SAMBAL HIJAU IKAN KURAU ASIN YANG PEDAS TAPI SEDAP

SAMBAL HIJAU IKAN KURAU ASIN YANG PEDAS TAPI SEDAP | SIAPA pernah makan menu macam ni? Yang pernah makan tau le ksedapannya macam mana kan? Lagi pulak kalau buat lelebih kuah sambal hijaunya then esoknya buat lempeng, cecah dengan sambal hijau tu, perghhh sedapnyaa oii.. 

Kebetulan baru-baru ni Suami balik dari Kedah, bawa buah tangan kering-kering untuk Sis, so apalagi, bila nampak ikan kurau asin, memang Sis akan masak menu macam ni, ini menu kesukaan Suami dan juga anak Sis,Yana.. kalau Kakak dan anak bujang Sis, tak berapa suka sangat.. 

Kalau masaknya, terpulang pada memasing, nak pedas macam mana, tapi yang penting ikan kurau asin tu kena rendam dulu dalam air panas, kasi masinnya kurang sikit.. masin tetap ada, tapi biarlah masin-masin lauk, jangan terlalu masin oiii.. dan masak menu ni, tak payah letak garam yaa.. 

Sambal Hijau Ikan Kurau Asin Yang Pedas Tapi Sedap

Tengok pun terliur oii.. Sambal hijau ikan kurau asin yang pedas tapi sedap, tambah sedap kalau rasa dia masin, manis, dan masak macam tu.. korang kena pandai adjust rasa dia, kalau kena dengan gaya bahan perasanya, memang terangkatlah sambal hijau ikan kurau asin korang.. 

So far Sis buat dan masaknya, alhamdulilah, Suami puji sedap, makan pun bertambah-tambah dan meratah hehehehe.. Menu ni Sis masak semalam, so Suami sampai aje rumah balik dari cucuk vaksin, lepas mandi, solat, then terus di ajak makan. Agaknya tak boleh tahan dengan bau cili yang menggoda. 

Selesai makan, pi beli durian hahaha.. kalau dah kemaruk memang ini betul-betul hantu durian 😆

Sambal Hijau Ikan Kurau Asin Yang Pedas Tapi Sedap

Korang nak resipinya ke? Rasa macam pernah letak resipinya dalam blog ni, cuma guna ikan lain. Tapi takpelah, Sis tepek lagi resipinya, tengah rajin ni kan heheheh.. 

Resipi Sambal Hijau Ikan Kurau Asin

Bahan-Bahannya : 
  • Bawang besar sebiji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Belacan sesukahati, taknak letak banyak pun boleh. 
  • Cili api dalam 15 tangkai. Cili hijau ya, sebab tajuk pun sambal hijau hahaha. 
  • Serbuk lada hitam dan lada putih
  • Garam dan serbuk perasa.
  • Gula dan air asam, jika perlu. 

Cara Memasaknya : 
  1. Mula nak masaknya, korang kena le rendam ikan kurau asin tu dulu dalam air panas dalam beberapa minit. Sambil tu, korang sediakan bahan-bahan yang lain tu, dan bersedia untuk menumbuk.
  2. Tumbuk segala bahan tu, jangan tumbuk lumut sangat nanti hancur sangat tak sedap, agak-agak kasar je macam Sis haa.. *tapi Sis sebenarnya guna chopper aje, lagi mudah dan berkecah hahahaha.. 
  3. Selepas tu, cuci sikit ikan kurau asin tu, dan tapis. 
  4. Tumis semua bahan tumbuk tadi hingga garing. 
  5. Masuk lada hitam dan lada putih, garam dan juga serbuk perasa. 
  6. Kalau kering sangat, tambahlah air sikit. Biarkan mereneh. 
  7. Kemudian sambal hijaunya dah masak, masukkan ikan kurau asin tu dan biarkan kuahnya sebati dengan ikannya. Nak kuah lebih tambah air, then biarkan pekat. 
  8. Sebelum tutup api, korang rasa dulu. kalau tekak korang dah okay, dah boleh di hidang. 

Mudah je kannn... kalau korang tak tau nak masak apa, haa korang masaklah sambal hijau ikan kurau asin yang pedas tapi sedap ni.. Selamat mencuba.. 
Takde ikan kurau asin, boleh je guna aje jenis ikan asin.. 


P/S: Alhamdulilah, syukur atas segala nikmat yang Engkau berikan.. aamiinn.. 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnyaaaaa......mana nak ari ikan masin kurau ni...nak pi Zemart dah PKPD ni payah nak keluar...

    ReplyDelete
  2. nak doyaaannnnn!!!!
    Tak moh ikan asin :p

    ReplyDelete
  3. sedapnya ni makan dengan nasi panas-panas

    ReplyDelete
  4. saya pun selalu tumis ikan kering kurau ni dulu...sedappp...tp sekarang dah jarang la makan ikan masin ni bikos my blood go upstairs

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post