DAH SELAMAT KERAPU BARA TU AKU CILIKAN


DAH SELAMAT KERAPU BARA TU AKU CILIKAN | Alhamdulilah 3 ekor Ikan Kerapu Bara yang Suami dapat hasil memancingnya, sekornya dah selamat Sis cilikan. Yaa tanya majoriti dalam rumah ni termasuk Suami, semuanya sepakat suruh Sis goreng garing then masak tumis cili aje. Bukan masak berlado yee tapi ini cili api semata, ko ngase? Hahahaha.. 

Alhamdulilah, dah selamat kerapu bara tu Sis cilikan. Sehari-sehari duk mikir bilalah nak masak kerapu bara tu. Nak masak kena tunggu Suami ada, sebab itu ikan kesukaan dia dan ikan paling TERmahal yang dia dapat tangkap. Bukan sekor, sampai 3 ekor plak tu.. pecah rekod memancing buat diri sendiri katanya..

Nak memotongnya pun jenuh oii.. Biasa Sis akan hantar kedai aje untuk minta potongkan, tapi ni dah PKP, malas nak ke kedai, so kali ni Sis gigih memotongnya sendiri.. nasib baik tak terpotong jari sendiri huhuhu.. Sis potong-potong simpan dalam bekas masuk freezer, so nak masak senang keluarkannya aje. 

Dah Selamat Kerapu Bara Tu Aku Cilikan

Kalau mula Suami bawa balikkan, kulitnya kemain merah ko, ni sebab dah masuk freezer dan dah rendam dek air, tu yang merah kulitnya berkurang, lagipun dah buang sisik tu haa.. kalau tak ada le nampak merah-merah macam kena ruam kulit hahahah..

Agak geli sikit nak memegang kulitnya, lembik kenyal tu macam ibarat badan ulauuu...uiii serammm woiiii.. kena gelak dek Suami je aksi Sis kat dapur.. Suami hanya bantu Sis masa nak potong keping-keping tu jee dengan tang kepala tu.. lain semua Sis buat.. alaa dah biasa dahh dengan ikan-ikan ni, tu kira saiz kecik, ada lagi besauuu dari ni Sis nyiangnya tau hehehehe.. *eksenn pulak ekkkk.. 

Dah Selamat Kerapu Bara Tu Aku Cilikan

Dah Selamat Kerapu Bara Tu Aku Cilikan

Perghhh terliur pulak nengoknyaaa... 

Sis hanya masak kepingan isinya aja, tang kepala dan ekornya Suami kata simpan, nanti masak kari aje sedap.. So dapatlah 4 kepingan isi kerapu bara tu untuk Sis masak Cili Pedas. Tak susah resepinya, senang aje, kepedasan tu ikutlah suka level mana ko nak buat.. yang penting, cili kena masak betul, 'tumis lima kali' bak kata Kak Yatie Kitchen dan pastikan garing dan masak betul.

Kalau tidakkkk... esoknya 'jamban' jadi rumah kedua ko lerrr hahahahaha.. so far, alhamdulilah, kami makan dan tidak mendatangkan mudarat pada perut hehehehe.. 

Cuma... kalau nak sedap, bahan cili, bawang besar, bawang putih, halia dan sedikit belacan tu, korang kena guna chopper, jangan blender, kalau blender ianya akan halus sangat. Sis memang guna mesin chopper, atau kalau ngajin, ko cincang.. atau ko tumbuk, lagi sedap... 

Tapi malas weii nak menumbukk.. guna chopper aje, dan hasilnya akan dapat kasar-kasar macamtu.. haaaa baru sedap.. Kasi tumis-tumis sampai betul garing dan masak, kemudian nanti masuk air asam jawa, gula sikit, garam dan serbuk perasa, haaa barulah hidang. 

Kuah cilinya bergantung pada sukahati korang.. nak kering boleh, nak berkuah pun boleh.. janji cili tu benar-benar masak.. faham kann?.. 

Next.. Kari Kepala Ikan Kerapu le kita ekkk.. hehehehe.. 


P/S: Masak Cili tu kalau lebihkan kuah cilinya, esoknya ko pecahkan telur dalam cili tu, then makan dengan lempeng, perghh sedap oii.. 

8 comments:

  1. sedapnya masak cili. eca kalau ikan2 gni bg kaklong yg masak. xreti masak ikan besar2. plg2 eca leh buat, buh dlm oven, kita bakoooo.

    ReplyDelete
  2. sedapnya masak cili. eca kalau ikan2 gni bg kaklong yg masak. xreti masak ikan besar2. plg2 eca leh buat, buh dlm oven, kita bakoooo.

    ReplyDelete
  3. Kesian dia kena cili
    Tapi sedap sangat nengok

    ReplyDelete
  4. Aaaa.. memang remang bulu roma kalau pegang badan kerapu ni, huhu

    ReplyDelete
  5. Cili kasar kasar macam sedap jugak dimakan . Ikan pun nampak fresh

    ReplyDelete
  6. perghhhh rindu nya nak makan ikan kat umah ko dulu tu hahaha..
    ntah bila la dapat merasa masakan ko lagi kan...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.