SEPETANG DI KONG KONG LAUT


SEPETANG DI KONG KONG LAUT | Agak lama tak ke Kong Kong Laut sini, kalau tidak setiap hujung minggu mesti Suami bawa Sis ke sini, kami sarapan pagi, lepak di Jetty dan menunggu para pemancing balik dari laut... tapi di sebabkan Suami sibuk dengan urusan kerjanya di Penggerang, so Sabtu Ahad pun kena kerja. So memang takde masa lee nak berdating. Memang Sis habiskan hujung minggu di rumah aje laa.. 

Lagipun tengah keadaan wabak Covid19 semakin menganas di Johor ni, memang kalau nak ke sana sini agak kurang keyakinan Sis nak bergerak, paling tak pun pergi kedai berdekatan, itupun jika ada keperluan aje baru Sis keluar. Risau dengan keadaan sekarang ni kan, naik tepu otak fikir benda yang sama. Nasib juga anak-anak dah besar dan tak meragam bosan duduk dirumah. Duk layan cite Korea aje memanjang. 

Dan semalam, last minit Sis mengajak geng setaman Sis,Nas keluar sekejap amik angin luar. Rupanya dia pun kemain suka bila Sis ajak keluar, katanya naik bosan duduk rumah dengan kerja rumah yang tak habis-habis hehehe.. 

So plan kitaorang keluar tengahari pergi makan Nasi Padang dulu di Pekan Masai. Then lepas makan, Sis singgah ke Permas kejap tukar tempered glass handphone yang dah retak tu. Kemudian baru terus kami ke Kong Kong Laut. 

Sepetang Di Kong Kong Laut

Sepetang Di Kong Kong Laut

Masa kami sampai tu, cuaca agak panas-panas tapi angin kuat bertiup sepoi-sepoi bahasa gitu, orang kata 'angin laut', haaa gituh.. nyamann sekali duduk sambil mengadap laut. Sesekali ada bot pemancing lalu lalang depan tu, asyikkk sungguh...

Kami tak makan pun, hanya order air dan duduk berborak macam-macam hal dunia. Paling tak cite hal pompuan aje hehehe..NO gossip and NO drama, ehhhh hahahaha.. 

Lepak dengan Nas ni memang macam adik badik, kami sama umur cuma dia tua  bulan dari Sis hehehe.. tapi cara pemikiran dan kesamaan kami tu banyak yang sama. Kira boleh bawa bincang laaa, haa gitu.. Ada lagi 3 orang geng kitaorang, tapi memasing sibuk, so bawa je laa mana yang free. Lagipun Nas ni duduk satu taman dengan Sis. Jadi senanglah nak hangkut dia sekali jalan hehehe..

Sepetang Di Kong Kong Laut

Sepetang Di Kong Kong Laut

Lama juga kami lepak minum di situ, seronok rasa, tenang, aman, nyaman dan relax gilerr.. sampaikan Sis cakap kat Nas, nanti nak datang sini lepak bawa laptop dan buat kerja kat sini, line tenet pun ookay.. Ye laa kalau sebelum ni dah Work From Home kemudian Work From Hotel, now kita kasi tukar Work From Sea plak hahaha..amacam?? 

Agak lapar boleh order makan, haus boleh order minum, semua ada.. orang pun tak ramai sebab siang hari kan, kalau malam memang meriah sini uii, sebab kedainya kedai makan seafood.. Menu pun boleh tahan banyak, ada goreng-goreng panas. 

Mulanya konon kami nak singgah beli bungkus Nasi Lemak Sempor tu, tapi semalam kedainya tutup plak (Gambar last atas), sebab kata orang kedainya buka sampai petang, tapi semalam tutup plak. Tu yang kami kedai makan sebelahnya, Titian Jaya. Korang kalau mencari tempat makan best di Johor, bolehlah ke Kong Kong Laut sini ya..

So lepas ni dah tau laa nak lepak mana kalau bosan, ke sini ajee laa tenang-tenangkan minda sambil nengok laut.. Sis kalau tempat macam ni, duduk sengsorang pun boleh, banyak benda dalam otak ni boleh berfikir kalau kena tempat macamtu.. refresh kata orang.. hilang dan lupa kejap masaalah duniawi.. 

Korang pulak, suka ke duduk lepak macam ni? Ke korang lebih suka lepak cafe macam Starbucks tu? 


P/S: Malam ni Suami nak belanja makan, so dapo OFF harini.. lalalalala..

12 comments:

  1. SA kalau me time memang nak duduk hotel ataupun pi tepi laut...sesekali perlukan udara yang segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa SA, sesekali nak juga amik angin laut.. tempat macam ni sengsorang pun boleh kann...

      Delete
  2. Nyamannyaaa tempat ni ! rasa mcm tenang ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Atie, time siang gini takde orang, angin plak kuat, memang layan habis...

      Delete
  3. Kita pun suka kat Kong Kong ni, pakkal jer jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kak.. sekarang agak bosan, ke sana aje.. lupa kejap dunia bandar huhuhu

      Delete
  4. Kalau takde kobit, dah sampai Hong Kong agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Hong Kong dah pergi Wak.. kalau takde kobit dan sampai Jepun hahahaha

      Delete
  5. Sesekali hirup angin laut.... eh tu laut eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee laut, laut Kong Kong, nanti datang Johor, mai ke sini ookay aku bawa ko..

      Delete
  6. aku tengok environment dan mood..mana2 pun boleh asalkan mood masuk nak buat kerja..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay nanti kita pergisini eh sesama ook...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.