ASAM PEDAS TETEL BUAT SEDEKAH JUMAAT


ASAM PEDAS TETEL BUAT SEDEKAH JUMAAT | ALHAMDULILAH tercapai sudah nak masak dan beri kepada kengkawan 'Geng Bokeh' Sis. Kononnya plan asal nak berpotluck di pondok kebun kawan Sis,Ina.. tapi di sebabkan PKP ni tak sudah-sudah lagi, so kami semua sepakat batalkan aje laa, kita tunggu sampai keadaan reda baru berkelah. 

Dan kebetulan, masa raya haji baru ni, stok daging topside dan juga daging tetel sudah pun Sis beli, sebab dah plan awal dan niatkan, makanya tak apalah Sis tunaikan hajat Sis, Sis masak Asam Pedas Tetel buat sedekah Jumaat harini sempena hari Jumaat. Sekali niat berbagi rezeki. 

Sis rebus masuk periuk Noxxa aje daging topside sekilo, dan daging tetel dua kilo. tekan HP 30minit, kompom lembut.. kalau dulu takde periuk Noxxa, jenuh ko merebus nak bagi lembut daging, kadang ada masanya fed-up hahahaha.. 

Asam Pedas Tetel

Bukan susah mana masaknya kan, daging dah lembut, so kita masak santai-santai aje. Potong lada, sediakan bahan, blender semua, kemudian tumis laaa sampai lada garing dan masak. Pastikan tumis lima kali mengikut petua Kak Yatie Kitchen, barulah betul sedap cili asam pedas korang. 

Cuma kalau masak asam pedas tetel ni, tak guna daun kesum, nak sedap dan betul rasa orang Melaka, kena guna daun limau purut, baru lerr kawwwww gilerr asam pedas kau hahahahaha.. Kalau korang tak pernah cuba, silalah cuba, mesti akan rasa kelainannya asam pedas tetel korang guna daun limau purut. 

Ni asam pedas tetel, Sis dan Suami je makan ni, anak-anak tak suka dan tak makan tetel. Lagi kalau Yana, geli katanya lelemak tu hahahaha.. kalau anak bujang, dia tu okay je kalau dah terdesak takde lauk lain, dia makan aje hahahaha... anak sulung? Lagilah tak makan, dia mana makan daging heheheh.. 

Asam Pedas Tetel

Siap aje tadi, terus masuk bekas dan hantar terus kerumah kawan-kawan Sis. Ada sorang duduk setaman dengan Sis, yang lagi 3 orang duduk taman sebelah, Nusa Damai. 

Alhamdulilah rasa puas, lega bila dapat masak asam pedas tetel buat sedekah Jumaat sebagai tunaikan hajat kita nak berbagi rezeki pada kengkawan. Rasa lapang betul dada... syukur alhamdulilah.. walaupun hanya asam pedas tetel tapi bila di masak penuh kasih sayang tu, rasa bahagia betul rasa.. cuma kalau ada terkurang perasa, maaflah yaa.. tekak memasingkan tak sama. 

Nak resipi? 

Resipi sama je dik nonn macam masak asam pedas biasa, cuma bezanya guna daging tetel, dan juga daun limau purut.. tu jerr lainnya.. yang penting masak asam pedas tu tumis lima kali, barulah kawww.. 

Doakan kami berlima, Sis, Nas, Ina, Kak Mas & Kak Zizi,  bersahabat kekal selamanya hingga ke Jannah.. hampir lebih 5 tahun mengenali mereka.. kepala mengong semua, sekali jumpa, tak ingat nak diam hahahaha.. aku sayang korang ❤


P/S: Rindu kengkawan lain juga.. arghhh bilalah nak gather-gahter lagi niiii.... huhuhu ... 

6 comments:

  1. Ako pun masak lauk ni semlm hehe arini kita masak lemak ketam..

    ReplyDelete
  2. Baru beberapa hari lepas tetel ni PC masak kari. Haaaaa ada lagi baki tu boleh la masak asam pedas pulak.

    ReplyDelete
  3. tak pernah masak asam pedas daging... asam pedas selalunya ikan atau ayam... daging kalau tak kari, masak kicap

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa! Kepingin saya! Nanti sedekah lah sikit kat sayaa..KAH KAH!

    ReplyDelete
  5. Moga menjadi asbab ke syurga ALLAH...niat yang baik disusuli cara yang baik..InshaALLAH semua baik baik...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.