SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI


SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI | Sekejap rasa dah hari Jumaat ya, macam rasa baru aje hari Isnin. Realitinya, masa pantas betul berlalu, pejam celik siang malam, taunya dah Jumaat. Dan pagi ini seawal jam 7am di Pasir Gudang hujan turun mencurah-curah, sejuk dan nyaman aje, sampaikan Suami jadi malas nak pergi kerja tadi hehehe.. 

Harini aktiviti Sis agak santai-santai aje, sebabnya semua kerja dah settle semalam. Ni pun sambil menaip, secawan Kopi Badang ada di tepi ni haaa. Menu nak masak plak harini atas permintaan semua, Sis akan masak petang aje sebab anak-anak minta masak Pasta Seafood. Lauk untuk Suami pula katanya tak kisah, so senanglah kerja Sis hehehe.. cuma sekejap lagi nak membaking, nak buat Muffin Cupcake Cokelat. Tapi tengok mood laaa, kalau rajin hahahaha..

Tekak pun macam nak makan Apam Kampung, bahan semua ada kecuali kelapa parut, fikir nak pergi ke kedai tu, ermmm tengoklah macam mana nanti, ingat nak kirim suruh anak belikan aje terlanjur balik kerja kang. Seriau nak ke kedai dan nak berdepan dengan orang ni.. 

So korang sarapan apa pagi ni? Sis pun belum ada idea ni, baru bancuh Kopi Badang aje, ingat nak celup biskut lemak je, pun sedapkan.. 

Okaylah nanti sambung, Sis nak makan sarapan dulu sebelum Kopi Badangnya sejuk. Time hujan ni jangan lupa tau korang, angkat tangan dan berdoa sebanyak mungkin. InsyaAllah doa ketika hujan ni Allah makbulkan...aamiinn.. 

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Hadis - Solat Jumaat
Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya."

Hadis - Kelebihan Hari Jumaat
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik hari jumaat yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari inilah Nabi Adam AS dicipta dan pada hari ini juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini juga ia dikeluarkan daripada syurga."

Hadis - Jumaat Penghulu Segala Hari
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."

Doa buat semua : 

Ya Allah.. 
Jadilanlah pagi ni pagi yang membuka PINTU REZEKI buat kami, 
Pagi yang penuh KETENANGAN, 
Pagi yang memudahkan segala URUSAN kami, dan 
Pagi yang penuh KESABARAN dan KEKUATAN, dan 
Akhiri hari ini dengan SENYUMAN, KEBERKATAN dan KEBAIKAN.. aamiin..

Jangan lupa korang baca surah Al-Kahfi ya.. 
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari .. 


P/S: Sudah tiba masanya, aku 'delete' semua .. :(

10 comments:

  1. Kita sarapan maggi ngan the old town jer, malas nak keluar cari sarapan.

    Salam Jumaat, Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hujung minggu Kak...selamat bekerja..

      Delete
  2. Salam jumaat sis lin :)
    my side plak i work on shift sampai tak kekal on track date dan day hahaha

    ReplyDelete
  3. Lapar pulak rasa bila sis menyebut satu persatu tentang makanan haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.