SAMBAL SOTONG KERING PETAI PEDAS BERAPI


SAMBAL SOTONG KERING PETAI PEDAS BERAPI | KALAU dah kata sambal, memang tak sah kalau tak pedas ya. Entah lately ni beli lada kering, kemain pedas rasa dia, dah pilih yang tidak pedas pun, tapi bila masak, kus semangat, berapi pijor bibir oiii.. Nasib baik kami anak banak tahan pedas, kalau tak, mau cirit hehehe..

Agak lama jugalah tidak masak sambal sotong kering ni, sebab jarang-jarang dapat jumpa jenis sotong kering yang elok dan nipis saiz sederhana, biasa jumpa yang saiz besar ala sotong king tu haa.. kalau saiz besar tu, biasanya Sis beli Sis suka bakar dan ratah jerr, memang sedap uiii.. tapi kalau jenis saiz kecil nipis ni, memang Sis buat sambal..

Sotong ni pun Suami bawa buah tangan kering dari Kedah baru-baru ni.. banyak juga di belinya, dan masih ada lagi baki satu tupperware dalam stok tu. Menu apa yang sedap kalau sotong kering?, tentunya laa sambal sotong kering petai pedas berapi.. memang pedas gilerr.. 

Sambal Sotong Kering Pedas Berapi

Dan kebetulan masa tu ada jiran bagi petai, so Sis masukkan aje sekali dalam sambal sotong kering tu haaa.. memang lerr padu oiii.. dah sambal, letak pulak petai, mau makan bertambah nasi kan Bang hahahahaha.. tu Suami Sis lerr, makan tak ingat pinggan berulang kekekeke.. 

Sotong kering ni Sis tak rendam pun dengan 'abu' kasi kembang, sebab sotongnya jenis saiz kecil dan nipis. Sis hanya rendam dengan air suam dulu beberapa jam, bila dah kembang betul, baru Sis bilas rendam dengan air panas. 

Elok je dia kembang dan lembut. 

Sambal Sotong Kering Pedas Berapi

Dan sebelum di masak sambal, sotong tu Sis goreng dengan minyak sesudu dalam kuali kasi dia kecut. Bila dah kecut angkat ketepikan. Pastu baru tumis sambalnya dan bila dah garing sambal baru masukkan sotongnya.. tu cara Sis masak sotong kering tu. 

BIla dah betul sebati sambal dan sotongnya, barulah last sekali masukkan petai tu. Sis tak suka masuk petai awal-awal, nanti rasa rangup dan tekstur rasa petai tu hilang. Bior lerr masuk kejap, kacau-kacau then tutup api. So petai tu masih segar macam original. 

Kalau korang buat sambal petai macam mana pulak?. 

Sambal Sotong Kering Pedas Berapi

Haa tu haa dia sotong keringnya. Elokkan? Nipis jerr.. tu yang Sis rendam aje dengan air tanpa 'abu'.. kalau sotong saiz king tu yaaa, yang tu kena rendam dengan 'abu', baru elok kembang. 

Lupa pulak tanya Suami berapa rm sotong tu, sebab sampai dua bungkus Suami beli. Kemain banyakkk, entah nak buat apa laagi ekkk.. masak lomak cili api sedap ke? ke asam pedas ek? Hahahahahaha...

Korang ada any idea masak sotong kering, bagitau yaa.. sebab setahu Sis, memang buat sambal jee sotong kering ni.. atau kekadang kannn... syhhhhh Sis amik bakor ratah oii.. sedapnyaaaa.. lelama kang licin juga sotong tu hahahahaha.. 


P/S: Alhamdulilah, semalam dan harini, Allah permudahkan urusan Sis .. 

7 comments:

  1. Sis...macam mana nak masak sotong kering bagi tekstur dia tu lembut...kena rendam lama ke apa...best plak tengok sambal sotong kering tu ha

    ReplyDelete
  2. kalau masak lemak campur nenas atau belimbing buluh sedap tak Sis sotong kering ni.

    ReplyDelete
  3. ayoo sedapnya .... terliur la sis ..

    ReplyDelete
  4. Nampak sedapnyaaa.. siap petaiii... bako x leh ke.. hahahahaha...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sambal sotong kering campur petai masak pedas pedas. Lama tak makan sotong kering ni

    ReplyDelete
  6. takleh jadi ni, nak kena cari jugak sotong kering dan petai. haha

    ReplyDelete
  7. aku ingatkan tadi asam keping bawah tu..sotong kering rupanya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.