CARSOME LANCARKAN FILEM JENAMA SERANTAU “MAKE IT CARSOME”

Sis Lin
0
CARSOME LANCARKAN FILEM JENAMA SERANTAU “MAKE IT CARSOME” | Kongsi proses beli kereta Carsome yang menjanjikan ketenangan fikiran. Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara, telah melancarkan filem jenama serantau yang pertamanya bertajuk “Make It Carsome” di Malaysia, Indonesia dan Thailand. 

Filem ini menampilkan ketelusan di sebalik pelaksanaan teliti Carsome apabila pelanggan membeli kereta Carsome Certified yang seumpama “kereta baharu”.

Filem jenama yang merangkumi maklum balas daripada pasukan Carsome di Malaysia, Indonesia, dan Thailand ini bertujuan untuk berkongsi proses di sebalik penyelesaian mobiliti Carsome yang mudah. Filem ini juga memainkan peranan dalam memperkenalkan Carsome kepada pasaran luar talian yang masih belum dicapai di rantau Asia Tenggara.

Carsome Launches “Make it Carsome” Regional Brand Film

Ketua Pegawai Jenama Carsome Derek Tan berkata bahawa ini merupakan tempoh yang mengujakan buat Carsome dalam usahanya bagi menyahut cabaran untuk menjadikan Carsome sebagai jenama yang sering diingati oleh pengguna dalam industri kereta terpakai.

Filem "Make It Carsome" memaparkan situasi yang berlaku di sebalik pengalaman mudah apabila seseorang membeli kereta Carsome Certified. Filem ini turut memaparkan sorotan tentang pilihan lebih 1,000 buah kereta terpakai di platform Carsome serta jaminan kualiti pemeriksaan 175-titik Carsome yang memastikan kereta bebas daripada kerosakan akibat kemalangan besar, rangka, kebakaran atau banjir.

Carsome Launches “Make it Carsome” Regional Brand Film

Selain itu, proses pembelian kereta daripada Carsome juga mudah di mana proses kertas kerja yang perlu dilakukan pelanggan adalah minimum. Pelanggan hanya perlu membayar harga tetap tanpa bayaran tersembunyi dan kereta pula akan dihantar terus ke hadapan pintu pelanggan, lengkap dengan jaminan wang dikembalikan 5 hari dan jaminan 1 tahun melalui proses yang memberi ketenangan fikiran.

Menambah kepada keterujaan penerbitan filem jenama serantau ini ialah penggunaan Bolt™ Cinebot™, robot kamera terpantas di dunia. Robot kamera 360 berkelajuan tinggi ini boleh merakamkan imej dengan fokus yang tajam dengan ketepatan yang jitu. Jarang digunakan dengan perantaraan digital (DI) dalam penggambaran komersial untuk jenama di rantau ini, persiapan set penerbitan ini mengambil masa selama 12 hari untuk dibina.

Carsome Launches “Make it Carsome” Regional Brand Film

Gabungan seni dan teknologi menyerlahkan setiap proses dalam perjalanan pemilikan kereta pelanggan dengan Carsome. Format rakaman kamera 360 juga merujuk kepada gambaran 360 bahagian dalaman dan luaran bagi semua kereta yang disenaraikan di laman web Carsome, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan teliti Carsome apabila pengguna membeli kereta Carsome Certified.

Filem jenama “Make It Carsome” telah disiarkan dalam talian mulai minggu lepas dan boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Carsome Malaysia, Carsome Indonesia dan Carsome Thailand. Ianya juga akan ditayangkan di saluran televisyen percuma nasional di ketiga-tiga negara tersebut tidak lama lagi.


P/S: Hujung minggu yang 'Bahagia' ❤

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!