AKHIRNYA COVER LAPTOP AKU YANG PATAH TU DAPAT DI SELAMATKAN


AKHIRNYA COVER LAPTOP AKU YANG PATAH TU DAPAT DI SELAMATKAN | Alhamdulilah, dapat juga jumpa tempat memperbaiki laptop di Johor ni. Puas mencari dan bertanya, akhirnya cover laptop Sis yang patah tu dapat di selamatkan. Ingatkan dah takde harapan nak baik dah, redha aje laa, atau mohon simpati aje kat Suami belikan yang baru, tapi syukurlah jumpa tempat nak baikinya dan akhirnya, elok seperti biasa dah.

Yaa dari mula patah tu, memang masih boleh je guna. Sis boleh update blog seperti biasa aje. Selagi boleh guna, Sis guna, so far pun takde pun buat masaalah laptop ni, cuma tu le nak jadi sebab, laptopnya jatuh, then cover sebelah kanannya patah meringkuk...sampai nangis oii masa terjatuh tu, dah le mahal juga Suami belikan, mestilah sayang kan..

Nasib baik boleh repair dan betulkan.. now dah elok dah tu..

Akhirnya Cover Laptop Aku Yang Patah Tu Dapat Di Selamatkan

Akhirnya Cover Laptop Aku Yang Patah Tu Dapat Di Selamatkan

Nampak elok je mereka buat haaa, walau ada le sikit nampak celanya, tapi puashati tengok hasilnya bila siap, sebab Sis memang tak fikir langsung cover tu boleh repair. Tapi atas desakan Suami yang kata boleh boleh jerr, so dibawanya Sis ke Taman Pelangi untuk survey tempat baiki laptop ni, makanya Sis ikut aje laa.. 

Satu kedai ke satu kedai juga kitaorang survey, tapi tak masuk bertanya, tapi bila jumpa satu kedai ni terus rasa nak tanya, sebab Sis perasan banyak laptop-laptop yang rosak depan kedainya tu mereka tengah bikin. Dan Sis lebih yakin dia boleh buat bila ternampak jenama laptop ASUS macam Sis ni pun ada mereka betulkan. So Suami pun terus tanya..

Bila Sis buka aje mulut kata yang laptop Sis patah cover, rupanya budak tu kata, memang banyak kes macam Sis ni hahahaha.. semua patah cover katanya. Kesahnyaa, ingatkan ke kes Sis ni kes terpencil ke kakakakakah... Nak yakinkan lagi sekali, Sis cakaplah cover tu dah boleh angkat terjongket sebelah tau, terus budak tu gelakk besar hahaha, katanya 'Ye Kak, bawa aje, jangan kata terjongket, yang tanggal terus pun ada', haperrrr hahahahaha...

Akhirnya Cover Laptop Aku Yang Patah Tu Dapat Di Selamatkan

Akhirnya Cover Laptop Aku Yang Patah Tu Dapat Di Selamatkan

Korang tengok tu, nazak sungguhkann cover tu haaa.. mana laa Sis tak rasa boleh di betulkan, tapi tak sangka masih boleh di betulkannya, tak merasalah nak laptop baru.. huahuahua.. Tapi tak laaa, sayang oii laptop ni, baru je 2 tahun, dan Suami juga yang pilih brand ASUS ni haa, masa belikan tu siap cakap lagi, 'Jaga elok-elok, dah beli mahal-mahal ni'... huhuhu sebab tu sedih bila terjatuh tu. Kita dah jaga elok tapi nak juga terjadi,.makanya 'Kun Fa Ya Kun'.. terima aje laa kejadiannya..

So korang lepas ni kalau ada masaalah mengenai laptop korang yang rosak ke, patah ke, keyboard jahanam ke, atau apa je laa, korang boleh hantar baiki di Pusat Komputer IT Point ni. Terletak di Plaza Pelangi yang dulunya orang panggil Kerry's tu laaa. 

Korang naik tingkat 3 guna escalator atau lift, then cari kedainya nama IT Point tu. Jumpa brother namanya Malik, servis melayan pelanggannya memang terbaekk.. bagus dan ramah orangnya. Kita nak berurusan dengannya pun senang dan mesra IT hehehehe.. 

Dan bayaran untuk repair tu hanya RM130 sahaja!! Berbaloi laaa kan, dari nak membeli baru hehehe.. 

Ni dia tak tau ni Sis ko nak promote kedainya hahahaha.. takpe kita kongsikan, sebab agak sukar juga tau cari kedai membaiki laptop di Johor ni, yang ada pun semua jejauh, ni kira dekatlah sebab berada di pusat bandar dan senang nak tuju. So lepas ni ke sini aje laa.. 

IT Point
Lot 3, 18 Level 3
Plaza Pelangi Johor

No Contact : 07-266 9558 | 07-266 9559 | 018-203 9558
Email : itpointjb@gmail.com


P/S: Ehem ehem kat orang tu yang beli laptop baru tu.. rajin-rajin laa awak update blog yaa lepas ni hehehe.. 

22 comments:

  1. Nasib baik masih boleh diselamatkan, kan? Terima kasih kerana share tempat ini kan. Boleh lar pergi service kalau rosak. :)

    ReplyDelete
  2. Hahahaha akhirnyaaa berbaju balik laptop tu ye😜😜 eh eh awak.. Kena tlg bg idea la nmpk gaya nya lps ni haha

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, terus jadi laptop baru balik...reset umur dia..hahaha..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Syukur boleh diperbaiki.

    ReplyDelete
  5. eh sama lah kita kak lin, kalau dah patah tu memang fikir tak boleh nak repair dah hahaha kalau perati dari jauh takde la nampak sangat celanya tu. Cantik hasil kerja diorang!

    ReplyDelete
  6. Patah riuk pun still boleh diselamatkan..wahhhh, tahniah lah. Save jugak budget 😆

    ReplyDelete
  7. Yay!!! finally !! tapi hebat juga dpt diselamatkan kan hehehe

    ReplyDelete
  8. Wah. Orang Johor kalau nak repair laptop lepas ni boleh la pegi sini ya. Cousin saya pun ada bisnes repair laptop kat sana, tp kat rumah je la. Belum ada kedai.

    ReplyDelete
  9. Rajin menaip tu namanya sampai tertanggal. Haha. Okla selagi boleh repair. Lappy kiye ni pun dah lembab semacam pastu bateri dah nak kong. Kene servis dah ni.

    ReplyDelete
  10. Wow!!!!!!! So good! Alhamdulillah dpt repair balik laptop sis. From now on, pls take care of your laptop well ya.

    ReplyDelete
  11. lucky you got it fixed! Ppl at Johor is lucky to have Pusat Komputer IT Point for them.

    ReplyDelete
  12. Fuhhh memang seram bila dah patah. Laptop pun boleh diibaratian mcm nyawa jugakkan hehe

    ReplyDelete
  13. Terer betul ni. Kalau Marsha ni memang ingat tak dapat diselamatkan dah

    ReplyDelete
  14. Ni memang one of the favorite spot for university students selain Skudai Parade .. Wahh not bad la dapat repair balik...

    ReplyDelete
  15. nasib baik boleh selamatkan lagi. saya pun kadang2 bila laptop rosak memang risau sangat2 sebab dengan laptop tu lah kita buat segala kerja :)

    ReplyDelete
  16. Jauhnya nk gi johor tepar laptop hiii.. untunglah org johor blh gi rapair kat situ

    ReplyDelete
  17. tak kisahlah kena keluar belanja janji boleh repair :)

    ReplyDelete
  18. Allahu rajin sgt update blog sampai patah ye sis? Haha..nasib boleh diselamatkan ye

    ReplyDelete
  19. So happy that your laptop is saved! I love this kind of shop- cheap and effective in fixing the gadgets. I hope they will have cawangan in KL soon so we can all repair our gadgets too :)

    ReplyDelete
  20. Bukan sis je. Ena pon penah kena. Hahahah da usia 10tahun mmg nak ptah terpaksa ikat tali time nak guna takut tercabut tengah menaip. Kenangan dah laptop tu

    ReplyDelete
  21. Thanks for the information and contact, if i encounter such problem i will look for this shop.

    ReplyDelete
  22. ya Allah samalah masalah laptop sy yang lama. skrin mcm dh nak tercabut dengan keyboard tp berfungsi lagi. rata2 sy cuba hantar betulkan semua xmo terima.sedih.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.