MENGAMBIL SNEK TERBUKTI SEBAGAI SUMBER KETENANGAN BAGI 74% RAKYAT MALAYSIA


MENGAMBIL SNEK TERBUKTI SEBAGAI SUMBER KETENANGAN BAGI 74% RAKYAT MALAYSIA | KORANG yang suka makan snek, kena baca info ni sampai habis okay. Sis pun suka juga, tapi kekadang lerr, walaupun rak penyimpanan barang dapur tu sentiasa penuh, tapi tidaklah hari-hari makan snek. Kalau anak-anak yaa, maybe makan snek tu kot jadikan mereka tenang dan melapangkan fikiran seperti yang di nyatakan hahahaha.. 

Tinjauan Mondelēz International (Malaysia) mendedahkan majoriti rakyat Malaysia menikmati snek untuk mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran. Ketika rakyat Malaysia terus ‘berkurung’ di rumah untuk melandaikan lekuk COVID-19, tabiat pemakanan dan pengambilan snek mereka telah berubah, lebih-lebih lagi apabila perlu mengimbangi tuntutan bekerja dari rumah, pembelajaran dalam talian, masa bersama keluarga dan sebagainya. 

Mengambil snek terbukti sebagai sumber ketenangan bagi 74% rakyat Malaysia

Hasil tinjauan baru-baru ini mendedahkan snek telah menjadi sumber ketenangan bagi ramai rakyat Malaysia. 74% berkongsi mereka menikmati snek bagi mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran, manakala 40% mengambil snek sebagai alas perut di antara waktu makan. Tinjauan berkenaan turut mendapati hanya 50% berasa kawalan kuantiti amat penting, bahkan apabila ditanya tentang kandungan nutrisi dalam snek, hanya 3 daripada 10 rakyat Malaysia menganggapnya penting.

Mengambil snek terbukti sebagai sumber ketenangan bagi 74% rakyat Malaysia

Bagi mendalami perubahan tabiat ini dan membudayakan amalan ‘Snek Bijak’ (Mindful Snacking), pengeluar snek terkemuka, Mondelēz International (Malaysia) telah menerajui Kajian Pengguna 2021 tentang ‘Snek Bijak’ dalam kalangan rakyat Malaysia merentasi pelbagai demografi dan kawasan.

“Sebagai peneraju pasaran bagi kategori snek utama, misi kami adalah bagi memperkasakan dan membudayakan tabiat pengambilan snek yang betul. Kami berazam membantu rakyat Malaysia berasa baik dengan snek pilihan mereka sekaligus menyemai hubungan positif dengan makanan. Amalan snek bijak tidak bermaksud anda mesti membuat pilihan antara pemakanan sihat atau mengelakkan snek. Sebaliknya, konsep ingin disampaikan adalah bagaimana anda harus kunyah perlahan-lahan, menikmati setiap suapan, dan tumpukan semua pancaindera anda,” jelas Lim Chain Yin, Ketua Pemakanan Mondelēz International Southeast Asia.

Mengambil snek terbukti sebagai sumber ketenangan bagi 74% rakyat Malaysia

‘Snek Bijak’ merupakan satu pendekatan tingkah laku yang memfokuskan kepada cara makan dengan niat (bersebab) dan perhatian (peka). Bagi membudayakan tabiat positif ‘Snek Bijak’, Mondelēz International (Malaysia) telah menyediakan panduan kuantiti dan ikon “Snack Mindfully” pada bungkusan produknya bagi memberi gambaran lebih jelas tentang kuantiti yang betul dan kandungan kalori bagi setiap porsi, memperkenalkan pek pra-bungkus ‘kawalan kuantiti’ yang kurang daripada 200kkal setiap satu, serta melancarkan produk “Better for You” dengan profil nutrisi dan ramuan yang dipertingkatkan.

Di samping itu, tinjauan yang sama juga mendapati 68% rakyat Malaysia lebih suka menikmati snek secara bersendirian. Dalam pada itu, majoriti mendedahkan mereka lebih suka menikmati snek ketika menonton televisyen, melayari internet, ketika bekerja atau belajar.

Mengambil snek terbukti sebagai sumber ketenangan bagi 74% rakyat Malaysia

Ketika membincangkan hasil tinjauan di forum maya anjuran Mondelēz International (Malaysia), Dr. Satvinder Kaur, PhD - Epidemiologi Pemakanan; BSc - Pemakanan & Kesihatan Komuniti berkongsi, “Cuba peka kepada isyarat atau pencetus dalaman badan seperti ‘Saya lapar’, ‘Saya teringin nak makan sesuatu yang manis, berperisa atau masam’, ‘Saya kenyang’, dan ‘Saya sudah puas’. Apabila kita lebih peka kepada kehendak dan keperluan kita, kita akan dapat menjalin hubungan lebih positif dengan makanan. 

Bagi mencapai pemakanan seimbang, kita boleh mengamalkan beberapa kaedah termasuk B.M.V. (Keseimbangan, Kesederhanaan, Variasi) dan Panduan ‘Pinggan Suku-Suku-Separuh’. Amalan pemakanan dan snek yang bijak bukan sahaja dapat mencegah makan berlebihan, malah kualiti diet keseluruhan kita akan bertambah baik sekiranya kita mengamalkan panduan pemakanan sihat.”

Mengambil snek terbukti sebagai sumber ketenangan bagi 74% rakyat Malaysia

‘Snek Bijak’ mendorong kita untuk mempertimbangkan sebab dan cara kita menikmati snek, serta jenis snek yang dipilih. Amalan ini termasuk:

● bahagikan snek kepada beberapa porsi dan simpan yang selebihnya, atau memilih porsi pra-bungkus tunggal,
● kurangkan gangguan seperti menikmati snek sambil menonton TV, atau terikat dengan telefon atau komputer,
● peka kepada bau dan rasa setiap suapan,
● kunyah secara perlahan dan nikmati setiap suapan dengan sepenuhnya,
● peka kepada tekstur snek,
● habiskan setiap suapan sebelum suapan yang seterusnya.

Mengambil snek terbukti sebagai sumber ketenangan bagi 74% rakyat Malaysia
“Kami bertekad melangkah lebih jauh bagi menerajui masa depan snek dengan menawarkan snek yang tepat, untuk saat yang tepat, dan diperbuat dengan cara yang tepat. Menerusi inisiatif #SnackMindently #JomSnekBijak tempatan kami, kami mendorong pengguna untuk menikmati snek dengan membuat pilihan lebih bijak,” kata Raja Zalina Raja Safran, Ketua Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Pentadbiran, Mondelēz International (Malaysia & Singapura).



P/S: Snek kat rumah ni pun nak kena topup ni, banyak dah ruang lopong dalam bakul makanan tu..

3 comments:

  1. nak makan snek pun kena pilih kan Sis. Sekarang ada banyak snek yang meyihatkan juga.

    ReplyDelete
  2. aku suka kalo kekacang..tapi coklat pun suka juga, cuma susah nak telan yang sihat kalo dari kategori coklat..hahahah

    ReplyDelete
  3. Alamak, kena kunyah perlahan tu payah tu. kalau snek sedap laju makannya dan ada potensi menambah makan. hihi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.