SEMALAM AKU REHAT, ANAK YANG MASAK


SEMALAM AKU REHAT, ANAK YANG MASAK | Ingat tak penat ke, tak stress ke hari-hari fikir nak masak apa, dan nak makan apa. Bukan mengeluh tapi sesekali nak juga merungut wakil diri sendiri. Bohonglah kalau semua surirumah atau Mak-Mak ni keje takde merungut dan membebel, cuma korang tak cakap je kannn, macam Sis haaa Sis jujur je cakap haa.. 

Tanggungjawab memang yaa, ikhlas pun yaa, tapi ada masa nak jugalah kita rehat dan orang lain pulak amik alih, so kita tak payah pening nak fikir nak masak apa dan makan apa, tau-tau dah siap kann.. atau tekan-tekan, tau-tau sampai.. hehehehe..

So alhamdulilah, semalam Sis rehat, anak yang masak. 

Masak apa? Kalau Yana turun dapur, sudah semestinyalah dia kalau tak Ayam Masak Merah atau apa-apa je masakan berasas sambal hahaha.. so semalam Yana masak Sambal Ayam dan juga Tauhi Inti untuk Emaknya.. alhamdulilah.. 

Sambal Ayam

Sambal Ayam

Yana kalau masak jujurnya memang Sis puji, airtangan dia masak memang sedap, untunglah siapa dapat beristerikan anak Sis ni, huhuhu... maaf dah berpunya yaa hahahaha.. Betul, siapa nak puji anak kita kalau bukan Emaknya sendiri.. ko puji anak orang melambung-lambung, anak sediri ko taknak puji.. ramai yang berbuat begitu.. sampai anak tu konpius, 'ni Emak aku ke Emak orang ni'.. 

Yana suka mencuba sesuatu yang dia tak pernah masak, atau dia memang suka makan, dan dia akan cuba nak masak sendiri untuk dirinya, haaa begitulah.. macam sambal ayam ni juga, dah berapa kali dia buat, tapi Sis tak 'meluluskan' hahahaha.. tapi semalam dia masak, setelah berkali-kali cuba, alhamdulilah, Sis kata 'lulus' hahahaha.. adiknya makan pun kata sedap hehehe.. 

Resepi Tauhu Berlauk

Tauhu Berlauk

Ooo kesahnya bukan tauhu inti namanya, Yana kata, 'salahlah Mak, bukan tauhu inti, tapi tauhu berlauk'... Oooo mana le Mak tau, janji ada sebut tauhu sudah lahhhh hahahaha.. Ni menu peberet Sis kalau Yana buat, kalau kat rumah ada stok tauhu banyak, memang Yana ngajin lee godak dan buat tahu berlauk ni haaa.. 

Semalam dapatlah Yana buat beberapa ketul, sebab nak menghabiskan tauhu dalam peti ais tu, nanti lelama simpan tak sedap katanya Yana.. iyee laaa, buat aje laa, Mak tukang bedal.. tapi memang, siap aje masak, Yana panggil adiknya turun dan makan sekali. 

Yang kelakarnya Yana tipu adiknya tu si anak bujang Sis, dia kata itu 'telur' bukan tauhu, dah adiknya makan kemain selera, dah habis makan baru dia kata itu tauhu hahaha.. tapi adiknya boleh plak tanya, 'kenapa sedap plak ek tauhunya' hahahahaha, sambil makan nak tergelak Emaknya dengar... okaylah nanti kita buat lagi yeeee... 


Pelam Viral

Habis makan, ya rabbi, dia punya pedas lada sambal ayam tu, sampai lelangit bekas operate tonsil tu naik sakit oiii... adoiiiiii... nak hilangkannya sampai semalam hisap ais batu Sis.. degilkan, makan pedas-pedas, dah tau memang lelangit tu dah warning jangan makan pedas-pedas sangat.. huhuhu.. 

Then teringat ada buah pelam dalam peti ais, haaa apalagi, amik makan laaaa, sekali lupaaa juga pi cecahnya sambal kicap tu, arghhhh sudah, tambah pedas lagi adaaa hahahaha tapi sedap :p ...

Last-last stop semua, togak ais sejukkk bergelas-gelas, adeiiii... sabo je laaa ekkkk...degilll..  patutlah harini dari malam tadi perut tak sihat, sebu dan memulas ajaa.. makan pedas banyak sangat.. anak-anak elok jee semua takde sakit, melampau sangatkan Emak ko makan adeiii.. 

Tak kisahlah, janji semalam aku rehat, anak yang masak hahahahaha.. 


P/S: Harini dapat rezeki dari blogger Retna, memang tak sangka weii dapat Roti Jalan Hipster tu hahaha, nanti Sis up okay.. jeng jeng jeng... 

3 comments:

  1. betul la taste anak no2 haha sambal tu dah macam makanan ruji hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. psstt bukan roti 'jalan' eh... hahaha kang jd lain lak ko makan roti jalan piginya :D

      Delete
  2. Anak dara ammi selalu cakap ammi tak puji dia. Ammi kata..puji dalam hati pun boleh. Tak perlu lah nak puji depan2 pastu awak jadi riak. Hahha.. Mcm2 budak ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.