INI BETUL-BETUL HANTU DURIAN!

INI BETUL-BETUL HANTU DURIAN! | Tu diaaaa, ini baru betul-betul hantu durian namanya hahaha.. adeiii bangun pagi meraung bau durian satu rumah ni haaa. Sampai anak-anak kata nak termuntah nengok durian, kekeke. Ni semua Suami lerr punya keje, di belinya sampai 4 guni ko durian, ko ngase?.. 

Semalam malam tiber-tiber katanya, 'Jom beli durian'.. erkkkk terbeliak mata Sis, terus Sis kata, 'Semalam kan dah beli durian'.. katanya 'Durian yang ni lain, Ujang jual'.. Ujang tu tokey boat yang selalu Suami sewa boatnya pergi memancing tu haa.. korang ingatkan ada Sis up posting durian kiriman Suami tu? Haaa ni lerr sekali lagi nak pi beli kat tempat Ujang tu. 

Dalam Sis menunggu dalam kereta sambil Suami memilih dan beli durian, berwahtsapp laaa Sis dengan adik-adik, memasing pun cerita pasal buah durian. Lebih kurang sejam menunggu, kedengaran laaa buah duriannya di angkat masuk bonet belakang Ranger Sis. 

Bila Suami naik aja kereta, Sis terus tanya, 'Banyak ke beli?'.. Suami jawab, 'Ada ler sikit, 4 guni'.. haperrr??? 4 guni??? Hahahaha tak tau nak gelak ke nak panik ke nak suka ke, yang pasti 'terkejut beruk' Sis ko dengo hahahaha.. 

Ini Betul-Betul Hantu Durian!

Ini Betul-Betul Hantu Durian!

Termenung jap Sis ko dalam perjalanan balik, nak tanya lagi, takut kena bebel pulak.. ye laa orang dah beli, ko banyak tanya pulakkan hahaha.. tapi nak tanya jugaaaa... hahahaha..

Belum sempat Sis tanya, Suami bukak mulut, 'Esok suruh Lily gan Julie (adik-adik Sis) datang makan durian'... Ehhh... Suami lupa agaknya, kan PKP, mana boleh gerak melebihi 10km ..terus Sis mencelah, 'Laa Ayahnya, mana boleh jalan, kan lebih 10km'.. Suami pun jawab, 'Oo yaa laa, lupa' hahahahaha..

Duk mikir ni apa nak jadi dengan buah durian bebanyak ni oiii.. hahahahaha.. 

Ini Betul-Betul Hantu Durian!

Ini Betul-Betul Hantu Durian!

Sampai rumah, keluarkan semua buah duriannya dari guni, dan tu lerr dia kesemuanya. Tak kira pulak berapa bijik semuanya.. yang tau, duriannya memang semua cantikkk, memang Ujang tu jual murah, semua durian kampung. 

Tanpa menunggu, apalagiiii... Sis makan lerr hampir 3 biji gak malam semalam dengan anak-anak. Suami pulak, Sis tak bagi makan dulu, sebab dia baru lepas cucuk vaksin, Sis takut pulak ada effect ke kan, nanti-nanti laa makan hehehe.. 

Dan pagi ni... sarapan sebiji tadi hehehe.. dan masih lagi fikir ni, nak buat macam mana durian ni.. anak kata kita guna Grab aje hantar hehehehe.. Good idea gak... ermmm tengok kang camne.. tapi kena juga hantar ni, takkan Sis ko nak bedal semua, aje gilerr warded Sis kang hahahaha.. jangan cari pasal.. 

Tadi pun Suami nak pi keje, dia bawak 6 biji, katanya nak beri BFFnya, Sobri.. Sis suruh bawa yang beso-beso sikit saiznya.. Sis lebih suka saiz kecik-kecik, rasa dia pahit ... baru sedap.. anak-anak tak suka pahit, suka manis.. 

Atau... suruh je adik redah datang ekkk... bukan ke mana punnn.. ko duduk rumah ke, ko keluar ke, kes makin naikkkkk.. bosan nak ngadap perintah 'berkurung' ni laaa.. tepu otakkkk..semua orang dah naik marah.. takde perubahan langsung.. entah laaaa, malas nak fikir... fed-up!!!...

Okaylah.. jom laaa makan durian lagi bagus!!.. 


P/S: Nak buat jem durian laaa, sedapnyaa makan dengan roti kannn... 

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnya. Puas hati ni Sis. Ya Allah aromanya tu mesti best. PC suka. jadi jiran Sis sehari boleh. Durian dah habis PC balik la rumah semula. nak jadi jiran durian. Hehehehe.

    ReplyDelete
  2. Mak oiii...ni puas hati makan ni.....kalau SA confirm x beli lagi dah ni....

    ReplyDelete
  3. makkk aiiii.... hantu durian betul ni... puas makan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post