BETUL KE, MAKAN VITAMIN C BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG?


BETUL KE, MAKAN VITAMIN C BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG? | Korang ada dengar mengenai hal seperti tajuk yang Sis tulis tu? Fakta atau auta?. Jika ada yang bertanya, Sis sendiri pun takde 'bukti' atau fakta yang nak Sis huraikan, tapi tadi pagi, terbaca pula huraian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai pengambilan Vitamin C ni. 

Dalam kehidupan harian Sis, memang rutin pagi, Sis akan amik Vitamin C sebiji sehari. Yaa sebiji aje, malam Sis tak makan ubat tambahan apa-apa sebab malam Sis ada makan sebiji ubat hospital untuk tekanan darah tinggi dan juga kolestrol Sis. So memadai laa malam hanya Sis makan ubat hospital, taknak terbeban sangat tekak ni nak menelan banyak ubat hahahaha.. 

Jamu? Maaf, Sis bukan 'kaki jamu'.. kecuali makan jamu ketika dalam pantang bersalin aje. Sis lebih banyak amalkan makan pil makanan tambahan aje.. itu pun 'jika perlu' sahaja.. so far kesihatan terkawal, alhamdulilah.. 

So jom baca perkongsian dari Dr Zubaidi ni mengenai pengambilan Vitamin C secara berterusan.. Baca dan FAHAMkan.. 


Betul Ke, Makan Vitamin C Boleh Merosakkan Buah Pinggang?


Penggunaan vitamin C telah diterima dalam dunia perubatan sebagai suplemen. Maknanya kalau tak cukup dari pemakanan, ambillah yang dijual dalam bentuk cecair, softgel, kapsul atau pil. Berlambak di farmasi. Mintalah nasihat dari pegawai farmasi.

Untuk menjadikannya sebagai rawatan, perlulah kendalian profesional kesihatan. Sebab selalunya dos yang digunakan agak tinggi.

Sepanjang pengalaman saja, ramai yang mendapat manfaat jika vitamin C diambil secara solo atau digabung dengan beberapa makanan (seperti minyak zaitun), herba (seperti Kacip fatimah) dan vitamin dan mineral lain. 

Vitamin C larut dalam air dan maksima dos yang selamat adalah 2000mg. Penyerapan vitamin C laju jika diambil pada dos sehingga 400mg. Jika ambil lebih 400mg, penyerapan semakin perlahan sehingga dos 1000mg, ia tidak diserap lagi.  Jadi ambil vitamin C sehingga 1000mg masih okay. 


Sebab itu di farmasi rata-rata jual vitamin C 1000mg. Kalau bahaya pada ginjal (buah pinggang) tentu dah lama farmasi kena serbu. Tak pernah pun ada kenyataan rasmi mengatakan 1000mg ini bahaya. 

Paling teruk pun kesan sampingannya adalah membentuk batu karang terutama pada mereka yang tak cukup minum air dan yang ada masalah ginjal. Itu pun sebab ambil dos tinggi untuk berbulan-bulan. 

Kalau ambil 1000mg tak bahaya pun kerana keperluan vitamin C sangat tinggi dalam tubuh terutama wanita hamil, pesakit kronik (metabolik, autoimmune dsn kanser) serta perokok. Tahap vitamin C dalam tubuh merosot dgn cepat keesokan harinya.

Jadi ambillah vitamin C dari makanan. Jika kita jenis tak suka makan buah dan sayur, memang kena ambil suplemen vitamin C. 



P/S: So korang, jangan tidak untuk amalkan pemakanan Vitamin C dalam kehidupan seharian okay.. brand apa tak kisahlah, janji ada makan.. 

4 comments:

  1. Makan vitC jgn terlebih sangat dan kena byk minum air masak ...

    ReplyDelete
  2. Saya ambil yang 500mg. Sebab jenis kurang minum air. Lagipun kalau makan yang 1000mg sehari, cepat pening kepala.

    ReplyDelete
  3. Boleh nak konsisten vita c . Tapi perlu minum air masak dengan banyak .

    ReplyDelete
  4. Saya pun makannn tapi makan yang 100 mg aje, tak payah makan yang sampai 1000 mg sebab boleh bagi kesan lain pulak dengan buah pinggang kita kan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.