RESEPI KETAM NIPAH MASAK LEMAK CILI API


RESEPI KETAM NIPAH MASAK LEMAK CILI API | Tak habis-habis kan Sis ko dengan ketamnya hahaha.. iyerr dah rezeki Suami bawa balik sekali lagi, dan mungkin akan ada lagi hahaha, so apalagi, kita masak aje laa.. dan ini kali sebab dah buntu sangat tak tau nak masak apa dah Ketam Nipah tu, so Sis amik keputusan, Sis masak Ketam Lemak Cili Api yang pedas berapi, tapi sedap menjilat jari hahahaha...

Bila Suami bawa ketam nipah saiz besar gini, memang dah berapa kali dah dalam kepala nak masak lemak cili api, tapi majoriti dalam rumah ni semua kurang setuju huhuhu.. so kita sebagai tukang masak, akur aje laa kann, kena ikut majoriti semua nak masak apa ketamnya..

Masak Chili Crab pun sudah, di masak Salted Egg Crab pun sudah, masak Blackpepper pun sudah, so ini kali Sis ikut kata tekak Sis, Sis masak Ketam Nipah Lemak Cili Api hahahaha.. Bila Emaknya dah masak kann, so semua bedal aje laaaa hehehe.. 

Jom lihat resepi mudah lagi sedap Resepi Ketam Nipah Masak Lemak Cili Api yang Sis masak follow resepi Che Nom kita.. memang tak pernahnya tak sedap kalau resepi Che Nom ni okay.. 


Resepi Ketam Nipah Masak Lemak Cili Api

Resepi Ketam Nipah Masak Lemak Cili Api

Resepi Ketam Nipah Masak Lemak Cili Api 
Resepi Asal : Che Nom 

Bahan-Bahan:
  • 3 ekor ketam segar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit belacan

Resepi Ketam Nipah Masak Lemak Cili Api

Resepi Ketam Nipah Masak Lemak Cili Api

Cara Memasaknya :
  1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.


P/S: Kali ni betul-betul punya puas makan ketam, dengan Suami Sis sekali berebut dan mengepit kaki ketam dengan anak-anaknya hahahaha.. 

5 comments:

  1. SA x pernah lagi masak ketam nipah masak lemak cili api..nampak macam menarik jer sis...nak kena beli ketam nipah la nampaknya ni

    ReplyDelete
  2. Memang fav ketam ni masak lemak kan, baru terasa kuah tu meresap kat isi ketam. Akk belum try lagi ketam nipah masak cam ni, salu mmg blackpepper atau chili crab jer

    ReplyDelete
  3. Perghhh ni klu duduk ngan ko, mau berat bertambah2 ni ����

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sis, ni kalau makan sekali hadap je nihh

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.