RAK PENYIMPANAN BARANG DAPUR AKU DAH MACAM KEDAI RUNCIT!


RAK PENYIMPANAN BARANG DAPUR AKU DAH MACAM KEDAI RUNCIT! | Salam hujung minggu korang. Buat apa tu? Mesti tengah duk layan handphone kan? Maklumlah kann duduk rumah jer, apa lagi nak buat. Sama jugalah macam Sis, bila kerja rumah semua dah settle, memang ada masa, ngadaplah handphone. 

Dan biasanya kalau Sabtu Ahad, jarang juga Sis nak update blog, sebab fikir sapa je laa nak membaca, tapi di sebabkan dah tak tau nak buat apa, dan sedang mengadap laptop nak menyiapkan edit blog orang, so sesambil tu kita update le sekejap.. 

Berbalik pada tajuk, Sis nak tanya, korang simpan barang dapur korang macam mana? Dulu sebelum Sis ada rak penyimpanan barang dapur ni, semua Sis sumbat dalam laci, bila dah dalam laci, kemas tak kemas orang tak nampak, lantak pi le situ kan hahahaha tapi tahun lepas, masa PKP 1.0 tu, anak Sis yang sulung, dia DIY rak penyimpanan barang dapur Sis. Kejadian tu berlaku sebelum raya. 

Masa puasa tahun lepas tu, habis semua dia kombar segala laci dan segala barang dalam stor Sis, dia buang mana yang tak pakai dan kemudian, dia dengan Ayahnya ke IKEA membeli rak tu haaa..Mulanya hanya 2 sahaja di belinya, kemudian tengok masih ada ruang di tambahnya satu lagi sampai laa jadi sederet macamtu. 

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!


Rak hujung kanann sekali tu jangan tanya, tu semua barang Suami.. DI LARANG SENTUH.. 

Sebelum ada rak-rak tu semua, laluan tu memang kosong.. Freezer tu pun semua takde lagi.. so memang lapang kawasan tu.. itu yang dapat idea si anak tu, dia buatkan Sis rak penyimpanan di situ dengan persetujuan majoriti dari adik-adiknya dan juga Suami.. 

Yaaa.. Sis langsung tak amik post masa anak-anak semua siapkan rak penyimpanan tu. Sis hanya ikut membeli-belah di IKEA dan follow je laa apa yang mereka buat. Tau-tau dah siap jerr.. Mana-mana si anaknya beli, dia claim dengan Ayahnya... yang Ayahnya memang suka layan.. makanya penuh laaa semua rak dan bakul tempat penyimpanan barang dapur Sis.

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Tapi anak tak guna modal yang besar dan mahal pun. Rak IKEA tu pun kalau yang tau, terjual hanya RM79.90 sahaja di IKEA. Dan segala botol-botol untuk isi rempah dan tepung tu semua, anak beli di kedai ECO dan juga NINSO.. 

Sticker letak nama kat botol tu pun anak beli kat ECO. Masa tu tengah viral, memang ramai beli. Sekarang tak tau laa masih ada ke tidak jual sticker tu di ECO.. 

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Sama juga bakul-bakul bawang dan bakul-bakul makanan tu, semua anak beli di IKEA dan kedai ECO aje. Murah ajooo.. tak perlu nak modal besar sangat, janji barang tu boleh di gunakan untuk letak keperluan yang kita nak letak.. Jangan beli nampak cantik, bila dah ada, tak tau nak letak apa, bazirrr jer kann.. so beli murah, janji berguna.. 

Maggi tu nampak banyak, tapi stoknya berbulan nak habis.. sebab rumah ni jarang sangat makan Maggi, tapi saje beli buat stok emergency hehehehe.. 

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Jajan-jajan tu semua haaa korang jangan tak tau, banyaknya yang tukang topup beli Suami Sis. Dia memang rajin ke kedai Jajan di Pekan Masai tu, beli biskut untuk budak-budak kerja then sekali laa jalan nanti balik bawa balik jajan-jajan untuk rumahnya. 

Memang suka beli, then simpan stok macamtu, sebab biasanya time cuti adik-adik akan datang, so anak-anak sedara memang excited teruja kalau datang, terus tuju ke belakang mencari jajan hahaha.. tu sebab jajan atau biskut kat rumah ni tak pernah putus..

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Sama juga barang keperluan dapur lain. Makanan dalam tinnya, sos-sos dan kicapnya ke, semua beli stok lebih, senang nak guna ada. Dan yang paling gelihati, time berbelanja memang Sis akan amik semua keperluan, tapi bila sampai rumah, barang-barang semua anak akan kemas, so Sis memang tak tau mana yang banyak stok mana yang takde stok..

Sekali bila Sis mengemas haritu, makkk aii kemain banyak rempah-rempah dalam laci Sis tu hahahaha.. yang anak pun satu, takde bagitau Maknya rempah tak payah beli hahahaha.. so lepas ni kalau pi belanja, rempah tak payah beli.. dah banyak sangat tu haaa.. 

Ada juga yang tanya; 'Tak semak ke Sis letak di luar macamtu?'.. 

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Rak Penyimpanan Barang Dapur Aku Dah Macam Kedai Runcit!

Mula-mula siap, mata memang agak rimas, sebab semuanya tranparent nampak kann? Tapi bila kita kemas susun atur elok-elok, dan time nak masak pun senang nak amik dan capai barang, so lama kelamaan, kita akan suka. Jangan bila dah clear macamtu, ko sepah dan tak kemas, memang mata tu semakkk arr.. 

Lagipun situ tak menganggu pun keje Sis di dapur. Sis tak suka atas dapur kabinet banyak barang letrik di letak, sebab tu Periuk Noxxa dan Air Fryer tu Sis letak di rak tu.. baru senang hati nak masak kat dapur tu, hanya periuk nasi dan penapis Coway je yang di atas kabinet. 

Tapi ikutlah mata korangkan, semua orang tak sama, jenis Sis ni bukanlah rajin sangat.. yang banyak mengemasnya pun anak-anak aje.. Sis tolong sikit-sikit mana yang dah sedia ada.. kebetulan memang ada ruang, so kita pergunakan sebaik mungkin.. hehehee..

Okaylah tu je nak kongsikan.. kotlah beri idea kat korangkan.. dapur Sis biasa-biasa ajee.. janji berasap hahahahaha.. 


P/S: KPM tadi dah umumkan, persekolahan secara PDPR dilaksanakan selama 25 hari selepas cuti penggal tamat 13 Jun ini. Bertabahlah Mak-Mak dan Pak-Pak semua... 

17 comments:

  1. kalau rajin susun kemas macam ni memang cantik la mata yg memandang..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-korea-taxi-driver-2021.html

    ReplyDelete
  2. cantik susunan tapi macam ena ni tak suailah ada kang budak-budak ni main berselerak kat dapur.hehe. dapur ena memang masuk semua kat dalam kabinet je. siap lock. anak dah besar boleh la ikut style sis ni.

    ReplyDelete
  3. sis, jajan saya nak beli 10 bungkus ye,
    nnt masuk buku 555 tau hehehe :p

    ReplyDelete
  4. suka tengok macam tu sis.. mcm dlm pinterest je... angan² nk buat pantri mcm ni nnt bila dh ada umh baru.. skrg main letak dlm laci & cabinet je semua

    ReplyDelete
  5. Sangat memudahkan urusan harian kita di dapur. Jika perlu sesuatu just pick up sahaja dekat rak. Tambahan pula PKP 3.0 bukan boleh keluar selalu membeli barang kan.. :)

    ReplyDelete
  6. nampak tersusun. best la kalau ada ruang dapur yang luas. Ida masih memikir nak deko dapur macam ni. Sekarang nak cuba siapkan deco office dulu

    ReplyDelete
  7. It's good that you and your family are fully equip. Btw, I like the way you organise your things. Nampak kemas sgt.

    ReplyDelete
  8. Ye kak. Aku suka gini - senang nak nampak dan senang nak kemas kalau dah start selerak. Kalau bertutup, lagi2 daku bujang, mahu tahun depan baru tengok apa kat dalam tu hahaha

    ReplyDelete
  9. ada tengok sis post kat fb ritu, ya ampunnn inilah idaman setiap wanita hahaha alangkan rumah kecik je ni kalau tak dah buat camni

    ReplyDelete
  10. Hahaha... wah really macam macam ada looks like a mini convenient store already.

    ReplyDelete
  11. Best kalau dapat jadi jiran sis nih. Semua ada haaa , bolehlah jual yer kalau ada jiran memerlukan , jangan lupa amik untung . Kalau saya dengan kakak saya kira halal jer. ehehehe

    ReplyDelete
  12. Memnag tak nampak rimas sebb sis dh suusn elok mcm tu. Suka tengok.. Nad pun kemas macm ni isi jajan semua.. Hehee.. Brg dpur kat dapur semua

    ReplyDelete
  13. Kemah! Tengok rak Lin tu tetiba muncul rasa rajin nak masak sebab tengok semua bahan macam complete je situ hehe

    ReplyDelete
  14. Kak High 5. Style kita sama. Open Pantry gituh. Saya guna rak ikea yang warna grey. Ada 4 rak. Semua ku letak tersusun barang. Senang nampak. Hehehehe

    ReplyDelete
  15. Kalau banyak macam ni kemas tak apa sedap mata memandang tengok kemas jer senang nak cari kalau yang banyak pastu bersepah-sepah hurmm kita jadi serabut nak memasak hehehe bestlah dapur besar luas cantik lak tu...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.