GRAB MEMBANTU PELADANG DAN PENIAGA DURIAN TEMPATAN MELALUI #TechUntukSemua


GRAB MEMBANTU PELADANG DAN PENIAGA DURIAN TEMPATAN MELALUI #TechUntukSemua | YANG sebenarnya baru-baru ni baru aja Sis guna khidmat Grab untuk menghantar durian ke anak Sis di Subang. Sebelum ni tak pernah tau pun ada Grab yang boleh hantar durian okay. Tapi bila Retna kata boleh guna Grab, agak mengujakan juga. Dan duriannya selamat dah sampai ke anak Sis dan selamat dah masuk perutnya hahaha..

Durian tu Retna orderkan dari peniaga SS2 dan di hantar melalui #TeachUntukSemua ni dari Grab. Tak sangka Grab boleh hantar durian hahaha.. alhamdulilah laa menyenangkan dan gembira rasa hati Sis dapat kirimkan anak makan durian di sana. 

Tiada siapa menafikan buah durian semakin menarik pehatian antara yang suka dan yang tidak suka dan gemar memakan raja buah ini, khususnya kalangan warga Malaysia. Dengan bau yang agak menyelerakan (bagi yang gemar), isi yang harum dan rasa pahit dan manisnya, tidak hairan durian kini mencapai reputasi dan permintaan yang tinggi, samaada yang suka atau tak suka buah ini. Bagi kita warga Malaysia, masa yang ditunggu tunggu sepanjang tahun kini telah tiba, yaaa apalagi, musim durian laaa!. 

Namun musim durian kali ini tiba ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sepenuhnya, dan ramai di kalangan penjual dan peladang durian, terutama peniaga kecil meluahkan kebimbangan akan berlakunya lambakan stok durian. Lebih-lebih lagi SOP arahan melarang menjamu selera di kedai, membuatkan para peniaga kecil ini terpaksa mencari jalan untuk memenuhi permintaan keinginan pelanggan.

GRAB Membantu Peladang Dan Peniaga Durian Tempatan Melalui #TechUntukSemua

Oleh demikian, sebagai sebahagian daripada matlamat #TechUntukSemua yang berhasrat membantu peniaga kecil menerusi ekonomi digital, Grab kini memfokus kepada para peniaga durian. Langkah ini membolehkan warga Malaysia mendapat bekalan durian dengan mudah, serta membantu para peniaga dan peladang durian merasai keseronokan pelanggannya menikmati raja buah itu kepada semua penggemar. 

Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Wilayah Grab Malaysia, berkata, “Di Grab, kami sentiasa berusaha memain peranan memberi sokongan kepada para peniaga kecil dan tradisional yang menjadikan Malaysia ini unik. Inisiatif GrabDurian kami adalah acara tahunan untuk membantu peniaga dan peladang durian yang menanti-nantikan musim durian yang sememangnya jangkamasa paling sibuk untuk mereka. 

Pandemik ini memberi tekanan tambahan kepada industri ini dan kami berperanan untuk membantu para peniaga dengan menjadikan mereka ini sebahagian daripada penggiat ekonomi digital dan sekaligus membolehkan mereka menerus dan memajukan bisnes masing-masing mengguna ruang dan peluang yang dikenal pasti dapat melaris dan menguntungkan jualan. Ketika seluruh Malaysia berjuang mengharungi waktu yang penuh mencabar ini, kami berharap dapat melaksana tanggungjawab membantu warga kita meraih kejayaan sedaya mungkin dengan sokongan daripada pelanggan.”

GRAB Membantu Peladang Dan Peniaga Durian Tempatan Melalui #TechUntukSemua

Penuhi keinginan korang, sama ada korang suka atau tidak suka durian 

Oleh kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza terhadap buah ini, Grab ingin memastikan supaya setiap penggemar dan yang kurang minat dengan durian mendapatkan keperluan mencukupi bagi menghadapi musim durian yang dinanti-nantikan ini. Bagi sang penggemar, Grab membantu mempromosi segala yang berkaitan dengan durian seperti buah durian segar, juadah pemanis mulut perisa durian, pastri dan seumpamanya. 

Bagi yang kurang menggemari durian, korang boleh mendapatkan keperluan seperti penghapus bau durian (perlengkapan anti durian) supaya musim kali ini korang lebih mudah menikmati durian dengan selesa dengan memakai produk seperti sarung tangan, pembasuh dan pembilas mulut, penyegar udara dan banyak lagi.

Pengguna Grab juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga 50% atas produk daripada pedagang seperti Durian Man, Lubuk Durian, Purple Monkey, Watsons, Guardian dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi di musim durian ini, sila klik SINI.

Luahan hati peniaga dan peladang durian

GRAB Membantu Peladang Dan Peniaga Durian Tempatan Melalui #TechUntukSemua

Cheah Kim Wai, DurianMan SS2: Dengan SOP dan peraturan yang ketat tahun ini kerana pelaksanaan PKP, kami terpaksa mengharungi penurunan dalam bilangan pelanggan yang dahulunya menikmati durian di kedai jualan serta menambah pesanan untuk membawa pulang. Tahun ini kami terpaksa menerima pesanan daripada para pelanggan setia menerusi panggilan telefon dan mesej Whatsapp. Kami bersyukur kerana jualan bertambah baik setelah menyertai Grab sebagai platform penghantaran dalam talian dan kami mendapat respon positif daripada pelanggan yang datang sendiri mengambil pesanan atau yang dihantar menerusi Grab ke kediaman masing-masing. 

GRAB Membantu Peladang Dan Peniaga Durian Tempatan Melalui #TechUntukSemua

Romi Hidayat Zainintawa, Rizky Durian: Tidak boleh dinafikan bahawa tahun ini telah pun membawa banyak cabaran kepada kami. Kami merasa terkilan dengan penurunan pesanan daripada pelanggan yang turut menjalankan bisnes kecil-kecilan di warung masing-masing ketika arahan PKP yang mengekang perjalanan dan larangan pelanggan makan dalam premis. Akibatnya, kini terdapat isu lambakan stok durian, kadang-kadang saya sendiri terpaksa menghantar pesanan kepada pelanggan. Selepas menyertai Grab, para pelanggan setia saya dapat membuat pesanan dengan penuh selesa daripada kediaman masing-masing iaitu secara dalam talian. Tahun ini juga kami dapat ramai pelanggan baharu. Ada kalangan pelanggan yang membuat pesanan berkali-kali untuk diri mereka dan rakan serta taulan kerana menikmati khidmat penghantaran mudah.

Grab menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan atas permintaan yang meluas di rantau ini, termasuk perkhidmatan mobiliti, penghantaran makanan dan pakej, penghantaran barangan runcit, pembayaran mudah alih, dan perkhidmatan kewangan di 428 bandar di lapan buah negara. (www.grab.com)


P/S: Ya Allah, kalau dalam rumah ni, dah sampai tak termakan dah durian, tu dalam esbox ada dua bekas durian sejuk adoiii ... ni semua keje Ayahnya duk membeli ajerr.. pastu sakit kepala hurmmm.. 

3 comments:

  1. Sekarang tengah lambakan durian
    Nasib baik durian di JDT kebanyakannya dah habis musim sebab gugur awal

    ReplyDelete
  2. hari tu lalu kat dusun RM 3 sebiji... sebab dah rosak..tp kalau beli pun takde yg makan...so tak belilah

    ReplyDelete
  3. Adoiii mcm nak cr durian lagi la esok...
    lepas cucuk vaksin ni, baru rasa lega nk bedal durian byk2...
    Klu sebelum tu riso jgk klu makan doyan byk2, takut demam berlebihan..
    Harap esok dapat le makan doyan lagi hahha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.