KERJASAMA iQiyi DAN CITF SEMPENA KEMPEN iQiyi BERSAMA RAKYAT MALAYSIA


KERJASAMA iQiyi DAN CITF SEMPENA KEMPEN iQiyi BERSAMA RAKYAT MALAYSIA | Peneraju penstriman hiburan Asia, iQiyi berganding bahu dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memperkasakan usaha imunisasi dalam menyokong agenda Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu mensasarkan pencapaian 70-80% imuniti kelompok pada penghujung 2021.

Menerusi program ‘iQiyi Bersama Rakyat Malaysia’, iQiyi akan bekerjasama dengan CITF melunaskan langganan VIP iQiyi bernilai RM1.5 juta kepada orang ramai di seluruh negara yang telah divaksin. 

Kerjasama iQiyi dan CITF sempena kempen iQiyi Bersama Rakyat Malaysia.

Dengan lebih 3,000 kandungan Asia di platform iQiyi International diberikan secara percuma, iQiyi melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyokong CITF bagi mendorong peningkatan pendaftaran dan kadar kehadiran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui sokongan dan inisatif berasaskan ganjaran di seluruh tanah air.

Mengulas kerjasama ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata: “Aspek penting bagi membendung penyebaran COVID-19 adalah kerjasama. Gandingan padu pihak kerajaan dan swasta dapat menyebarkan mesej yang kuat dan jelas bahawa semua pihak memainkan peranan dalam mencegah penyebaran COVID-19 dan mempromosi kesedaran awam mengenai vaksin COVID-19.”

Khairy turut menegaskan bahawa CITF telah memperluas usaha imunisasi secara signifikan dengan memastikan akses kepada lebih banyak dos vaksin yang akan membolehkan bekalan mencukupi di seluruh negara. Pelaksanaan vaksinasi COVID-19 adalah disokong dengan membuka lebih banyak PPV termasuk PPV mega yang mempunyai kapasiti lebih besar untuk memberikan ribuan suntikan setiap hari dalam masa beberapa minggu akan datang. 

Selain itu, PICK turut disokong oleh program pemberian vaksin yang disediakan menggunakan kemudahan pandu lalu.

Kerjasama iQiyi dan CITF sempena kempen iQiyi Bersama Rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata: “Kami tahu betapa sukarnya tahun lalu bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan CITF dengan menghadiahkan langganan percuma kepada rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin COVID-19. Kami ingin menghiburkan orang ramai dengan kandungan hebat Asia ketika mereka berada di rumah seterusnya menjadikan masa yang diluangkan sepanjang PKP 3.0 terasa lebih seronok dan tidak membosankan.”

Untuk butiran dan maklumat mengenai tawaran serta cara menebus baucar, log masuk ke: https://iqiyibersamarakyat.com/ 


P/S: Sejak-sejak ni memang rajin juga Sis nengok movie dalam iQiyi ni.. cuma rimas dengan ads dia, ermmmm... 

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.