3 MAKANAN TAMBAHAN INI YANG AKU MAKAN DAN AMALKAN HARI-HARI


3 MAKANAN TAMBAHAN INI YANG AKU MAKAN DAN AMALKAN HARI-HARI | Kang ada plak pertanyaan yang bertanya, '3 ini aje ke?', hahahaha oii makan 3 tu pun dah cukup bagus dari takde langsung okay!. Jadilah sebagai kita ni menjaga kesihatan kita dan ada ubat untuk mencegah. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat ya. Ingat tu!. 

Tapi ikutlah memasing punya body dan antibodi, kalau korang rasa dah cukup sihat, makan minum pun jaga, bersenam dan kesihatan semua baik, kira 'bonus' laa buat korang, so tak payahlah bersusah nak membeli makanan tambahan ya. Ye laa kang ada pulak yang kata, tak mampu pulak nak membeli semuanya. Hurmmm.. 

Ni Sis kongsi atas apa yang Sis amalkan je, dan bukan review dari memana pihak yaa. Kalau ada pun Olive Oil tu sebelum ni Sis review, tapi Sis terus amalkan dan sentiasa tak putus untuk makannya. Sebab dah serasi dan sesuai dengan Sis, makanya laaa Sis teruskan mengamalkannya untuk pemakanan tambahan seharian. 

3 Makanan Tambahan Ini Yang Aku Makan Dan Amalkan Hari-Hari

Sebenarnya banyak makanan tambahan yang boleh kita beli dan makan, cuma antara sesuai dengan kita atau tidak aje. Tapi macam mana nak tau sesuai ke tidak? Kalau untuk Sis, yaaa Sis akan tanya Doktor peribadi Sis dulu, boleh atau tidak Sis makannya, jika katanya 'tidak perlu', memang Sis tak beli, tapi jika dia kata, 'Terpulang', so memang Sis akan cuba beli dan makan.

Brand tak kisah, tapi biasanya mestilah kita nak brand yang rating dia tinggi kan yang orang selalu beli, makanya laaa Sis amik brand Blackmores. 2 makanan tambahan yang Sis beli dari nama Blackmores ni, adalah; Lecithin - Dietary Supplement dan juga Fish Oil. 

Apa bagusnya keduanya ni? 

3 Makanan Tambahan Ini Yang Aku Makan Dan Amalkan Hari-Hari

Untuk Lecithin - Dietary Supplement tu, ianya bagus untuk memecahkan lemak, bertindak sebagai "pembersih" salur darah, menurunkan kolestrol. Menjaga kesihatan hati dengan menghalang enapan lemak pada hati, serta membantu memulihkan kesihatan hati bagi orang yang menghadapi masalah kesihatan hati. Kandungan soya dalam lecithin membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit dan menjadikan kulit lebih cantik dan gebu, mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya membantu melambatkan proses penuaan. 

Untuk Fish Oil pula, ianya membantu kesihatan jantung, mata, otak, kulit serta mengurangkan keradangan. Ia diekstrak 100% dari ikan liar dan terbukti secara klinikal bebas daripada merkuri, dioksin dan PCB. productnation.

Sebenarnya banyak lagi khasiatnya, tapi Sis buat secara ringkas je laaa, kang pepanjang dah macam farmasi pulak kann hahaha.. Korang nak tau lebih banyak, silalah gugel yaaa.. Jangan malas!. 

Dan satu lagi makanan tambahan yang Sis makan adalah ... 

3 Makanan Tambahan Ini Yang Aku Makan Dan Amalkan Hari-Hari

Yaaa Olive Oil dari Inchaway yang pernah Sis review dan sekarang Sis amalkannya. Sebab utamanya Sis sukakannya adalah; pembuangan air besar Sis jadi lawas dan mudah. Sangat-sangat membantu!. Memang Sis idok laaa minumnya hari-hari, kira berselang hari juga laaa atau kekadang tu, rasa perut tak sedap aje, barulah Sis minum, sebab harga dia boleh tahan juga mahalnya hehehe.. 

Rasa dia pulak memang agak 'sukar' nak menelannya, tapi khasiat sangat bagus! Rata-rata testimoni yang dah amalkannya memang semuanya kata bagus dan yang bestnya, ramai pulak dah 'slim' bila dah lama amalkannya, Sis ko jugalah yang tak slim slim..hahahaha weyyyy ada aku kesah! hahahaha.. 

Khasiat Inchaway ni korang boleh bacalah posting yang Sis dah tulis tu ya. 

Okay ini sajalah perkongsian Sis kali ini. Buat masa ni, inilah 3 makanan tambahan yang Sis makan dan minum hari-hari. Nanti kot ada tambah lagi, Sis update lagi ya. 

So korang, apa makanan tambahan yang korang makan/minum amalkannya? Kongsilah, kotlah ada yang nak mencubanya kan.. Tapi ingat, jika tidak sesuai atau mendatangkan kemudaratan buat korang, sila berjumpa Doktor ya. 


P/S: Psttt nak awet muda? Minum je kopiO hari-hari hahahaha.. nak tambah gula ke tidak, suka hati ko! Hahahahaha.. 

17 comments:

  1. akak ada minum jugak olive oil (olive plus), memang rasa dia tak boleh pergi, standby air oren kat sebelah, hahaha.

    kalau suppliment lain mmg tak ambil kecuali vitamin C (Berroca atau Redoxon), ni memang wajib ambil hari2

    ReplyDelete
  2. kita memang perlu ada supplement harian untuk topap apa yang kurang dalam badan. vitC n BComplex slalu gak makan. saya x konsisten ikut kerajinan. hehe..

    ReplyDelete
  3. supplement mmg penting kan utk jaga dalaman badan kita, tambah2 skrg ni pemakanan mcm byk kimia saja :(

    ReplyDelete
  4. Jenama Blackmores ni memang terkenal bagus walau pun agak mahal sikit tapi utk kebaikan apa salahnya berbelanja lebih sikit kan?

    ReplyDelete
  5. Suka jugak amek Lecithin & Omega Guard. Cuma brand je lain xD

    ReplyDelete
  6. SA sendiri amalkan pengambilan supplement ni...memandangkan dah berusia kan..lagipun SA mmg pentingkan supplement sebab SA ni suka pi hiking..bila hiking nak kena sihat dan fit...at least xde la pewai naik gunung...kan?

    ReplyDelete
  7. Last time I used to take Blackmores too. But now I only do Berocca. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. Teringin nak try lecithin tu. Sekarang makan vitamin c je lepastu tengah pregnant makan obimin. Masih survey lagi vitamin sesuai untuk makan pregnant ni

    ReplyDelete
  9. I take blackmores supplements too. But depends on mood also la. Lazy at times

    ReplyDelete
  10. Rawlins pun amalkan fish oil tu sebab khasiat untuk sendi (almaklum usia nie lanjut). Beli botol paling besar masa sales hari tu hahaha

    ReplyDelete
  11. Saya pon makan suplement dari jenama yg sama, memang bagus blackmores fish oil ni sangat membantu kesihatan sy yg mudah letih dan lesu

    ReplyDelete
  12. Saya amalkan fish oil. Vitamin C pun ambik jugak kadang2, bukan sebab tak suka makan sayur, tapi rasa macam tak cukup je.

    ReplyDelete
  13. Dulu rajin amalkan Fish Oil juga.. dah stop for awhile dah ni.. kena start balik untuk penjagaan organ2 penting kan.. Menarik juga produk ketiga.. siap ada macadamia oil ... For me, I ambil Vit C jer skrg..

    ReplyDelete
  14. Sekarang supplement dah menjadi satu keperluan. Tak cukup dengan makanan yang kita makan

    ReplyDelete
  15. suzie pn amik nie jugak..bgus utk kesihatan..lagi2 kita makan mknn berminyak..hope terus istiqamah & jaga kesihatan

    ReplyDelete
  16. dengan situasi sekarang memang kita perlukan makanan tambahan. untuk tingkatkan immune badan dan kekal sihat.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.