WORDLESS WEDNESDAY - SAMBAL CILI IKAN GORENG


WORDLESS WEDNESDAY - SAMBAL CILI IKAN GORENG | ALHAMDULILAH hujan lagi pagi ni. Sejuk aja cuaca sesejuk hati dan minda tatkala bangun pagi ni. Rasa fresh, segar dan sangat bersemangat.. ahahaha.. macam baru lepas lari 3km ko rasa semangatnya tu.. bak kata pepatah, 'Dalam Hati Ada Taman' kekekeke... syukur alhamdulilah atas segala nikmat yang Engkau berikan.. 

So harini korang dah ada ke menu nak masak apa? Kalau takde haaa bolehlah cuba menu Sambal Cili Ikan Goreng ni.. senang sangat nak buat.. Cili, bawang besar, bawang putih dan belacan sikit, kalau rajin ko tumbuk, tapi Sis guna chopper jee, cepat dan tak berkecah hahahaha.. Then ko tumis semuanya sampai garing, masukkan air, dan letak asam keping.. 

Kuahnya ikutlah suka, nak kering atau nak basah.. Jangan lupa garam dan gula. Pastu ko curah je atas ikan goreng tu, maka terjadilah Sambal Cili Ikan Goreng.. perghhh makan menu ni, memang takde lauk lain pun takpe, siap boleh ratah-ratah sambal cilinya.. dapnyaaa.. 

Sambal Cili Ikan Goreng

Sambal Cili Ikan Goreng



P/S: Bila masak dengan periuk kuali baru, lain macammm ekk ahahahahahaha... 

3 comments:

  1. Fuyooo mathop oii cili nya tu!!!

    ReplyDelete
  2. Lepas ni mesti terbiar kuali diy kesayangan sis lin 😆

    Akak tak pandai buat sambal cili macam ni, mungkin sebab jarang masak, kalau sambal tumis baru expert sikit 🧑‍🍳

    ReplyDelete
  3. Betul betul, tak ada lauk lain pun takpe. Mewah sambal cili atas ikan tu. Menawan betul rupa nya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.