BILA DATANG MOOD MALAS NAK MASAK, AKU BELI 'TAPAU' AJE


BILA DATANG MOOD MALAS NAK MASAK, AKU BELI 'TAPAU' AJE | Mood memasak ni memang pasang surut macam air laut, kejap tu, bila ada masa memang rajin laa nak memasak macam-macam, sampai tak muat meja, tapi kalau datang malasnya tu, lauk penuh freezer pun, kalau dah kata malas, memang nak masuk dapur pun malas... dasyat kan? Hahahaha...

Tapi dasyat-dasyat Sis ko, takde laa sampai Sis bior anak dan Suami kebulur kat rumah weiii.. at least ada gak fikir nak beli apa.. dah kata malas kan, so kita tapau aje laa.. 

Dan bila dah sesekali nak tapau tu, apalah salahnya kita makan makanan menu hotel kan. Lagipun agak rindu juga dengan buffet hotel, so bila kata certain hotel ada buat menu 'takeaway', memang tak lepaskan peluang laaa.. lagi pulak hotel yang biasa kita pergi makan, so memang dah tau sangatlah menunya tak pernah mengecewakan. So siapa kata time PKP tak boleh makan menu hotel? hehehe.. 

Baru-baru ini apabila kerajaan telah umumkan 'lockdown' bermula 1 hingga 14 Jun 2021, Cafe BLD di Renaissance Johor Bahru sekali lagi telah umumkan pembelian menu secara takeaway, pick-up atau melalui GrabFood akan di buka sepanjang tarikh tersebut. So sesiapa yang rindukan masakan hotel mereka, haaa bolehlah order secara online. 

Untuk kali ni, pilihan menu dia sangat banyak, berlainan dengan sebelum-sebelum ni. Dan bila Sis lihat pada senarai menu, mata terus terpandang menu kegemaran Sis yaitu Spageti Seafood Marinara tu.. perghhh kalau makan buffet di sana, memang bahagian seafood pasta dia tak pernah Sis miss ceduk, sangat fresh dan menyelerakan... 

Untuk kali ni Sis order 5 menu dari dalam senarai yang ada. Yaaa ada lebih dari 50 jenis menu yang boleh korang pilih.. dah macam buffet pulak kann, tapi ingat, Sis bagitau dulu, portion setiap bungkusan memang banyak okay.. so makan memang puashati sangat.. 

Meh tengok apa yang Sis order kali ni... 

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Seafood Marinara RM26.00 

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Penang Fried Char Kway Teow RM22.00 

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Tom Yam Seafood Fried Rice RM24.00

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Hakka Chicken Chp RM24.00 

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje

Homemade Pizza Beef Pepperoni RM24.00 

Bila Datang Malas Nak Masak, Aku Beli 'Tapau' Aje


Kesemua menu yang Sis, anak-anak dan Suami makan sangat menepati selera dan puashati. Suami yang cerewet bab makan pun boleh kata sedap, so memang sedaplah tu.. dah kata setiap bungkusannya banyak, so makan lunch membawa ke petang semuanya.. paling laku keras Pizza dia, anak-anak suka memang... cheese tarikkk hahahaha.. 

Time PKP ni, nak mencari makanan, memang mudah dan tak payah bersusah, kalau nk pick-up, korang order secara wahtsapp atau online, nanti tiba sana, hanya tinggal amik aje. Macam Sis, Sis pick-up je laa, lagipun jarak dari rumah Sis ke Renaissance Johor Bahru Hotel ni tidak lebih dari 10km pun, so masih tidak melanggar SOP yaa.. 

Masa amik makanan pun, korang tak payah turun, nanti siap, mereka akan datang ke kereta korang dah hulurkan makanannya.. so kita dapat jaga jarak kita. 

Makanannya pun masih panas lagi bila sampai rumah, kalau yang dah rasa suam-suam tu, apo le susah, panaskan aje semula dalam microwave.. but so far okay lagi.. cuma Pizza tu je laa, nak lagi sedap, memang korang panaskan laaa.. ianya akan melting lembut oiii cheesenya menarikkkk.. adeiii kecurrr.. 

Korang kena cuba! Selain boleh delivery atau takeaway, korang boleh juga order melalui GrabFood, bermula dari jam 11:00am to 8:00pm

Cafe BLD : +6073813322



P/S : Spageti Seafood Marinara dia memang sedap sungguh... sampai laaa ni terasa-rasa kesedapannya.. nanti nak order lagi lerr... 

22 comments:

  1. Nampak sedap semua makanan tu ha walaupun sedikit pricey kan...janji sodap..janji puas hati..

    ReplyDelete
  2. Amboiiii meriahnya menu tapau dia..haha..betul la sis ada masa mmg kadang cam x de mood nak memasak haha..mmg ada masa nak tapau je hehe

    ReplyDelete
  3. Wuii... nampak macam sedapp tuu... menarik sangat.. ahahaha... memang laa..nak2 BDR je skrg.. kita pun bosan juga asyik masak..masak sendiri.. makan sendiri.. tapau laa jawabnya sekali sekala

    ReplyDelete
  4. Aduhhh menggodanya semua menu tu kak oi... memang hari2 masak kadang bohsan gak

    ReplyDelete
  5. makan busat sungguh dia ni hehehe... :p

    ReplyDelete
  6. Hamboi... sedapnya semua makanan yang di tapau. Sekali sekala bila rasa malas menerjah, tapau penyelamat keadaan. Hahaha...

    ReplyDelete
  7. Nampak mewah betul spaghetti seafood marinara tu. Dengan cheese dia, dgn seafood yang besar2. Tak kedekut.

    ReplyDelete
  8. Bella pun dah lama tak memasak sis Lin. Order beli je. Aduhai. Bukan main sedap ye semua menu sis Lin order. Belnja kita tek? hehe

    ReplyDelete
  9. Tapau kau memang have-have ye Sis oii. Tapi Rawlins pun memang kerja menapau je - masak untuk sorang2 nie rugi kan hahaha

    ReplyDelete
  10. Bestnya kalau boleh order online... Tengok menu tapau ni pun meriah je... Kalau ada area kita mmg dh order tapau ni

    ReplyDelete
  11. aduhhhh kenapa la baca waktu malam ni, terliur2 tengok gambar makanan...

    ReplyDelete
  12. Saya pun sekarang ni lebih suka order sebab bukan sebab malas jer tapi lebih kepada nak membantu ekonomi peniaga. TAmbah pulak sejak sakit nih memang cepat letih jer buat kerja rumah , so jalan mudahnya order sahaja.

    ReplyDelete
  13. Ya allah sedapnya sis. Memang tengok gamabr pun dha tau sedapnya. dengan isi yang banyak, seafood tu i like. memang sesekali kita order je kalau malas masak

    ReplyDelete
  14. Tapau jer pun nampak sedap ni.. irresistible ni.. :) nampak tempting ye makan2 yang ada ni..

    ReplyDelete
  15. Wuuu tengok semuanya mengancam. Saya ni baru je nak start berasapkan dapur tau sis Lin, tengok awok punya post ni terus 50-50 nak masak ke nak order luar hihi

    ReplyDelete
  16. Sama lah sis kita pun memang kalau malas tu main order jer apa nak biar lah berabih sikit hehehehehe tapi yang ni melampau sedap nya tak order untuk kita nak juga wakakakaka..

    ReplyDelete
  17. Setuju kak! Sesekali memang mood mala's masak tu Sayang. Apa pun tak boleh. HAhaaa
    Akak order tu semua nampak sedap. Rasa macam tak cukup satu. HAhaaa

    ReplyDelete
  18. Oh yumsss! I pun macam ni. Kalau tak ada time nak masak i just order online or tapau jer.

    ReplyDelete
  19. Wah...kalau sedap macam ni, setiap hari pun saya akan tapau...haha

    ReplyDelete
  20. Apa ni kak.. Dah la saya tengah malas nak masak ni... Nk tapau jugak lahhhhh...

    ReplyDelete
  21. same same , this happens to me too, at times just call food delivery. thanks for this, adding to my tapao listing. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  22. Food delivery ni sangat membanru kan especially musim pandemik malas nak masak. Saya pun selalu order.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.