PESAN BUAT HATI AGAR TIDAK KECEWA LAGI


PESAN BUAT HATI AGAR TIDAK KECEWA LAGI | Tiberr plak tajuk meruntun jiwa ekkk.. sesekali kita bermadah helah leee sikit, asyik duk cite pasai makan aje, kang tengok makanan pun boleh naik berat hahahaha.. dipendekkan cerita, Sis ni dulu kann, masa sekolah, boleh di katakan 'master' dalam penulisan 'puisi', tapi tu duluuu, maklumlah amik aliran Sastera kan, dan Cikgunya pulak penerbit dan penulis lagu Ly & Baiduri tu, mana tak muridnya pun boleh menulis puisi hehehe.. 

Dulu takde blog, hanya menulis dalam diari aje. Penuh diari Sis dengan penulisan madah dan puisi, kadang sajak. Pernah sekali terkantoi dengan arwah Abah, diarinya lupa nak simpan nak sorok, kemudian balik je sekolah, arwah Abah perli dengan bercakap apa yang Sis tulis, tak ke gelakk semua orang dalam rumah. Siap arwah Abah kata, 'Jiwang juga anak Abah', hahahaha.. 

Lepas dah kahwin, masih juga simpan diari tu semua, dan masih menulis gak.. tapi lepas berpindah rumah ke dua kami, kotak-kotak yang simpan diari tu habis kena buang sebab basah kena air hujan masa naik lori, ermmm nak nangis pun ada tapi takpelah, mungkin cukup setakat itu sahaja. 

Fikir dah ada anak, dah sibuk, dah berkahwin, nak madah-madah pebendenyaa.. hahahaha so simpan aje laa semuanya kenangan dalam kepala. Ingat nak sambung balik menulis, tapi dah tua ni, nak menulis balik, ermmm idea tu on off, ada masa datang, ada masa takde, nasib baik ada blog, so menulis aje laa di sini.. 

Dan sebab itu Sis suka membaca website yang menulis madah dan puisi, lagi-lagi tentang hati, syahdu sangat.. dan ada kalanya, setiap baris ayat tu, ada kena mengena dengan kita.. arghhhh rindunya nak menulis semula.. 

Pesan Buat Hati Agar Tidak Kecewa Lagi

Pesan Buat Hati

Wahai hati..
Semoga kau sentiasa berada dalam keadaan baik, 
Semoga kau juga sentiasa dijaga dengan rapi dan sempurna,
Semoga kau terus kuat dan tabah,
Kau nilai berharga yang tiada ganti.. 

Kau hati yang sangat kuat, tidak kira apa sahaja dugaan yang kau hadapi dan kau masih mampu untuk kuat dan redha dengan apa yang terjadi.
Kau juga sangat bahagia. Bahagia disamping orang orang yang baik . 
Bahagia dengan orang yang sentiasa menjaga kau tidak kira apa situasi. 

Semoga terus bahagia wahai hati,
Lupakan segala kisah silam yang pernah kau lalui,
Maafkan segalanya dan berikan ruang dan peluang kerana manusia itu tidak lari dari dosa. Mereka berhak untuk merasa sebuah kemaafan dari kau. 

Wahai hati..
Semoga kau juga sentiasa menyayangi diri sendiri sama seperti orang lain.
Kau berhak untuk merasa kebahagiaanmu wahai hati.

Andai kata suatu hari nanti kau terluka lagi, ingatlah kau tiada pilihan selain daripada kuat dan redha. 
Kau sentiasa ada Tuhan yang berada disamping kau setiap masa. 
Percayalah pada Dia, Dia yang memberi kau kebahagiaan, dan kerana Dia-lah yang merawat hati walau hatimu terluka berkali-kali. 

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.


P/S: .... takkan pernah aku lupakan kekecewaan itu... takkan pernah!!

4 comments:

  1. ako tumpang menikmati madah ko ni..

    ReplyDelete
  2. Wah, mantap. Mengapa tidak kalau Sis nak mula semula.

    ReplyDelete
  3. tak reti langsung nak berpuisi atau bermadah madah ni.... kalau pantun ok sikit la

    ReplyDelete
  4. Wak puisi apa pun semua ke laut

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.