HUJAN DI PAGI SELASA

HUJAN DI PAGI SELASA | MASA menaip ni adoii lemaunya rasa mata, sambil kedengaran rintik hujan yang lebat di luar sana sambillah duk terbayang bantal dan selimut, tapi apakan daya, banyak kerja nak di selesaikan.. bukan kata hujan aje boleh membuta. Kalau anak-anak yeee lerr, now masih lagi terperuk dalam bilik tu, padahal tadi semua dah bangun turun sarapan, ehhhh naik atas balik masuk bilik tutup pintu.. sabo je lerr.. 

Maybe anak bujang ada kelas online, yang Yana pulak biasalah kalau WFH ni, ada je laa keje nak di buatnya tu.. bilik tidur memasing dah macam opis dan bilik darjah dah tu.. fening juga nengok time kemas. Bukannya apa, Sis takut anak-anak tak selesa kan belajar dan bekerja dalam keadaan gitu.. tapi nak buat macam mana, sabar je laa selagi kes tak turun.. 

Suami pergi kerja tadi dengan hujan selebat tidakk, siap payungkan sampai ke kereta, memang dah time waktunya pergi kerja, hujan lebat pun redah juga laaa.. 

Pagi ni Sis buat sarapan Cucur Udang Adabi jerr.. buat dua bungkus dapatlah banyak tadi, ada nasi lebih semalam sikit, buat nasi goreng, tu yang anak-anak turun makan .. senang sekali makan Sis nak kemas semua.. 

Harini nak rehat, malas nak masak hahaha.. ingat nak order aje tapau makan, sesekali kita order laa, bukannya selalu kann.. at least seminggu sekali gitu, kira okay laa.. kalau beli dan makan sedap, kita kongsi, nanti ada yang nak mencuba, dah rezeki mereka kann.. 

Tapi tu tapau tengahari laa.. untuk makan petang dan malam, Sis nak masak nasi juga. Ingat nak masakkan Suami Ikan Kerapu Stim Nyonya tu.. nanti simpan lelama ikan kerapu tu tak sedap pulak.. so nanti petang sesiap bahan, Suami balik baru kita stimkan.. makan pepanas, sedapnyaaaa... 

Hujan Di Pagi Selasa

Sekarang pun masih lagi hujann.. dah masuk musim tengkujuh barangkali ekk, sebabnya di Johor ni hari-hari hujan..kalau tak pagi, hujan petang, kalau tak petang, nanti malam hujan, macam semalam.. tidur sejukk sampai tak bukak ekon pun...

Yang jadi masaalahnya, hujan-hujan ni bikin perut lapor, tu je lerr.. duk pandang je dapur hahaha, rasa kalau ada robot kat dapo tu, memang tekan suis manjang, tau-tau siap semua makanan atas meja hahahaha.. 

Kalau dulu laaa, masa Sis ada anak kecik, time hujan laaaa tangan macam sotong, sebabnya bila hujan, anak-anak semua tido, nyenyakkk semua lena kann, haaa masa tu apalagi.. pung pang pung pang laaa kat dapo memasak, mengemas rumah dan buat apa jee lee kerja rumah, selagi anak tido.. perghh memang best... 

Tapi zaman sekarang, yang Sis perhatikan laaa... pantang hujan, bukan kata anak, dengan Emaknya sekali bantai tido hahahahaha... kan kan kannnnnn...  :p 

Okaylah.. bebel pepagi ni pulak.. tak tau nak update apa..
Nasib juga ada blog ni haa, apa nak bebel, kita bebel je laa.. makaseh sudi baca hahahaha..
Nanti kita sambung lagi okay.. 


P/S: Tiberr hujan-hujan ni erbayangkan BAKSO.. adoiiii.. 

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tu la td tgk ig member ako hujan kat sana ye.. Psstt semlm ako dh berbuka bakso haha..

    ReplyDelete
  2. Bila hujan pagi rasa nak tarik selimut jew selubung sampai atas kepala. Sejuknya lain macam hihihiii.

    ReplyDelete
  3. tu lah...sejuk sungguh pagi tadi... lepas mandi rasa nak tidor balik je,...hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau hujan petang, memang wak main hujanlah
    sebab waktu tu biasanya kat padang ragut

    ReplyDelete
  5. saya pun teringin jugak nak makan bakso nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post