CAKNA TAWAR SKIM PEMBAHARUAN TAKAFUL DAN CUKAI JALAN (SPTC) MELALUI APLIKASI DIGITAL

CAKNA TAWAR SKIM PEMBAHARUAN TAKAFUL DAN CUKAI JALAN (SPTC) MELALUI APLIKASI DIGITAL | Korang pernah dengar dan tau mengenai CAKNA ni? Kalau tanya Sis, memang ini pertama kali Sis tau, sebab tu Sis duduk baca mengenainya. Agak menarik sebab banyak perkhidmatan yang di sediakan dan memudahkan korang dalam keadaan pandemik ni. 

Sementara korang sentiasa ingin kekal selamat duduk di rumah tu, CAKNA membawa korang bergerak menuju ke arah transaksi yang lebih diberkati dan lebih signifikan. Senang cakap, semua proses menjadi mudah dan selamat dengan CAKNA. 

Berpegang kepada tagline “Your Needs, Our Concern” CAKNA menawarkan pakej menarik untuk membantu meringankan beban korang dengan plan Perbaharui Takaful dan Cukai Jalan, termasuk juga kemudahan ‘Free Towing’ dalam lingkungan 50km buat korang. *Tertakluk kepada Terma & syarat.

Sis sendiri pun buat masa ni uruskan semua hal berkaitan urusan cukai jalan ke, insuran ke, atau apa-apa berkaitan dengan 'kaunter', semua Sis dah buat melalui talian online atau aplikasi jer.. Cara membayar pun sama, tak payah nak ke bank atau beratur membayar. Just tranfer online, so 'contactless' tu kuranglah sikit kan nak berdepan dengan orang ramai. 

CAKNA Tawar Skim Pembaharuan Takaful Dan Cukai Jalan (SPTC) Melalui Aplikasi Digital

CAKNA Tawar Skim Pembaharuan Takaful Dan Cukai Jalan (SPTC) Melalui Aplikasi Digital

Impak pandemik Covid-19 telah meninggalkan kesan yang besar terhadap ekonomi dan kehidupan harian rakyat Malaysia. Di sebabkan itu, CAKNA turut terpanggil untuk menyahut seruan agar semua agensi kerajaan termasuk sektor swasta untuk berganding bahu menghadapi tempoh yang amat sukar ini. 

CAKNA ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dan merupakan 100% syarikat bumiputera. Dengan semangat waja dan keprihatinan mereka, kini CAKNA menawarkan Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) melalui aplikasi digital yang dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad sebagai sebuah agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Walaupun peranan CAKNA sedikit dalam hal berkaitan, tapi apa yang dapat Sis lihat, fokus mereka adalah untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia. Hanya duduk dirumah, mudah dan selamat. 

CAKNA Tawar Skim Pembaharuan Takaful Dan Cukai Jalan (SPTC) Melalui Aplikasi Digital

CAKNA Tawar Skim Pembaharuan Takaful Dan Cukai Jalan (SPTC) Melalui Aplikasi Digital

Selain menawarkan khidmat perundingan, perkhidmatan pembangunan perisian, reka bentuk web, teknologi maklumat yang mesra kos, berkualiti tinggi dan premium, CAKNA juga menawarkan pembiayaan mikro kredit berkonsepkan ‘Qard Ul Hassan’ iaitu pembiayaan patuh syariah tanpa “interest” dan “bebas riba’. 

Bayaran balik pembiayaan ini adalah secara ansuran melalui potongan gaji untuk kakitangan awam termasuk keluarga tanpa mengenakan bebanan “interest”. Dengan itu, semua proses pembayaran dan perkhidmatan menuju kearah transaksi yang diberkati tanpa was-was.. 

CAKNA Tawar Skim Pembaharuan Takaful Dan Cukai Jalan (SPTC) Melalui Aplikasi Digital

Cara & Langkah Melanggan CAKNA : 
  1. Dapatkan Sebut Harga
  2. Pakej Takaful
  3. Log Masuk Portal Cakna
  4. Pilih Kaedah Pembayaran (3 jenis)

Korang yang berminat dengan plan yang ditawarkan, dan ingin dapatkan senarai harga dan quotation dengan cepat dan mudah malah murah, boleh ke laman website mereka di www.cakna.my dengan memilih pelbagai pakej yang ditawarkan. 

Siapakah Layak Memohon? 
  • Kakitangan Kerajaan
  • Kakitangan GLC yang telah mendaftar dengan Coshare Holdings Berhad untuk potongan gaji
  • Kakitangan Syarikat Swasta 


Program ini akan dilanjutkan kepada badan-badan berkanun dan sektor swasta yang terpilih di fasa berikutnya. Semoga usaha membantu kepada yang memerlukan ini akan menjadi pemangkin kepada pihak korporat yang lain dalam membantu meringankan penderitaan kakitangan awam khusus buat rakyat Malaysia.

Pakej tanpa faedah dikenakan di atas pembiayaan dan E-covernote akan dipaparkan secepat 48 jam! Jadi, pastikan korang membuat pendaftaran sekarang.

Facebook | Instagram | Website | Youtube 


P/S: Alhamdulilah, sebelum PKP ni, semua roadtax kereta dah renew.. kalau tak memang cari CAKNA gak Sis hehehe.. 

14 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kalau berlanjutan PKP nie Sis, memang hujung tahun nie kena cari CAKNA la nampaknya. Nie today dia langkau 12K, terus ke 13K pula kes baharu.

    ReplyDelete
  2. Cakna ni sesuatu yang baru ni sis lin. Selalu tau yang start dengan B*** atau ada lagi satu lupa pulak start dengan apa....bagus la sebab PKPD ni tak boleh nak keluar saje2. Kedai pun tutup. Cakna la solusinya.

    ReplyDelete
  3. Pertama kali Naim mendengar CAKNA ini. Jika ia baik dan memudahkan urusan orang ramai patut mereka memilih CAKNA ini. Terima kash berkongsi

    ReplyDelete
  4. Bagus ni sis lin. Semua buat online je. Dah la PKP ni JPJ pun tak buka. Bab insuran tu ok tapi bab cukai jalan ni risau sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Kelebihan dia sbb boleh byr instalment.. kira dapat kurangkan beban masyarakat yg terkesan akibat pandemik

    ReplyDelete
  6. Lepas ni kena cakna dengan CAKNA jugak sebab sekali tu kena tahan dengan polis sebab road tax dan insuran mati (kes terlupa renew sebab lama nau tak jalan), nasiblah atas budi bicara dimaafkan . Esoknya cepat2 renew insurans road tax jer tangguh sebab JPJ tak keluarkan roadtax lagi.

    ReplyDelete
  7. musim2 PKP office tak buka nie, memang semua syarikat seboleh2nya nak buat urusan secara atas talian utk permudahkan masyarakat. bagus skim nie, memudahkan semua org

    ReplyDelete
  8. Baguslah ada sistem macam ni. CAKNA bantu ramai orang untuk uruskan takaful dan cukai jalan kenderaan. Mudah!

    ReplyDelete
  9. The most interesting text on this interesting topic that can be found on the net ... Email Extractor Software

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah
    bagus betul inisiatif nih sebab bantu orang untuk bayar sedikit-sedikit setiap bulan
    kalau terus bayar lumsum memang pening juga lah sesetengah orang tambah-tambah waktu macam sekarang nih.

    ReplyDelete
  11. Baru teringat, bulan depan roadtax kereta mati.... T-T

    ReplyDelete
  12. Very efficiently written information. It will be beneficial to anybody who utilizes it, including me. Keep up the good work. For sure i will check out more posts. This site seems to get a good amount of visitors. cais fisa india

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post