. macam juga makan di Manate (belum pernah cuba) atau pun Tony's Romas (tidak berapa suka).. tu pun harga kayangan gak, tapi bila dah cuba, kita tau laa, boleh repeat lagi atau tidak..ikut selera memasing. 

Cuma, bagi Sis bab makan ni, jika ada keinginan dan rezeki, pergilah mencuba, bukan sebab mampu bayar, tapi sebab Allah dah sediakan ada rezeki untuk Sis beri pada restoran tu, so rezeki dia laaa.. 

Puashati Makan Di Meat Cartel JB NI, SEdap Dan Berbaloi Dengan Harganya

Kebetulan baru-baru ni Sis ke office Bizmilla untuk urusan pengambilan refund dewan yang telah di bayar bersama anak bujang Sis. So lepas dah settle semua, Sis mengajak anak bujang Sis 'brunch' di area-area situ juga tapi nak cuba makan lain dari lain. 

So Sis bukalah Instagramnya MaQan, dan scroll-scroll terpandanglah restoran Meat Cartel JB ni haa, nengok gambar sangat mengiurkan okay.. dan dan terus pasang waze dan terus aje kesana. Dari Bizmilla memang tak jauh, sebelah aje, sebab Meat Cartel JB terletak di Bandar Dato Onn.. so jom kita cuba. 

Anak bujang pulak boleh buka suara kata taknak makan nasi atau makan berat-berat, so kita order pun yang sederhana aje laa.. ikutkan Maknya nak order set besau tu haaa hahahahaha.. Menu-menu lain pun banyak juga pilihan. 

Puashati Makan Di Meat Cartel JB NI, SEdap Dan Berbaloi Dengan Harganya

Seperti yang korang nengok dalam gambar atas Sis dan anak bujang tu, haaa kami order set Notorious BLC yang boleh di makan untuk 1 atau 2 pax macamtu, so anak bujang kata okaylah tu.. Dalam set tu pun ada banyak gak menu tersedia.

Tapi Sis tambah juga lagi satu set lagi Mac Cheese Plain sepinggan. Pun sedap weyyy, memang tak menyesal order, licin kami makan hahahaha.. 

Tapi jujurnya set hidangan Notorious BLC tu sangat sangat menyelerakan dan sedap.. Keenakkan dagingnya tu, mantul habis wooo.. Dalam set tu ada Beef Brisket, Pulled Lamb, Quarter Chicken Leg, dan juga Texas Baked Beans, Mashed Potatos, Coleslow dan juga Soft Bun. 

Dan yang paling kami berdua tertanya-tanya ketika makan adalah kesedapannya Texas Baked Beans dia tu, yerr kacang panggang, tapi rasa dia, fulamakkkkk lain dari lain weyyy.. macam mana cara dia masaknya ekkk?... 

Puashati Makan Di Meat Cartel JB NI, SEdap Dan Berbaloi Dengan Harganya

Dan paling tak boleh lupakan, adalah Ice Coffee dia (malas nak tangkap gambo), perghhh paduuuu beb.. peminat Coffee macam Sis ni, memang boleh di katakan kopi dia memang sedap, pekat dan pahit kopi dia betul-betul terasa hingga ke jantung hahahahaha... Anak bujang pun sedut sekali, terus piawww muka dia kesedapan hahaha.. 

So overall, setelah mencubanya dan membayarnya, boleh di katakan cukup puashati dan berbaloi dengan apa yang kita makan dan bayar. Takde rasa nyesal ataupun rasa habis duit semata hanya makan, tidakkkk sama sekali... 

Kalau boleh next time memang nak pi lagi, dan cuba pulak set besar dia tu.. tapi kena bawa family lerr, nampak macam besau nauu set tu hehehehe.. Memang puashati makan di Meat Cartel JB ni, sedap dan berbaloi dengan harganya. So bagi korang yang nak mencubanya, sila... pasti takkan nyesal.. 

Meat Cartel JB
29,1 4, Jalan Perjiranan 4, 
Bandar Dato Onn, 
81100 Johor Bahru, Johor

Buka dari jam 11am hingga 10.30pm
Setiap Hari 



P/S: Bila lama tak join event review, time makan pun dah malas nak amik gambar hahahaha.. 

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment