MURAH REZEKI TUAN RUMAH BERBUDI DENGAN TANAH


MURAH REZEKI TUAN RUMAH BERBUDI DENGAN TANAH | BAK kata pepatah, Berbudi pada tanah, pasti lumayan hasilnya kan? tapi kalau MALAS berdayung, perahu hanyut, hasilnya elekkk. Betul tak?.. Itulah perumpamaan peribahasa orang Melayu kita. Berbudi pada tanah ni, tanah tak tipu, insyaAllah kalau rajin usaha dan kerjakannya dengan penuh kasih sayang, insyaAllah membuahkan hasil yang lumayan. 

Murah rezeki tuan tanah berbudi dengan tanah. Sama laa kesnya dengan sahabat Sis,Ina Man namanya.. Semalam di group whatsapp dia bagitau geng-geng semua, kalau ada keluar minta singgah ke rumahnya sebab nak bagi buah rambutan. Bila lihat gambar suasana kebun kecilnya, memang sangat meriah oiii pokok-pokok tanaman dia. Tak sangka sejak tahun 2014 katanya dia usahakan tanah lapang yang dulunya semak samun, kini dah jadi kebun kecil mereka. 

Ye laaa, kalau dulu duduk di Perak, berkebun di kampung, ni duduk di bandar Johor, takde tanah nak di kerjakan, rumah plak teres kuarters jer, so tanah lapang depan rumah yang terbiar semak samun tulah mereka bersihkan dan bercucuk tanam katanya. Kalau tak, asalnya memang macam hutan, mau nyamuk pun bermaharajalela kan.. 

Kebetulan semalam pun Sis nak ke kedai kucing beli pasir kucing, so singgahlah juga untuk amik rambutan hasil kebunnya. Rumahnya sebelah taman Sis jer. Tapi Sis sekejap jer amik, tak lerr duduk melepak dalam rumah ke, singgah turun kebunnya jer, kemudian terus balik. Hanya Ina dan Suaminya aje yang duk kerjakan buah rambutan tu haa.. 

Murah Rezeki Tuan Rumah Berbudi Dengan Tanah

Murah Rezeki Tuan Rumah Berbudi Dengan Tanah

Tengok tu kemain fresh buah rambutannya yang baru di ganggah dari pokok.. Masa Sis sampai tu, Suaminya masih lagi duk ikat-ikat buah rambutannya. Tapi yang bagusnya Ina Suami Isteri ni, dia TIDAK JUAL hasil tanamannya, dah 3 kali berbuah, dia sedekahkan aje pada jiran-jiran setaman dia. 

Itu yang buahnya makin tahun makin banyak membuahkan hasil. Ye laaa berbudi pada tanah kan, kemudian sedekah pulak pada orang, mau tak murah rezeki tuan rumah berbudi dengan tanah. 

Tu kalau jual seikat-ikat tu kat luar mau lumayan gak jualannya kan. Buah rambutannya pulak manis, longkah sangat.. Sis suka jenis rambutan longkah gitu, puas makan.. Buah rambutan gading (kuning) tu pokoknya Ina tu, tapi buah rambutan merah tu, pokok rambutan jirannya, mereka sama-sama usahakan tanah tu, so bila berbuah memasing berbagi rezeki juga pada jiran-jiran..

Kopi Peng Puaka

Dah dapat seikat rambutan, minta pulak daun pisang dan daun pandan kat Ina hehehe.. daun pisang nak buat bakar ikan dan daun pandan nak buat Serawa Durian hehehe.. Bunga Kantan dia pun kemain banyakkk oiii subur hidup di kebunnya.. gerammm nengokk.. bawak gak semalam balik dua tiga batang.. 

Semalam cuaca baik, tak hujan. Walaupun panas, tapi angin sepoi-sepoi, tu kalau tak PKP mau duduk lepak potluck kat kebun gan Geng Bokeh Sis lain hahahaha.. manyak syokkk wooo ada kebun ekkk.. 

Nak balik, ada pulak Kopi Peng Puaka ni hahaha dapat sebotol Ina beri, tapi kawan sorang tu bayo hahahaha.. gilerr piorr kopinya, sekali minum memang puaka gilerrr hahahaha.. apalagi, dah dapat kopi, dah dapat rambutan, tak sampai 10 minit, terus balik, dah macam datang minta mancis jerr gayanya, sekejap beno.. 

Rindu nak lepak borak lelama, tapi tak beraniii nak langgar SOP.. ni pun kalau dah namanya rezeki, memang tak salah alamat.. kalau takde keluar semalam, memang tak merasa gak lee rambutan Ina tu.. 

Makaseh Ina dan Abang Man.. moga dimurahkan rezekinya dan sihat walafiat... Tunggu habis PKP kita lepak kebun ko Ina buat potluck.. tak sabar rasanya... cepatlah berakhir semuanya ni, aamiinnn.. 


P/S: Ingat nak buat rambutan asam boi, sedapnyaaa... 

3 comments:

  1. Kongsi rezeki. Nikmati bersama-sama. Sama-sama murah rezeki. Aamiin. Terus terbayang pokok rambutan kat kampung. Seronoknya kalau dapat balik kampung. Susun kerusi bawah pokok panggil sepupu yang duduk dekat...makan rambutan sambil sembang.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak makan rambutan gading, bestnya kak nampak elok je semua tak nampak dah layu atau kedut

    ReplyDelete
  3. kat sini ssh nya nk cr rambutan gading....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.