TELEPORT AIRASIA MEMBUAT PENGHANTARAN KHAS KEPADA GRADUAN DIGNITY


TELEPORT AIRASIA MEMBUAT PENGHANTARAN KHAS KEPADA GRADUAN DIGNITY | Teleport, syarikat logistik milik airasia digital telah bekerjasama dengan Dignity for Children Foundation (Dignity) untuk membuat penghantaran khas bagi meraikan graduasi pelajar mereka upacara yang sering dinantikan oleh ramai pelajar.

Untuk memastikan graduan pelajar Tahun 6 tidak ketinggalan dalam upacara pencapaian mereka berikutan pandemik COVID-19, Dignity for Chidren Foundation, sebuah organisasi yang menyediakan pendidikan dan penjagaan holistik kepada pelajar yang kurang berkemampuan, menghubungi Teleport untuk membuat penghantaran pek graduasi khas kepada pelajar-pelajar mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat menyediakan perkhidmatan penghantaran khas untuk meraikan kejayaan para pelajar ini. Dignity telah memainkan peranan besar dalam memupuk graduan mereka dan kami berbangga kerana diberi peluang untuk memainkan peranan yang bermakna menerusi perkhidmatan kami dengan menghantar pek graduasi mereka.”

Teleport AirAsia membuat penghantaran khas kepada Graduan Dignity

Gambar atas : Sufai, pelajar Tahun 6 dari Dignity for Children Foundation, mendapat kejutan besar apabila sijil graduasi, gambar dan pakej khasnya disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak. Pete amat yakin pada pendidikan dan memutuskan bahawa Teleport harus bekerjasama dengan Dignity untuk menjadikan detik-detik graduasi ini lebih istimewa.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Dignity for Children Foundation, Petrina Shee berkata, “Kami berterima kasih kepada Teleport kerana menyokong kami menerusi perkhidmatan penghantaran khas ini. Pelajar-pelajar kami telah berusaha keras dalam pelajaran mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kami gembira kerana dapat menjadikan detik-detik ini lebih bermakna untuk mereka.”

Pada 9 Disember, pasukan penghantaran Teleport, juga dikenali sebagai Teleporters, telah menghantar pakej graduasi khas kepada semua 112 graduan Dignity di Lembah Klang.

Pakej graduasi ini mengandungi sijil tamat persekolahan dan gambar mereka. Peniaga dari airasia fresh dan airasia food - Pihapi, Cakeissweet dan Pretty Baked by Em turut menyumbang dalam satu pakej khas kepada para pelajar Dignity untuk menjadikan detik-detik ini lebih istimewa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dignity, layari https://dignityforchildren.org/.


P/S: Bagusnya kann.. sangat-sangat membantu pelajar-pelajar. Tahniah Teleport..

6 comments:

  1. wow bestnya terima surprise mcm ni.. good service by airasia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Mamapp, sekurangnya ianya membantu mereka dalam keadaan begini...

      Delete
  2. good service airasia! keep it up :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes... moga bermanfaat buat mereka yang memerlukan..

      Delete
  3. Replies
    1. Kann, lepas ni harap lebih banyak servis yang mereka buat kann..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.