KES TERTUKAR ANAK SITI JAMUMALL JADIKAN PENGAJARAN BUAT IBU-IBU SELEPAS BERSALIN

KES TERTUKAR ANAK SITI JAMUMALL JADIKAN PENGAJARAN BUAT IBU-IBU SELEPAS BERSALIN | Semalam kecoh di laman sosial facebook bila Siti Jamumall.Com buat live sebaik aje dia sampai di rumahnya semalam selepas 'check-out' dari hospital bersalin swasta di Shah Alam. Nak di jadikan cerita, Sis salah seorang yang mengikuti live tersebut sebab terkejut dengan caption live Siti 'Ya Allah balik hospital baru perasan baby tag nama ibu lain', kau ngase???..

Mengigil juga membaca dan mendengar kisah realiti yang berlaku pada Siti ni. Memang betul kata dia, biasa kita ni tengok cite Sinetron, tapi ini kali benar terjadi kepadanya.. tak ke seribu rasa perasaan tu sebab kita tau itu bukan anak kita, dan di mana pulak anak kita? allahuakbar...

Fahamannya Sis mengenai kejadian tertukar anak Siti ni macam ni.. 


Siti melahirkan anaknya jam 2am pagi lebih kurang macamtu, dan Siti juga Suaminya memang melihat wajah anaknya pertama kali ketika itu, setelah itu dia berehat. Kemudian jam 8am ketika Siti ingin melihat anaknya, Nurse datang membawa baby boynya, tetapi Siti agak rasa lain bila melihat wajah anaknya dan rasa detik hati itu bukan anak dia tapi memandangkan nama pada katil babycoat tu adalah nama Siti, so dia dan Suami mengiyekan aja, takkan laa nak kata 'itu bukan anak aku' kan?... 

Kemudian malam tu setelah pulang ke rumah, Suami Siti ingin memotong tag nama di kaki anaknya, sebelum membuang tergerak Suaminya lihat dan baca nama pada tag kaki anaknya dan ternyataaaaa... nama ibu itu bukan namanya Siti... tentulah mereka Suami Isteri terkejut kann.. tak dia, kita punn, mau menjerit pitam kalau Sis oii...

Nama ibu pada tag kaki anaknya Diana Bt Abdullah tak silap Sis semalam Siti sebut tapi anak tetap sama jantina seorang lelaki, cumanya anak Diana yang Siti bawa pulang tu lahir pada 10 Jun, tapi Siti melahirkan anaknya pada 11 Jun.. ishhh Sis dengar ceritanya Siti tu mengigil sampai mengalir airmata, kesian Siti, tak boleh bayangkan jika dia tak ketemu anaknya.. sedangkan anak yang dia bawa balik tu dah jadi ibu susuan dia dah, kenyang susu dah Siti susukan.. 

Ketika live tu, Sis pun tak tau laa mana silapnya, nak tuding memana pun ketika tu tak tau lagi kesudahannya.. 

Pihak Siti dah call hospital dan mereka suruh datang hospital malam tu juga dan bawa sekali anaknya untuk buat DNA. Sampai hospital, Siti tetap buat live juga, tapi dia menunggu dalam kereta, tiba-tiba dalam live tu Suaminya beritahu keputusan DNA tu memang benar, itu bukan anak Siti dan Suaminya.. sedih Siti masa tu menangis diaaa... dengan Sis sekali menangis.. 


Kemudian dalam pada menunggu tu.. Suami Siti call Siti, bagitau anak kandungnya ada di hospital bersama ibu jagaannya yang bernama Diana tu.. rupanya Diana tu pun bila dapat tau, itu bukan anaknya, mereka pun terus ke hospital bawa anak Siti tu.. 

Setelah itu Siti bergegas turun dari kereta masuk ke hospital, dan live terus stop macamtu aje... 

Sis tetap menunggu sambungan kisah live seterusnya dari Siti.. duk fikir macam manalaa tu.. dapat ke Siti jumpa anak dia, kesian kepada kedua ibu yang memasing menyusu, beri kasih sayang walau sekejap... dah le Diana tu anaknya yang sulung, kan sedih kann, dah ingat itu anaknya sendiri huhuhu. 

Dalam jam 11pm lebih baru Siti sambung live sudah berada di rumah, dan bagitau bahawa anaknya sudah ada pada dia, alhamdulilah.... Diana tu pun sama juga, dapat ketemu anaknya dan selamat bawa pulang anak kandungnya sebenar... ishhh bukan memain okay kes tertukar anak ni.. tu pun ada juga yang nak kecam time live, ermmmm... 

Takut tauuu jadi kes macam ni, tu nasib baik Suami Siti tergerak nak baca tag nama anaknya, kalau Suaminya terus buang aje? Sampai bebila mereka tak tau anaknya tertukar dan itu bukan anak kandung sebenar, Allahuakbar... 

[Jika ada salah fakta di atas, mohon maaf, Sis menulis atas fahaman Sis aja]. 


Pengajarannya di sini... 

Buat ibu-ibu selepas bersalin, pastikan DOUBLE check nama dan identiti anak/ibu pada tag anak, kalau boleh lihat sendiri ketika nurse pakaikan tag tu di wad melahirkan tu, then check lagi sekali ketika menerima anak di tangan, jangan hanya lihat pada nama di babycoat hospital tu aje.. kang jadi kes macam ni laaaa.. 

Zaman 90an ketika Sis melahirkan ketiga-tiga anak Sis di HSA dulu, masa nak balik, Nurse yang akan sebut dan potong tag nama ibu dan anak depan kita, then tag nama tu memang tidak di bawa balik.. sekarang lain sudah kann.. so korang kenalah berhati-hati ya... amat menakutkan ibarat mimpi ngeri weiiii kalau benar terjadi.. 

Korang kalau nak ikuti perkembangan seterusnya kes Siti Jamumall ni, korang boleh ke Facebook Pages mereka Jamumall.com .. dengarnya mereka dah buat laporan polis dah.. 


P/S: Kalau kena kat Sis.. adoii memang meroyannn dahhhh.. hilang akal sesilap oiii... huhuhu :((

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post